- Home
- Weight Loss
- Michael Phelps Diet: Makan Lebih 10,000kcal Sehari!
Michael Phelps Diet: Makan Lebih 10,000kcal Sehari!
Semalam saya tonton video di CNN yang mengatakan bahawa atlit seperti Michael Phelps memerlukan lebih 10,000kcal untuk menggantikan tenaga yang dibakar dalam satu hari. Banyak tu. Kalau membaca eBook saya, tentu anda faham tentang penggunaan kalori dalam mengawal pembakaran dan pengambilan makanan.
Bagaimana kenal-pasti keperluan kalori Michael Phelps?
Jom kita teliti bagaimana Michael Phelps perlukan 10,000kcal sehari.
- BMR: Ikut kepada statistik laman web, Michael berumur 27 tahun, tinggi 193cm dan berat 88 kg. Dengan itu, BMR beliau adalah 2053kcal sehari.
- Faktor Aktiviti: Tidak cukup kita gunakan pendarap 1.9 untuk keperluan kalori sehari kerana Michael Phelps berlatih 5-6jam setiap hari. Jadi kita perlu lebih creative.
- 5 Jam Berrenang: Lima jam dalam pool akan membakar dalam lebih kurang 5000kcal (anggaran berdasarkan berat, masa dan intensiti senaman)
- Weight training: Baru-baru ini Phelps pula menambah senaman weight training yang mungkin juga akan membakar lebih kurang 800kcal.
- Lain-lain: Selain itu kita boleh mendarap BMR dengan aktiviti bagi masa berlebihan (24-5-2) dengan anggaran 1.5 untuk memperolehi 3080kcal. Kenapa bukan 1.2? Kerana metabolism beliau memang sentiasa lebih tinggi hasil gabungan aktiviti secara am, faktor genetik dan body fat beliau yang sangat rendah berbanding otot.
Jadi jumlah pembakaran kalori Michael Phelps sehari:
5000 + 800 + 3080 = 8880kcal sehari. Tidak sampai 10,000 ikut contoh pengiraan saya tapi 8880kcal itu sendiri pun memang hebat sekali. Kalau anda ingin belakar cara-cara mengira keperluan kalori untuk diri sendiri, sila rujuk kepada eBook saya
5000 + 800 + 3080 = 8880kcal sehari. Tidak sampai 10,000 ikut contoh pengiraan saya tapi 8880kcal itu sendiri pun memang hebat sekali. Kalau anda ingin belakar cara-cara mengira keperluan kalori untuk diri sendiri, sila rujuk kepada eBook saya
Apa yang Michael Phelps makan?
…”Eat, sleep and swim, that’s all I can do” kata-kata Michael Phelps…
Ikut kepada gambarajah di bawah, diet beliau penuh dengn karbohidrat ringkas. Kenapa? Kerana beliau perlukan tenaga yang cepat dan mudah ditukar kepada tenaga (glukosa) untuk membantu beliau execute sessi senaman dengan intensiti yang tinggi dan jangka masa yang panjang.
dia mkn punye byk..tp dia training pon teruk..lau sy mkn cam tu mau obesiti 🙂