- Home
- Weight Loss
- Panduan Makan Minum Sebelum Senaman
Panduan Makan Minum Sebelum Senaman
Pagi tadi di Selamat Pagi Malaysia RTM1 (slot bersama saya setiap Selasa pagi), saya bincangkan topik panduan makan dan minum sebelum dan selepas bersenam.
Untuk pastikan senaman anda berkualiti, anda perlu mahir dalam bezakan keperluan pre dan post-workout yang bergantung kepada objektif senaman.
Nak bakar lemak semasa bersenam?
Sekiranya matlamat anda untuk membakar lemak semasa bersenam, elakkan makanan dan minuman berkarbohidrat beberapa jam sebelum/semasa senaman kardiovaskular (jogging, aerobik etc). Tapi pastikan intensiti senaman tersebut tidak tinggi atau dalam lingkungan 60% kadar maksima degupan jangtung. Contoh senaman yang sesuai uphill brisk walking.
Senaman untuk tingkatkan stamina?
Kalau anda gemari senaman seperti High Intesiti Interval Training (HIIT) atau aerobik impak tinggi, anda harus mengambil hidangan sebelum bersenam untuk memenuhi bekalan glycogen sebagai sumber tenaga. Tanpanya, badan tidak sempat untuk membakar lemak dan terpaksa gunakan glycogen yang terkandung dalam otot. Anda rugi. Kadar degupan jantung anda untuk senaman HIIT ini boleh memcecah 80-90%.
Senaman Pemberat
Untuk senamam pemberat atau weight training, wajib makan sebelum. Samalah seperti senaman intensiti tinggi (i.e. HIIT), badan tidak sempat untuk pecahkan lemak sebagai sumber tenaga dan perlukan tengaga yang cepat daripada belakan glycogen badan. Jadi makan atau minum dalam 30min sebelum dan selepas bersenam. Untuk senaman pemberat, saya syorkan nisbah protein:karbohidrat dalam 1:2 (kalau 10g protein, ambil lah 20g karobhidrat). Pilih kombinasi karbohidrat yang mudah dan yang lambat hadam supaya ada bekalan sepajang masa. Saya juga syorkan minum air berglukos semasa bersenam tetapi kepekatannya tidak sepekat air isotonik biasa. Campurkan air untuk kurangkan kepekatan.
..saya syorkan minum air yang berglukos semasa bersenam tetapi kepekatannya tidak sepekat air isotonik biasa…
salam,
sebelum kahwin bila sy diet badan cepat turun, tp sekarang selepas kahwin, nak tengok turun satu kg pun payah. so sad ;(
sekarang sedang cuba buat aerobik balik..hoho
kenapa air isotonik pekat tak boleh minum kalau workout yer boleh tolong terangkan?