Isa Abdullah: Perjalanan 100 Hari Sihat Bersama Jom Kurus

Gambar di atas merupakan gambar kenangan sempena Karnival Sukan Rakyat JK1M Perak, di SK Kg Seri Rahmat, Ipoh di bawah kelolaan koordinator yang juga selaku Ketua Pasukan JK1M Ipoh, En Adly Hassan. Alhamdulillah.. syabas dan tahniah semua peserta JK1M 1 & 2, cikgu Kevin Zahri, Ketua-ketua pasukan dan atas sokongan rakan-rakan seperjuangan walau di mana jua.

Dalam sedar tak sedar kita sudah menjalani 100 hari kehidupan yang sihat dan cergas. JK1M bermula pada 11 Januari 2014 dengan berat badan ketika itu 96.5kg. dan sehingga 19 April 2014 berat badan semasa adalah 60.8kg. Syukur alhamdulillah. Perjuangan masih lagi diteruskan sehingga hari terakhir pada 26 April 2014.

wieght

Sorotan aktiviti sepanjang minggu ke-5 dan ke-6 baru-baru ini.

12 April 2013: Ekspedisi Bukit Larut, Taiping, Perak berada pada ketinggian 1,036 m daripada aras laut. Dengan jarak perjalanan 10km secara santai, iaitu kira-kira 4 jam perjalanan ke puncak dengan purata pembakaran 1,800 kalori. Memang tabik spring la kepada semua pendaki Bukit Larut kali ini. Walaupun hampir kesemua mendaki untuk pertama kalinya, namun kami semua telah berjaya juga sampai ke puncak Bukit Larut akhirnya. Sekali nekad, pantang undur.. hehehe..

bl01bl02bl03bl04

13 April 2013: Eksplorasi dan Aktiviti Lasak ‘Flying Fox’ Gua Tempurung, Gopeng Perak. Cabaran tamat 3 jam 42 minit. Anggaran pembakaran kalori: 1,284 kalori. Pertama kali menghayati keindahan di dalam dan di luar Gua Tempurung siapalah yang tidak terpukau dengan stalaktit dan stalakmit terukir semulajadi pelbagai bentuk serta susur keluar masuk yang begitu unik di dalamnya. Bagi pengunjung pertama kali seperti saya, masih terbayang-bayang bagaimana debaran serta degupan jantung semakin kencang dengan keringat sepanjang perjalanan dengan pelbagai aksi menggelongsor yang menggerunkan, terjun memasuki lubang kecil gelap yang agak tinggi, ‘squat’ serta merangkak sambil berendam sepenuhnya di dalam air selain mengharungi ratusan anak tangga yang terpaksa dilalui untuk suatu tempoh yang berminit-minit lamanya. Begitu juga ‘flying fox’ pada ketinggian 30meter sejauh 120meter, tidaklah mengecewakan kunjungan kami.  Terima kasih cik Noryawati Abudin dan keluarga atas jemputan sajian sihat yang tak diduga.

gt01gt02gt03gt04
20 April 2013: Seterusnya Karnival Sukan Rakyat JK1M Perak, yang telah selamat berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat, Lahat, Ipoh dikendalikan sepenuhnya Ketua Pasukan JK1M Ipoh, En Adly Hassan dan jawatankuasanya. Program ternyata berjalan lancar tepat pada masanya, begitu juga kemeriahan dan hilai tawa mereka bagai kanak-kanak riang turut dirasai para peserta Teluk Intan dan Taiping. Memang kelakarlah bersukaria sambil membakar kalori bermain pelbagai permainan tradisional seperti menggelek tayar, lari dalam guni, menarik upih, tarik tali, sepak raga dan sebagainya.

ipoh01ipoh01aipoh05ipoh02ipoh04ipoh03

Transformasi Bersama JK1M Musim Pertama (11 Januari – 22 Februari 2014)

ba01
Berat Permulaan: 96.5kg             Berat Akhir: 73.7kg

Nota: Berat badan ternyata naik mendadak jika tidak bersenam sehingga 3 minggu lantaran kesibukan menyiapkan tugasan ilmiah. Masih ada ruang bersenam sebenarnya, namun motivasi menurun apabila berseorangan tanpa dorongan dan saranan daripada ketua pasukan dan sesama ahli pasukan.

Transformasi Bersama JK1M Musim Kedua (15 Mac – 26 April 2014)

ba03
Berat Permulaan: 79.7kg              Berat Akhir: Belum diketahui. (60.8kg Setakat 19 April 2014)

Menangani Masalah Plateau Yang Saya Pernah Alami

Siapa yang tidak panik jika bersenam setiap hari tanpa henti tetapi berat tidak turun-turun. Saya pernah mengalami plateau selama 6 hari, statik kepada 64kg pada 7-13 April 2014. Berikut adalah beberapa langkah yang pernah saya lakukan atas nasihat En. Haffiz Razali (Ketua Pasukan Titiwangsa), En Faiz Hamzah( Ketua Pasukan Taiping) dan Ustaz Norazman Md Noh (Ketua Pasukan Kuala Kangsar):
1. Tingkatkan amaun kalori pemakanan harian daripada 1000 kalori kepada 1500 kalori.
2. Bersenam pada purata pembakaran 2000-2500 kalori harian. Elakkan senaman yang berlebihan.
3. Fokuskan kepada senaman yang mempunyai intensiti tinggi iaitu pada kadar denyutan nadi 145-170 seminit.
4. Sentiasa menukar rutin senaman. Jika berlari, ubah corak larian atau bertukar trek larian.
5. Kurangkan memakan makanan yang diproses, berminyak, bergula dan masin.
Defisit kalori serta pembuangan air menerusi peluh itulah sebenarnya dapat membantu di dalam penurunan berat badan seseorang.

Strategi Menurunkan Berat Badan Di Saat Akhir

Cuba sedikit eksperimen ini.
[Sila dapatkan khidmat nasihat jurulatih/ketua pasukan, dengan pengawasan mereka jika perlu].
1. Timbang dan ambil catatan berat badan awal.
2. Bermula dengan sesi memanaskan badan, lakukan sebarang aktiviti kardio tanpa henti (mengikut kemampuan masing-masing) selama 30minit.
3. Rehat 10-15minit biarkan peluh semua dah habis keluar daripada badan.
4. Salin pakaian sukan baru yang kering.
5. Timbang dan ambil catatan berat badan.
6. Minum air pada bila-bila masa sesi ini dan hadkan pengambilan kepada 250ml.
Ulangi langkah 2-6 di atas sebanyak 3-4kali.
Semoga berjaya.
P/s: Hakikat penurunan berat badan jangka pendek adalah hasil daripada pembuangan peluh daripada badan. Hadkan pengambilan air minum mengikut nisbah 25kg berat kepada 1 liter air (sepanjang hari) supaya tidak mengalami masalah dehidrasi ketika bersenam.

Penyertaan Program Kecergasan Akan Datang

MEI 2014
3 – Jom Kurus FitClub @ Metabolistics Interval Training, Taman Tasik Titiwangsa
4 – 5th KL Car Free Morning 7km Run
10 -11 – Backpackers.My @ Gunung Irau, Brinchang, Cameron Highlands
16 – Aerodance Class @ Kay Fitness Studio, Sungai Petani Kedah
17 – Brook Run Happy, MAEPS Serdang
24 – Fit Malaysia 7km Fun Run, KBS Putrajaya
24 – Backpackers.My Wall Climbing @ Taman Cabaran, Putrajaya
24 – Success Sharing Session  with Jom Kurus Raya participants @ Prince Court Medical Centre, KL
24 – Backpackers.My @ Bukit Apek, Hatamas, Cheras
25 – Aerobicthon @ Taman Putra Perdana, Putrajaya
31 – Jom Kurus FitClub Broga Hill, Semenyih,  Selangor.
31 – Jom Kurus FitClub  TRX + Strength Training @ Musclezilla Gym, Seri Kembangan.
31 – Jom Kurus FitClub Bowling Fun Game @ Wangsa Walk

JUN 2014
1 – Score FitMob BodyCombat Class, Hall 6 KL Convention Centre
1 – 6th KL Car Free Morning 7km Run, DBKL
8 – Backpackers.My @ Gunung Datok, Rembau, Negeri Sembilan.
12-15 – NAFI Certified Personal Trainer Training

JULAI 2014
5 – 7th KL Car Free Morning 7km Run
OGOS 2014
9 – Energizer Night 15km Run
10 – NM Galaxy 10km Road Run

SEPTEMBER 2014

OKTOBER 2014
19 – CAPAM International Run Putrajaya

NOVEMBER 2014
1 – Viper Challenge 2014
9-11 – Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah
16 – Penang Bridge Run

Matlamat Selepas Aktiviti Jom Kurus

1. Menjadi seorang Jurulatih Kecergasan bertauliah di peringkat kebangsaan.
2. Menjadi seorang Instruktor Senamrobik dan Body Combat Daerah Perak Tengah.
3. Meneruskan sebarang aktiviti Jom Kurus di bawah selebriti Kevin Zahri selagi diperlukan.
4. Membuka kelas kecergasan untuk masyarakat setempat di Seri Iskandar, Perak.

Privacy Preference Center