Panduan Kalori Biskut Hari Raya

almond-london-biskut-raya-kalori

Hari raya pasti takkan lengkap jika tidak disertakan sekali dengan juadah juadah utama seperti rendang, lemang, ketupat dan macam macam lagi. Tapi yang menjadi perhatian bila Syawal menjelma, tentulah biskut dan kuih raya, 1001 jenis tu! Semua sedap sedap belaka. Walau bagaimanapun, anda harus ingat, kuih dan biskut raya juga mengandungi kalori tertentu.

… biskut raya tidak mengenyangkan kerana penuh dengan gula-gula ringkas yang tingkatkan nafsu makan lagi …

Nasihat saya, makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.

Jadi berapa kalori biskut biskut dan kuih raya ni?

  1. Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal .
  2. Almond London = 110 kkal
  3. Biskut cornflakes = 80 kkal
  4. Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
  5. Biskut kacang/badam = 90 kkal
  6. Biskut suji = 40 kkal
  7. Kuih Semperit = 40 kkal
  8. Biskut kelapa = 60 kkal
  9. Bahulu = 60 kkal
  10. Dodol = 70 kkal
  11. Kek buah = 130 kkal
  12. Kek lapis Sarawak = 160 kkal
  13. Muruku = 120 kkal
  14. Agar agar buah = 30 kkal
  15. Kerepek pisang = 40 kkal
  16. Rempeyek = 70 kkal
  17. Wajik = 50 kkal
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.

Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.

Sedikit panduan pada yang belum mula buat kuih raya atau nak makanan anda sihat sikit –

  • Gunakan bahan bahan yang hi-fibre untuk buat kuih dan biskut raya
  • Kurangkan kuantiti gula, minyak dan lemak bila menyediakan kuih dan kek.
Untuk tip elak gemuk rasa dan banyak kalori senarai kalori makanan dan manis-manisan hari raya, rujuk kepada eBook 25 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya atau Cekodok.com

Selamat Hari Raya!

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.