Isa Abdullah: Usia bukan halangan untuk kekal sihat

Usia Bukan Penghalang

Walaupun usia sudahpun menjangkau pertengahan 40an, namun ianya bukanlah satu alasan untuk mencari seribu alasan untuk tidak bersenam dan menjaga pemakanan masing-masing. Sediakan sedikit ruang untuk diri sendiri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.

Statistik Berjogging Selama 40 minit
Statistik Berjogging Selama 40 minit

Semakin ‘berkhasiat’ sesuatu makanan yang diambil dari segi kalorinya maka semakin berkualitilah senaman yang badan kita perlukan.  Pendek kata: Kita boleh makan apa saja makanan yang kita nak tetapi kualiti senaman pada hari itu haruslah berbaloi juga untuk kekalkan berat badan. Apapun, kalau betul-betul nekad dan fokus untuk menurunkan maka disiplin di dalam pemakanan perlu. Ini dia makanan yang harus dielakkan> berminyak, bergaram, bergula, makanan segera(wax) dan makanan dalam tin(bahan pengawet).

Kepentingan Sarapan

Amalan bersarapan setiap hari  merupakan satu kemestian, kerana badan memerlukan cukup tenaga untuk bekerja membakar lebihan lemak yang tersembunyi di dalam badan kita.  Seperti kebiasaannya saya bersarapan selepas melakukan aktiviti senaman pada awal pagi.

Bersarapan pagi dengan bubur nasi dan kopi o panas
Bersarapan pagi dengan bubur nasi dan kopi o panas

 

Siapa kata tak boleh makan di restoran makanan segera? Kopi o panas kurang manis dan bubur ayam hanya RM5. Makan bubur setengah mangkuk pun dah terasa kenyang. Kopi boleh diisi semula percuma tanpa had. Kalori sekitar 200 (setengah mangkuk + termasuk 3 cawan Kopi O).

Kandungan Kalori bagi semangkuk bubur ayam
Kandungan Kalori bagi semangkuk bubur ayam

Sumber: http://kfc.com.my/colonel-nutritional.php

Berat Semasa

Pada cabaran hari ke-6 dalam JK1M edisi ke-2 ini perkembangan berat badan semasa adalah seperti berikut:
Berat asal: 79.7kg
Berat semasa: 76.8kg
Peratusan: [79.7 – 76.8] / 79.7 X 100 = 3.64%
Potensi Penurunan Sepanjang 6 minggu: 3.64 X 6 = 21.83%

Berat semasa pada 21 Mac 2014
Berat semasa pada 21 Mac 2014. Sila abaikan bulu-bulu kaki.

Berikut adalah beberapa pertanyaan daripada kawan-kawan di media sosial.

1. Makan Lewat Malam Menggemukkan?

Pertama sekali, badan kita tidak mendapat rehat yang cukup.  Tidur mencukupi selama 8 jam membantu badan membakar lebihan lemak sehingga 500 kalori sehari. Jika tak cukup senaman maka lebihan karbohidrat akan membentuk lemak di dalam badan.

Namun, tiada salahnya seseorang itu makan lewat malam jika dan hanya jika seseorang itu sememangnya tergolong sebagai individu yang aktif bersukan, atlet la katakan. Makanan kegemaran saya adalah nasi beriani dan mee goreng mamak, maka kena bersedialah untuk membakar 2000-3000kalori sehari.

2. Saya tidak bersarapan kerana saya sedang diet.  Tapi mengapa berat saya tidak turun-turun?

Apa? Salah konsep diet tu! Macam mana nak turun berat kalau tak cukup nutrisi? Macam mana nak turun berat kalau kalori tak cukup? Tanpa nutrisi yang cukup macam mana badan kita cukup tenaga untuk bekerja membakar lebihan lemak? Anda Dalam kategori diet yang mana?
Diet 1: Kalau nak kekal berat badan kena seimbangkan karbo + protein.
Diet 2: Kalau nak fokus turunkan berat badan maka kena lebihkan protein.
Diet 3: Kalau nak tambah berat badan makanlah banyak protein dan karbohidrat untuk menaikan berat secara sihat.
Diet 4: Tak nak sarapan, tak nak makan tengahari- ini ajaran sesat ni. Sia-sia sahaja, berat pasti tak turun!

Mengapa protein penting dalam penurunan berat badan?

Protein mengenyangkan, meningkatkan metabolisme badan, seterusnya membantu dalam pembakaran lebihan karbohidrat dan lemak dalam badan.

Kenapa perlu kurangkan karbohidrat?

Lebihan karbohidrat jika tidak cukup senaman akan membentuk lemak dalam badan.

3. Macam mana nak berdisiplin di dalam pemakanan harian?

Selagi anda makan makanan yang berminyak, bergaram, bergula, makanan segera dan makanan dalam tin maka usahlah bermimpi di siang hari nak turunkan berat. Sia-sia sahaja impian anda itu kerana anda tidak serius, tidak ada nekad dan minda tidak terfokus untuk menurunkan berat. Kunci kepada penurunan berat badan adalah 80% pemakanan + 20% senaman.
Sekian perkongsian untuk hari ini, jumpa lagi. Salam ceria.

-ISA 21/03/2014

Privacy Preference Center