- Home
- Weight Loss
- Flabby arms? Cara atasi masalah lengan sayap kelawar.
Flabby arms? Cara atasi masalah lengan sayap kelawar.
Anda mempunyai flabby arms, lengan atas tangan bersayap kelawar atau kepak ayam? Jangan risau, you are not alone. Untuk mengatasinya anda perlu memahami peranan senaman yang fokus kepada bahagian otot berkenaan (otot triceps khususnya) dan juga peranan berat badan anda secara am.
Senaman semata-mata bagus tapi tak cukup
Dumbbell kickbacks, extensions, tripcep dips dan lain-lain memang hebat dan berkesan untuk fokus kepada kekentalan dan kemampatan otot tripceps tapi tanpa kawalan berat badan, lemak berlebihan dan gemuk air, saiz lengan atas tangan anda masih akan menjadikan ia kelihatan agak gelebeh dan kurang “mampat”.
Jadi apa peranan senaman?
Senaman bantu otot, yang juga diperbuat dari air, untuk repackage air badan dalam bentuk yang lebih mampat dan menarik. Dengan kata-kata lain, yes majoriti otot diperbuat dari air tapi paling kurang ia disaluti fiber-fiber otot dan kelihatan lebih menarik berbanding isi lengan tangan yang lembik dan kurang kekentalan.
Jadi tanpa rangsangan senaman isi lengan atas tangan anda pasti flabby dan agak berterabur…
Kenapa senaman semata-mata tak cukup?
Dalam membentuk badan, ada tiga jisim yang anda akan mempermainkan – otot, lemak dan air. Senaman fokus kepada pembentukan dan repackaging otot tapi tanpa kawalan berat badan (lemak) dan kawalan gemuk air (water retention) secara am, kehebatkan otot anda tidak dapat beri impak seperti yang anda harapkan.
Flabby Arms: The solution?
So whether you like it or not, untuk mengurangkan masalah flabby arms atau tangan sayap kelawar anda perlu: melibatkan senaman rintangan atau bebanan yang fokus kepada triceps (dan biceps), kawal berat badan dan mahir mengurangkan takungan air badan anda secara menyeluruh.