Kenapa Berat Air Badan Naik 2kg Selepas 1x Hari Raya Bulan Syawal?
Selamat Hari Raya semua,
Fenomena naik berat badan di hari raya 1kg, 2kg mahupun 3kg selepas satu dua hari bulan Syawal adalah normal walaupun ia agak menyakitkan hati pada masa yang sama. Jangan risau, normal untuk berat badan naik dengan akan “mendadak” selepas suatu diet atau corak pemakanan berubah dengan agak drastik.
Ia bukan soal lemak badan yang meningkat tapi AIR badan.
Harapan saya semoga video bantu anda redha, pasrah dan tenang dalam berdepan nikmat dan kurnia Hari Raya ini.