- Home
- Weight Loss
- Isa Abdullah: Strategi Kawal Diet Musim Kenduri
Isa Abdullah: Strategi Kawal Diet Musim Kenduri
Cabaran Musim Cuti Sekolah:
Kini telah masuk minggu kedua cabaran Jom Kurus 2 berlangsung, cabaran semakin terasa apabila menghadapi musim cuti sekolah ini dengan menerima jemputan beberapa majlis perkahwinan saudara-mara dan sahabat handai. Siapa yang tidak tergoda dengan juadah serta aroma nasi minyak gulai kawah pengantin yang begitu menusuk kalbu sehingga ada yang tidak menyedari tertambah nasi dan lauk daging gulai kawah yang jarang-jarang dapat dijamah.
Namun sesekali apa salahnya, kan? Rasa ralat dan nafsu makan makin terasa apabila menerima dua atau tiga undangan sekaligus pada hari yang sama. Syukur alhamdulillah. Kita doakan para pengantin dikurniakan keberkatan dunia akhirat dan semoga berbahagia ke anak cucu.
Usah terlalu risau, makan saja semua yang ada! Cuba kawal pengambilan makanannya, nasi tetap segenggam, perbanyakkan sayur, ambil seketul dua daging sekadar nak merasa bersama protein ayam. Terima sahajalah kesemua undangan perkahwinan itu. Anggaplah pada hari itu adalah hari ‘cheat day’ anda.
Kita digalakan sehari dalam seminggu untuk berehat dan memakan apa sahaja yang kita inginkan. Cuma perlu kecilkan bahagian pemakanannya. Misalnya dari sepinggan kepada setengah pinggan. Dari secawan kepada setengah cawan.
Strategi Menghadapi Musim Kenduri
1. Senaman pagi
Pada awal pagi lakukan senaman berkualiti seperti melompat tali, berlari laju dan perlahan berselang seli, naik tangga turun tangga atau sekadar berjalan 30 minit di padang permainan/taman perumahan mengikut kemampuan masing-masing. Jika peluh menitis bak air hujan. Itu suatu petanda yang baik bahawasanya senaman anda sudahpun optimum.
2. Sarapan
Bersarapan itu penting untuk memberikan badan anda tenaga, supaya badan mampu bekerja membakar lebihan lemak di dalam badan. Tanpa sarapan badan anda akan lesu, mudah mengantuk dan tidak mampu membantu di dalam penurunan berat anda. Bersarapan la secara ala kadar sahaja misalnya dua biji telur rebus bersama teh O atau kopi O minuman bijirin kurang gula.
3. Minum banyak air
Meminum air masak sebanyak-banyaknya 1-2liter 30minit sebelum berkunjung ke majlis perkahwinan ternyata dapat mengurangkan selera makan anda. Abaikan tip ini jika hari ini adalah hari ‘cheat day’ memang bercadang nak makan banyak.
4. Senaman petang/malam
Lakukan beberapa senaman ringkas di dalam rumah seperti melompat tali, lompat bintang atau beberapa rutin yang anda suka, asalkan peluh dapat dikeluarkan. Jangan pilih rutin senaman menyusahkan yang tidak mampu anda lakukan. Matlamat utama senaman ialah mengeluarkan peluh. Ini sekurang-kurangnya dapat membakar kalori makanan yang telah kita makan siang tadi.
5. Snek pagi dan petang
Memakan sebiji buah-buahan atau sebarang jus buah tanpa gula (jika perlu).
6. Makan malam
Cukuplah sekadar memakan ulam-ulaman sambil meratah ikan bakar atau dada ayam panggang. Cuba abaikan sebarang karbohidrat (seperti nasi, roti, mee, mihun, biskut) ketika ini. Jika masih terasa lapar minumlah banyak air masak atau sebarang jus buah-buahan tanpa gula.
7. Tidur
Tidur secukupnya, 7-8jam membantu badan bekerja membakar lebihan lemak badan sehingga 500kalori.
Perkembangan Berat semasa:
Pada cabaran hari ke-12 dalam JK1M edisi ke-2 ini perkembangan berat badan semasa adalah seperti berikut:
Berat asal: 79.7kg
Berat semasa: 71.0kg
Peratusan: [79.7 – 71.0] / 79.7 X 100 = 10.9%
Sasaran Penurunan Sepanjang 6 minggu: 20%
Matlamat: mengejar berat badan ideal 64kg
Penghargaan:
Cikgu Kevin Zahri, pihak penganjur dan jawatankuasa penganjur
Jurulatih utama: En Faiz Hamzah, Ustaz Norazman Mohd Noh.
Kata-kata Semangat
Kecewa makan banyak? Jangan Stres! Anggap saja hari ini adalah rezeki anda. Anda layak memakannya. Perjalanan masih jauh teruskan perjuangan, jangan patah semangat. Dapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih anda.
Pengisian blog akan datang
Tajuk pengisian blog akan datang: “Strategi Menurunkan Berat Badan Semasa Hari Menimbang“.
Sila klik butang love, komen, beri cadangan atau ajukan sebarang soalan jika anda suka dengan posting ini.
Senyum selalu, salam ceria.
-ISA 26/03/2104
Good sharing bro…keep it up!
tengs ustaz!
wow
hai Tuan Kevin, sy pon join la jom kurus ni. .macam mana nak daftar ea ?.