Norazman Noh: Tekad ubah diri dari 128kg ke 88kg.

Assalamualaikum,

Saya Norazman Md Noh, dari Kuala Kangsar, bekas Team Leader Kuala Kangsar dalam JK1M #1 dan merupakan peserta kawasan Taiping dalam JK1M#2.

Saya ingin petik firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

20120224_142458

Sebelum menyertai JK1M #1 saya telah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan nutrisi sebanyak 40kg dalam tempoh 11 bulan, iaitu penurunan dari 128kg kepada 88kg. Dari situ saya dikenali sebagai pengamal nutrisi di kalangan kenalan saya. Syukur, alhamdulillah banyak perubahan yang dapat saya rasai dalam kehidupan saya sejak saya tekad mengubah diri.

Perjalanan JK1M saya

Kemudian saya terjumpa iklan di internet mencari Team Leader untuk seluruh Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia turun berat badan secara sihat. Saya menyertainya dengan tekad dan harapan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dalam menjalankan kerja amal yang sangat mulia ini.

Alhamdulillah pada JK1M #1 salah seorang peserta kawasan saya iaitu Saudara Isa Abdullah mewakili Kuala Kangsar telah memenangi Juara Keseluruhan peringkat Kebangsaan dengan izin Allah. Kebetulan juga sebagai Team Leader pada masa itu saya sendiri dapat menurunkan lagi berat badan sebanyak 5kg.

Banyak ilmu yang saya pelajari daripada program ini terutama dari segi aktiviti senaman yang selama ini pembelajaran saya tidak berapa teratur.

Aktiviti yang dijalankan:

Aktiviti senaman secara berkumpulan dan perkongsian pengalaman antara satu sama lain adalah merupakan kekuatan dalam program JK1M ini. Peserta lebih kenal mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar pandangan dan strategi dan saling bantu-membantu dalam memberi motivasi, yang mana jika kita bersorangan perkara ini adalah yang paling mencabar.

IMG_257516134790421
Sesi perkongsian bersama
IMG_257281818510560
Bootcamp strongman training

Seterusnya pada JK1M #2 ini saya terus bertekad untuk membantu diri sendiri pula yang pandangan saya saya sendiri juga perlu turun lagi berat setelah hampir setahun berada di status platue.

PhotoGrid_1387276626270

Alhamdulillah juga ketika penulisan ini dibuat saya berada di hari ke5 JK1M #2 dan telah turun lebih 4kg berat badan…semoga Allah meredhai usaha saya dan kita bersama dengan tujuan untuk lebih mendekatkan diri lagi kepadaNya.

Sesungguhnya jika kita mengubah diri menjadi lebih baik ia adalah pilihan kita. Kita yang bertanggungjawab membuat pilihan kerana perubahan tidak akan datang begitu sahaja dengan hanya berserah kepada Allah….

Wallahu a’lam.

Norazman Md Noh

Privacy Preference Center