Zamani: Perjalanan Seorang Obesiti

 

Saya Ahmad Zamani Mohd, berumur 33 Tahun. Pernah mencecah berat 140 kg, pergghh. Tak pernah terfikirkan nak seberat tu. Walaupun mempunyai badan yang sebegitu berat, saya tidak pernah pun rasa bersalah pada diri sendiri dan keluarga. Sehinggalah pada suatu waktu, saya menerima ujian dari Allah S.W.T iaitu demam denggi. Kemudian selepas demam denggi, ditimpa pula sakit pneumonia. Bayangkanlah sewaktu itu saya mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel baru berusia 2 Tahun dan 10 bulan. Berat selepas sakit ketika itu adalah 131 kg.

 

Lantaran daripada itulah, saya berfikir untuk berubah 360 darjah dalam kehidupan saya. Untuk makluman pembaca, saya telah mengikuti blog kevin zahri sewaktu umur saya 29 Tahun. Orang kata niat nak kurus ada, tapi tindakan belum dibuat.

 

Pada May 2013, bermulalah kehidupan baru saya apabila mendaftar sebagai peserta Isihat dan seterusnya program Jom Kurus di bawah kendalian kevin zahri. Saya azamkan niat dalam hati untuk belajar cara mengurangkan berat badan daripada sifu Kevin Zahri. Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat sehingga hampir 50kg dalam 7 bulan dengan hanya menyertai program terbabit.

 

Dalam program terbabit, ramai kenalan baru yang sama objektif yang dapat saya kenali. Syukur, namun perjuangan saya masih belum selesai. Niat saya seterusnya untuk mendapatkan berat sebanyak 65 kg, disamping membantu rakan-rakan lain yang masih mengalami masalah obesiti.

 

Kini dengan berat 80 kg, saya memerlukan 15kg untuk mencapai berat 65 kg saya. Walaupun, dengan berat 80 kg ketika ini, saya gembira kerana daripada baju bersaiz 4XL ke L, seluar dari saiz 46 inci ke saiz 34 inci, tidak mudah penat, sudah tidak berdengkur lagi dan sangat aktif. Stamina saya juga 200% peratus menigkat. Buktinya, 2 minggu lepas saya ada ke klinik dan doktor telah memeriksa tekanan darah dan degupan jantung, dan beliau bertanya saya (Awak Atlet ke ?), saya hanya mampu senyum melihat pertanyaan doktor terbabit. Sekarang baru saya tahu, usaha yang selama ini saya lakukan baru terbalas, alhamdulillah, syukur.

 

Orang yang paling gembira semasa transfomasi saya ini, tentulah isteri saya. Sokongan yang tidak pernah luntur membuatkan saya semakin semangat meneruskan perjuangan ini. Ibu dan bapa saya, yang sentiasa memberi galakan dari segi motivasi, menjadikan saya lebih kuat untuk teruskan perjalanan menurunkan berat badan saya ini. Selain itu, saya sangat berterima kasih kepada Sifu kevin zahri, yang tidak pernah lokek ilmu, bersedia berkongsi ilmu yang beliau ada dan menganjurkan program yang sangat-sangat bermanfaat ini untuk rakyat Malaysia.

 

Untuk kawan-kawan diluar sana, teruskan dengan perjuangan anda menurunkan berat badan. Teruskan amalan gaya hidup sihat. Zamani (Team Leader Kawasan Cheras)

CYMERA_20140128_145344