- Home
- Weight Loss
- Durian: 10 Fakta Menarik Yang Anda Tidak Tahu!
Durian: 10 Fakta Menarik Yang Anda Tidak Tahu!
Ah yes, sekarang musim durian di Malaysia. Jadi semasa makan malam di rumah ayah saya di Ampang semalam, keluarga saya agak terkejut apabila “cikgu fitness” pun memakan seulas durian. Keluarlah kata-kata seperti “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”.
terkejut semua apabila “cikgu fitness” makan durian semalam ….
Tak salah makan durian in moderation dan saya rasa buah durian itu mempunyai reputasi buruk padahal ia mempunyai banyak kebaikan.
10 Fakta Menarik Buah Durian
- Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.
- Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
- Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
- Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
- Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
- Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
- Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan 🙂
- Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
- Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
- Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.
Oklah enjoy musim durian dan makanlah dengan ilmu yang lebih baik.
Sekarang kalau ada orang yang cepat buka mulut dan berkata “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”, anda boleh kongsi ilmu dengan mereka.
i habiskan 2-3 bijik sekali jalan… alhamdulillah, masih rasa nak makan lagi, seb bek dah habis.. kalu tak masuk i.c.u.
Good info indeed. Thanks Kevin.! 🙂
Thanks coach
yay…so i can enjoy my durians season….
nice info bro…
thanks.
noor memang hantu durian..
Arhhhhh legaaa, lepas ni bileh beli durian seguni…. 🙂
yay! lps ni sy x perlu lagi ragu-ragu nak pulun durian muahahaha
jgn salah kn buah, buah 2 xbersalh tp yg salah diri sendiri sbb xpandai kawal nafsu…..
Itu kalau buah..tapi kalau dh buat kuah durian atau paste filling barulah boleh tanya.. “bolehke makan ni?”
everything in moderation … gotta count em calories 🙂
Tqsm for your info.
you are welcome.
makan durian badan rasa panas metabolism naik or turun?
naik.
my baby sgat suke durian..baru setahun 4bulan..mcmana ya en kevin?
skrg ramai btul org dok tag produk sd2 kat fb sy…mcm herbalife juga ke
skrg ramai dok tag foto produk d2..lebih kurang mcm herblife ke
can i share 10 fakta itu dalam blog i?
[…] samalah seperti buah fakta menarik durian sebelum ini, jom kita lihat 10 fakta menarik buah kepala dalam pengurusan kesihatan […]
Does the weight of seulas durian tu includes the weight of biji dia?
bukan tumbuhan pun ada lemak ka?
macam kacang, buah zaiton, dan lain-lain..
memang betul, tapi lemak ade lemak tepu dengan tidak tepu…different
Nak share info ni dalam blog saya blh tak?
Tp 1-3 uolss xcukup ????????????????
kolesterol hanya pada hanya pd haiwan..pd tumbuhan dipanggil sterol…
Thanks kevin ….pas ni tak yah takut nak makan durian ..hehehe
Lepas makan durian, tak lalu nak bercium-ciuman.. lol
[…] https://kevinzahri.com/durian-kalori-kolesterol-fakta/ […]