5 Contoh Makanan Yang Tidak Menggemukkan! Betul Ke?

Posted by | July 03, 2012 | Health & Fitness | 21 Comments
makan-tidak-menggemukkan

Kalau kita bincang tentang penjagaan diet pemakanan, sering ditanya: Apakah contoh makanan yang tidak menggemukkan? Ada ke? Berikut adalah 5 contoh makanan dan minuman popular yang dikatakan sihat. Jom kita teliti samada ia boleh menggemukkan ataupun tidak.

1. Bijiran Oats

Apa dia? Oats adalah bijiran popular yang boleh didapati dalam bentuk cereal, bubur, roti, biskut dan lain-lain. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat.

Kelebihan? Gandungan karbohidrat komplex dan serat melambatkan proses penghadaman – justeru itu lebih mengenyangkan. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis kerana glucose release tidak cepat.

Tidak menggemukkan? Ia mengandungi kalori jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya berlebihan. Selalunya makanan dan minuman beroat ini juga dicampur dengan bahan lain terutama gula ringkas yang juga berkalori. Walaupun serat itu lebih mengenyangkan, pastikan anda kawal pengambilan kuantiti bijiran oats.

Contoh: 1x biskut oats mungkin mengandungi lebih kurang 30kcal. Kalau makan 10x dah 300kcal.


2. Buah Kurma

Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.

Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.

Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.

… Satu kuram Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5x dah 325kcal…

3. Minyak Zaitun (Olive oil)

Apa dia? Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada buah zaitun (olive) dan sering dilabel sebagai minyak yang sihat.

Kelebihan? Minyak zaitun kaya dengan monounsaturated fatty acids yang bantu mengawal/kurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL. Ia juga dikatakan dapat tingkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding minyak lain, tiada kolesterol, cegah penyakit barah (kanser) dan juga bantu kawalan insulin (sesusai untuk penyakit kencing manis atau diabetes)

Tidak menggemukkan? Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.

… tak kita minyak apa, termasuklah minyak zaitun, 1g bersamaan 9kcal…

4. Diet Coke atau Coke Light

Apa dia? Minuman “diet” keluaran syarkit Coka Cola.
Kelebihan? Berbeza dengan minuman bergas yang lain, minuman Diet Coke tidak mengandungi gula langsung. Ia diganti dengan aspartame (pemanis tiruan atau artifial sweetener).
Tidak menggemukkan? Kalori Coke Diet tu memang kosong (kalau ada pun cuma dalam 1kcal sahaja) kalori. Jadi dari segi kalori dan pengawalan berat badan memang tidak menjadi issue dan boleh diminum. Aspartame dikatakan ada kesan negatif jangka masa panjang seperti masalah kidney (pundi kencing) dan meningkatkan kebarangkalian anda dijangkiti kanser. Akhirnya pilihan diri anda sebagai pengguna.

Tonton video YouTube: Diet Coke – Bagus ke tidak?

5. Sayur-sayuran

Apa dia? Well tak perlu cerita banyak kot. Sawi, timun, lobak merah, asparagus, brokoli, salad, jamu etc semua dalam kategori makanan sayur-sayuran.
Kelebihan? Kalori rendah (sangat rendah), serat tinggi dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.
Tidak menggemukkan? Tidak! Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan. Kenapa? Kerana kalori sayur-sayuran sangat rendah (termasuk serat) dan oleh kerana serat tidak boleh diserap/hadam, kalori-kalori itu akan dibuang semula. So makanlah sayur-sayuran tapi ingat, ia bukan sumber tenaga yang baik. Jadi kalau makan salad kosong, itu bukanlah pilihan yang baik bagi saya kerana ia tidak mengandungi tenaga yang anda perlukan untuk aktiviti harian dan tingkatkan metabolisme.

…Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan…

Baiklah, kalau anda ada kemusykilan terhadap mana-mana makanan/minuman yang lain, silalah tinggalkan komen anda di bawah. Ingat, anda boleh makan apa sahaja yang anda inginkan selagi anda pandai mengawal pengambilan kalori seharian berbanding keperluan.

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • nishi bebo

    bgimna pula dgn beras perang???

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      sama dengan contoh oats :)

  • Tintasuria

    Bagaimana dengan buah2an? Esp buah2an tempatan yg mmg manis dan sedap2 belaka.

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      buah-buahan tetap berkalori … jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya diambil too much.

  • Umiena2707

    MaCamana dengan minum susu, say Anlene 2 cups a day?

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      Anlene tu memang bagus untuk sumber protein dan nutrisi seimbang. Well bukan Anlene semata2 but susu low fat overall. Tapi of coz ada kalori jugak. Around 70kcal per serving . Make sure to include in your daily calorie budget. 

  • Aziela Adam

    Dear Kevin.

    I’ve always scared of all the carbonated drinks. But diet coke has no sugar at all? I did hear and read about the side effects of aspartame to our kidneys. How about artificial sugar such as Equal? They are using Aspartame as well, right? How bad will be the side effects because I heard in radio it is approved by the Ministry of Health in USA?

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      Hello, same goes to Equa as well. But yes diet coke as 0 sugar. The info on kidneys was done in the US. It has to do with the load of work aspartame places on the kidneys. Hence overtime, wear-n-tear is high which can lead to kidney failure.

      • Qifly

        kalau takut kesan pada buah pinggang… kita pakat guna daun stevia lah pulok…
        … apa pendapat Kevin pasal STEVIA.. ada side effect juga ke…

  • MM

    Info yg sgt berguna!!!bgimn plak ngan sayur2an yg dimasak (dicampur dgn bhn2 masakan yg lain)??cth:minyak,garam n sbginy.tq.

  • http://profile.yahoo.com/YJBSMP5N7RAVAP5GPHHPZ5U26I Maryam Izza

    Salam Kevin! saya ada 2 soalan..

    1) jika kita sudah mkn malam, adakah elok slps itu kita masih mengambil segelas susu anlene (4sudu)

    2) aktiviti berjoging selama 20 minit boleh bakar berapa bnyk kalori?

    btw thanks for sharing :)

  • Ijima Fauzi

    Salam kevin. sy nak turunkan berat sebanyak 20kg. berat sekarang 63kg tinggi 153. berapa kalori yang sy perlu ambil sehari untuk bakar lemak2 yang baru masuk n yg dah lama n tepu dlm bdn?

  • Harizhafni

    blh x bg waktu yg sesuai tuk 5kali mkn dlm sehari? blh beri contoh kalori n mknan yg harus sy ambil setiap hr bg menurunkan berat bdn? ok…last soalan..utk org yg nk berdiet wanita seperti sy berapakah kalori yg harus sy ambil dlm sehari?

  • Honey_sue86

    kevin,nk tanye mcm mane nak kurangkan dagu yg berlapis???ade senaman ke?

  • Nursyazana Bt Salim

    kevin,nak tanya macamana nak kecik kan pinggang

  • dian

    camna nak tau yg kuantiti oat yg kita ambil x berlebihan..

  • sweety sawada

    hai,,kevin,,,sy tk thu mcm mn,,sekrang sy tgh berdiet,,but nk tya,,oat tu mengemukkan ker,,,so berapa anggaran kuantiti perlu diambil,,,sbb sy ingin mengurangkan makan nasi

  • akin

    as slm bro kevin…tempe n tahu sesuai tak dimakan dlm menu diet?

  • shahrose

    Selepas mengamalkan nasi segenggam pada awalnya agak mengigil jugak esp kalau nasi bertemu dengan singgang dan budu..mana jalan makan segenggam nasikan Kevin.. tak kickla..tapi demi kesihatan saya berjaya amalkan nasi segenggam tu..tapi rata2 kawan2 ckp nak kurus cepat jgn makan nasi jangan makan malam jangan roti ..ambik suplement dan ….bla bla bla…mungkin deorng tak boleh terima diet saya yang dikatakan turun berat badan secara slow…and steady…jaga kalorie dan exercise ..sedangkan sekarang heboh di internet, di tv ada kan iklan…kalau makan or minum an ‘diet’ ( cepat kurus tanpa bersenam or dicucuk..) dalam tempoh sekejap boleh kurus…apa pun yang Kevin ajarkan saya sedang buat.dan kita tunggu result raya nanti…^_^ kalau turun 5kg or lebih saya bersyukur sangat…

  • Valentina

    sushi menggemukkn x?

  • sya

    hey, sushi menggemukkan ke tak ?