Panduan Kalori Biskut Hari Raya
Hari raya pasti takkan lengkap jika tidak disertakan sekali dengan juadah juadah utama seperti rendang, lemang, ketupat dan macam macam lagi. Tapi yang menjadi perhatian bila Syawal menjelma, tentulah biskut dan kuih raya, 1001 jenis tu! Semua sedap sedap belaka. Walau bagaimanapun, anda harus ingat, kuih dan biskut raya juga mengandungi kalori tertentu.
… biskut raya tidak mengenyangkan kerana penuh dengan gula-gula ringkas yang tingkatkan nafsu makan lagi …
Nasihat saya, makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.
Jadi berapa panduan kalori biskut raya dan kuih raya ni?
- Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal .
- Almond London = 110 kkal
- Biskut cornflakes = 80 kkal
- Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
- Biskut kacang/badam = 90 kkal
- Biskut suji = 40 kkal
- Kuih Semperit = 40 kkal
- Biskut kelapa = 60 kkal
- Bahulu = 60 kkal
- Dodol = 70 kkal
- Kek buah = 130 kkal
- Kek lapis Sarawak = 160 kkal
- Muruku = 120 kkal
- Agar agar buah = 30 kkal
- Kerepek pisang = 40 kkal
- Rempeyek = 70 kkal
- Wajik = 50 kkal
Tapi ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Tapi jangan tak beraya
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.
Sedikit panduan pada yang belum mula buat kuih raya atau nak makanan anda sihat sikit.
- Gunakan bahan bahan yang hi-fibre untuk buat kuih dan biskut raya
- Kurangkan kuantiti gula, minyak dan lemak bila menyediakan kuih dan kek.
Untuk tip elak gemuk rasa dan banyak kalori senarai kalori makanan dan manis-manisan hari raya, rujuk kepada eBook-eBook saya di sini.
[…] Panduan Kalori Biskut Raya by Kevin Zahri […]