- Home
- Weight Loss
- Konsep “Jangan Buang Rezeki” Dan Pembaziran Semasa Berdiet
Konsep “Jangan Buang Rezeki” Dan Pembaziran Semasa Berdiet
Kalau anda macam saya dan jarang habiskan makanan dan minuman (kerana ingin jimat pengambilan kalori), orang lain akan cepat menegur dan mengingatkan anda untuk elakkan pembaziran – “tak baik buang rezeki” atau “janganlah buang rezeki”.
Apakah niat anda?
Jadi apabila saya ditegur (yes, saya pun ditegur. Selalunya oleh ayah saya yang disayangi.), Saya selalu memberikan penyelasan berikut:
Betul. Memang tidak elok membazir atau membuang rezeki. Tetapi niat saya di sini bukanlah untuk membazir. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami. Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Tapi, kalau saya boleh mengelak dari membazir, insyallah saya akan amalkan. Tetapi walaupun saya sudah pesan teh tarik gelas kecil ataupun nasi separuh, kuantiti hidangan terlalu banyak.
Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami.
Tip Untuk Elak Dari Membazir Semasa Berdiet
Untuk elakkan pembaziran semasa berdiet, cuba amalkan tip-tip berikut:
- Jangan ikut nafsu makan semata-mata. Rancang terleblih dahulu.
- Cuba ambil lauk sendiri.
- Pesan kepada waiter/waitress yang anda inginkan gelas kecil, nasi separuh, kurang gula dan lain-lain
- Kalau makan bersama keluarga, cuba pesan satu gelas air manis yang boleh dikongsi. Ini juga jimatkan duit.
- Kalau pesan terlebih, cuba tapau yang selebihnya.
- Elakkan tempat makan (terutamanya restaurant) di mana saiz hidangan memang besar.
Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
hai kevin. saya nak tanya, badan saya besar tapi tidak berlemak macam wanita bertubuh besar yg lain. (berat 63kg dan tinggi 153cm). badan saya agak keras macam lebih daging drpd lemak. apa faktor yg menyebabkan badan saya sasa macam ni? huhuhu
diet macam mana yg harus saya lakukan? dan, saya ni seorang yg aktif bersukan~
Setuju sangat tak elok membazir. Orang tua-tua dulu kata nanti kalau tinggal makanan, nanti makanan tu menangis.. 🙂 Cara Kevin tu memang terbaik, pesan gelas kecil atau nasi sikit.