- Home
- Weight Loss
- Kelebihan Senaman Yoga dan Pilates.
Kelebihan Senaman Yoga dan Pilates.
Yoga dan pilates adalah dua senaman yang menjadi trend masa kini di Malaysia. Anda pasti pernah mendengar tentangnya. Mungkin juga anda pernah mencubanya. Apakah sebenarnya kebaikan dan manfaat yang boleh didapati dari senaman ini dan adakah ia sesuai untuk semua golongan? Mari kita lihat bersama.
Terdapat banyak persamaan di antara dua jenis senaman ini. Kedua-dua senaman ini melibatkan pergerakan perlahan dan terkawal yang mampu melatih seluruh anggota tubuh. Senaman pilates khususnya menitikberatkan kawalan ke atas bahagian teras tubuh iaitu bahagian abdomen, pinggang dan tulang belakang. Di samping itu, kedua-dua juga meletakkan kepentingan terhadap pengawalan pernafasan semasa melakukan postur dan rutin pergerakannya.
Apa manfaat yoga and pilates?
Di antara manfaat melakukan yoga dan pilates termasuklah:
- menambahkan kelenturan,
- membina kekuatan otot-otot teras
- memperbaiki keseimbangan tubuh.
Manfaat-manfaat ini secara tidak langsung juga membantu mengelakkan masalah kesakitan yang biasanya timbul di bahagian bahu, leher, pinggang dan belakang yang disebabkan oleh kesan tegangan dan mampatan ke atas tulang belakang. Di samping itu, kedua-duanya merupakan senaman impak rendah yang lembut ke atas sendi dan otot. Ini membuatkan ia sesuai diamalkan oleh kebanyakan golongan termasuk wanita yang hamil atau selepas bersalin. Kedua-duanya memberikan fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.
Yoga dan pilates juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain.
Yoga dan pilates juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain.
Kontroversi Agama Hindu
Terdapat beberapa persoalan atau keraguan apabila bercakap mengenai kedua senaman ini. Bagi senaman yoga khususnya, disebabkan ianya diasaskan di India, ramai yang berfikir bahwa amalannya berkait dengan agama Hindu. Sebenarnya yoga boleh dikerjakan dengan hanya mengamalkan pergerakan, postur dan senaman pernafasan tanpa melibatkan meditasi dan pembacaan mantera yang biasanya diamalkan oleh golongan Hindu.
Ini adalah cabang yoga yang diamalkan oleh kebanyakan pengamal kecergasan iaitu Hatha Yoga.
Bila berfikir tentang yoga atau pilates, jangan fikir yang anda perlu terus membuat postur seperti headstand (berdiri di atas tangan) atau boat pose (badan membentuk huruf V). Sebagaimana dengan mana-mana senaman yang lain, anda perlu bermula dengan perlahan dan hanya membuat pergerakan setakat mana yang anda mampu. Apabila anda telah membiasakan diri dan melatih diri dengan pergerakan dan postur-postur tersebut, anda akan lebih lentur dan ia akan bertambah mudah untuk dilakukan.
Cuma Sesuai Untuk Wanita?
Jangan fikir yang yoga atau pilates ini hanya untuk kaum wanita. Ramai pengamal yoga adalah lelaki dan pilates juga sebenarnya diasaskan dan dinamakan sempena seorang lelaki iaitu Joseph Pilates! Bahkan, ramai pengamal yoga terkenal terdiri dari selebriti seperti penyanyi veteran Sting, pelakon Jeremy Piven dan penyanyi kumpulan Maroon 5 Adam Levine.
Meskipun dilihat sebagai senaman impak rendah, satu sesi yoga atau pilates masih mampu membuatkan anda berpeluh dan terasa seperti anda telah menghabiskan sejam di gym! Anggaran kalori yang boleh dibakar dalam satu jam membuat yoga adalah lebih kurang 240 kalori. Nilai ini hampir bersamaan juga dengan kalori yang dibakar dengan berjalan selama satu jam, bermain bola tampar atau berkebun selama satu jam.
Anggaran kalori yang boleh dibakar dalam satu jam membuat yoga adalah lebih kurang 240kcal…
Mana yang harus anda cuba – yoga atau pilates?
Itu bergantung kepada anda sendiri. Apa yang pasti, keduanya merupakan senaman yang mempunyai manfaat yang tinggi dan mampu meningkatkan tahap kesihatan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kesihatan mental anda dan penjagaan diri secara keseluruhannya. Selamat mencuba.
i have done yoga for 4 months now..itz amazing what it does to your muscle
know your body and ability to perform certain poses…after a few practises, the flexibility and stability will automatically come to you…
PILATES IS YOGA..MEDITATION IS PEACE OF MIND..YOGA IS NOT FROM HINDU…IT IS SANATANA DHARMA, 10.000 YEAR OLD PRACTICE…(ETERNAL TRUTH OF LIFE) PACKAGE OF WELLNESS ……
wow..pilates ni mmg best. nak jgk belajar..tp x diberi peluang,hu3
I do both..yoga n pilates
i join both of it..yoga & pilates makes me relax..