- Home
- Weight Loss
- Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
Rata rata persoalan yang timbul dari orang ramai ialah tentang perut dan senaman yang sesuai. Lelaki selalunya bertanya. Biasalah, lelaki akan lebih konfiden dan macho kalau mempunyai perut yang kempis dan ada shape – 6 pax, kan? Sebenarnya bukan susah anda mahukan apa yg diidamkan, hanya dengan teknik yang sesuai dan ilmu yang secukupnya sudah memadai. For now, focus yang diberikan untuk senaman cardio bagi mengempiskan perut anda iaitu dengan apa-apa jua senaman yang berbentuk cardio seperti jogging, badminton, futsal mahupun berenang.
Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
Macam pelik kan. Bukankah sepatutnya anda melakukan sit-ups atau crunshes ke untuk perut yg kempis dan cantik? Hakikatnya memang ya, dengan swimming anda boleh membakar kalori yang terkandung dalam badan dan seterusnya menampakkan abdominal muscles yang disembunyikan itu. Prinsip mudah yang anda harus pegang sampai bila bila ialah anda membuat sit-ups atau crunches atau apa apa senaman perut, ini menguatkan otot otot perut anda, tapi jika otot otot diperut anda di’cover’ oleh lapisan lemak, dibahagian mana otot otot tersebut akan kelihatan? Untuk membakar lemak diperut anda, lakukanlah apapun senaman yang membolehkan heart rate tinggi dan metabolism badan bergerak laju, dengan ini kalori yang dibakar lebih banyak dan lemak lemak yang terkumpul dibadan anda akan kurang – sekiranya pengambilan kalori tidak melebihi pembakaran kalori seharian anda.
Berenang tu paling sesuai?
Jadi, apakah swimming sesuai untuk perut? Macam mana nak lakukannya?
- Senaman impak rendah. Anda tidak perlu risau dengan melakukan aktiviti di dalam air kerana impak senamannya lebih rendah berbanding berada di atas tanah seperti berlari,jogging atau aerobic. Sekurang kurangnya menggelakkan anda daripada mengalami kecederaan ketika melakukan senaman kardio yang lain.
- Gabungan kardio dan strength: Berenang bukan sahaja senaman cardio malah berenang ini juga adalah salah satu strength workouts. Pergerakan lawan arah yang dilakukan dalam air menghasilan rintangan yang tinggi, maknanya, anda berkelebihan untuk membakar lebih kalori dan menguatkan otot pada masa yang sama. Dan kawal intensity semasa berenang!
- Total body workout: Berenang juga senaman yang memberi kesan kepada otot otot dalam tubuh; daripada bahagian kaki ke tangan,dada, bahu dan perut(lower&upper abs). Anda menggunakan seluruh tubuh bila berenang dan cara ini lebih efektif untuk fat burning berbanding cara yang lain.
Senaman kardio lain?
Jadi tiada masalah untuk menggantikan senaman berenang dengan senaman kardio yang lain. Yang paling penting adalah tingkatkan pembakaran kalori berbanding pengambilan. Sekali sekala, buatlah sit-ups dan crunches untuk kekuatan otot anda!
salam kevin 🙂
sy skrg ni sdg mengalami kecedearaan ‘acl tear’. skrg ni sudah 3 bln dan belum membuat pembedahan. sy nk tnya bentuk senaman cardio lain yg sesuai utk sy lakukan?
tq,