- Home
- Weight Loss
- Tongkat Ali Extract untuk kekuatan tenaga dan stamina?
Tongkat Ali Extract untuk kekuatan tenaga dan stamina?
Jom bincangkan peranan pokok atau tongkat ali extract dalam memantapkan kesihatan, bekalan tenaga dan stamina harian. Kita akan bincangkan, apa tongkat ali, peranan atau kebaikan kesihatan, kesan sampingan dan pandangan saya secara am.
Tapi sebelum itu, let me say this: Anda tidak boleh menyelesaikan masalah kesihatan, kurang cergas, stres kehidupan dan masalah kurang stamina dengan sejenis akar/pokok seperti tongkat ali atau produk lain dengan begitu sahaja. Kesihatan, tenaga dan stamina diri adalah hasil dari pelbagai rangkaian dan komponen kesihatan yang saling bekerjasama.
Kalau ia semudah pengambilan mana-mana produk, semua orang dah mantap, penuh tenaga dan berstamina tinggi sepanjang masa.
Stamina & Bekalan Tenaga Tidak Semudah Mana-mana Produk
Setiap kandungan seperti tongkat ali, kafein, green tea, kunyit, halia etc semjuanya ada peranan, kebaikan dan kelebihan yang tersendiri tapi, sekali lagi, ia bukan lah penyelesaian mana-mana masalah dengan begitu mudah sahaja. Siapa yang salah? Well for me ia adalah pihak yang memasarkannya dengan kata-kata yang berketerlaluan:
Contoh: “mungkin membaiki kesubuaran” dan “membaiki kesuburan” tidak sama maknanya. “Mempromosikan peningkatan tenaga” dengan “tingkatkan tenaga” pun tidak sama.
Stamina dan bekalan tenaga tidak semudah satu ingredient semata-mata. Tapi bukan bermakna suplemen seperti Nu-Prep Tongkat Ali Extract tidak bagus atau tak perlu. Sememangnya bekalkan extract tongkat ali yang berkualiti tinggi mempunyai pelbagai potensi manfaat seperti: mempromosikan kesihatan diri, baiki tenaga, stamina dan lain-lain.
Tapi ia tidak boleh memberi kejaminan. Kesihatan, kecergasan, bekalan tenaga dan kesuburan amat kompleks. Malah kesuburan diri bergantung kepaga begitu banyak faktor termasuk:
- stres kehidupan
- kawalan berat badan
- kecergasan diri
- genetik
- cukup rehat
- hormonal imbalances
- dan lain-lain.
Perspektif
Jangan lihat suplemen sebagai penyselsai masalah stamina, kesuburan, kesihatan dan tenaga dalaman. Fahaminya keperluan diri, cara meningkatan kecergasan diri, cara mengawal kesihatan diri dan yes, cara untuk mempergunakan produk seperti Nu-Prep Tongkat Ali, jika perlu, untuk “suplemen” kekurangan yang ada tapi bukan lah untuk bergantung kepada produk semata-mata.
Adakah saya menggunakan produk tongkat ali?
Belum lagi. Pada usia 40an, saya masih belum rasa perlu saya mempergunakan suplemen tambahan untuk mengingkatkan kesihatan, tenaga, tenaga dalaman diri, termasuk stamina harian yang lebih bergantung kepada rangsangan senaman kardiovaskular untuk kuatkan otot jantung, paru-paru dan lain-lain.
Tanpa rangsangan senaman kardiovaskular berkualiti seperti jogging, cardio, sukan dan lain-laoin, stamina badan sukar untuk ditingkatkan. Malah bagi saya, mana-mana herba, produk atau suplemen lebih efektif sekiranya ia digabungkan dengan gaya hidup yang aktif dan sihat.
Tapi, sekiranya pada usia yang akan meningkat nanti, termasuk penurkaran tahap hormon testorsterone, saya pasti akan mempertimbangkan penggunaan natural testosterone boosters seperti Nu-Prep Tongkat Ali Extract untuk “suplemen” keperluan kesihatan diri.