Ajinomoto: How To Enjoy Exercising & Make Delicious Healthy Meals
Untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat & sentiasa kekal aktif tidak semestinya susah! Jom join saya dalam sesi bicara 'How To Enjoy Exercising & Make Delicious Healthy Meals' bersama dengan @MyAjinomoto dalam perkongsian saya kali ini.
Pelbagai resepi-resepi sihat, dan juga kepentingan amino acids sebagai supplement dalam membantu improve kan lagi sports performance kita ada saya kupaskan dengan lebih lanjut.
Untuk ketahui lebih banyak resepi yang sihat & sedap untuk you guys cuba, just layari pautan di bawah!
https://www.ajinomoto.com.my/bm/resipi-individu-aktif
Alternatif Ayam Sebagai Sumber Protein
Dengan kekurangan bekalan ayam di Malaysia, ramai yang bertanya berkenaan sumber alternatif pengambilan protein.
Selain ayam dan sumber haiwan, alternatif pengambilan protein seharian termasuk kekacang, tempeh, quinoa, kacang soya, susu dan lain-lain.
10 Tip Untuk Atasi Masalah Plateau Berat Badan
Dah diet tapi berat badan tidak berubah atau dah kurang berat badan tapi kini berat badan masih sama walaupun anda amalkan pemakanan dan senaman yang sama?
Jangan risau. You are not alone dan ya, anda mungkin berdepan masalah plateau berat badan yang normal. Malah ia kerap dilalui para peserta yang telah berjaya kurangkan berat badan melalui program BSK atau Jom Kurus kita.
Berikut adalah 10 tip untuk bantu anda break though masalah plateau berat badan anda.
1. Fokus Pada Kualiti Makanan
Setelah anda berjaya kurangkan berat badan melalui defisit kalori dan kawalan kuantiti kalori, cuba alih perhatian anda kepada kualiti makanan. Ini bukan soal kalori tapi soal: garam, fiber dan nutrient-density makanan anda.
Garam dan fiber terutamanya membantu dalam kawalan water retention dan perlawasan anda.
2. Rehat Seketika
Yes, saya faham anda bersemangat untuk bersenam sepanjang masa tapi Overtraining adalah stres pada badan. Malah senaman itu sendiri sememangnya merupakan stres fizikal which is OK tapi jangan memperkecilkan kepentingkan rehat dalam usaha anda untuk kurang atau kawal berat badan.
3. Kurangkan Stres. Cukup Tidur?
Sambungan cerita "stres". Stres berlebihan dari pelbagai sumber kehidupan, termasuk social media, kewangan dan kurang tidur, boleh mengelorakan hormon badan yang boleh mempengaruhi simpanan lemak badan.
Jadi, take a step back, meniliti kehidupan anda dan cuba seimbangkan stres sebanyak mungkin.
4. Lawas Anda OK Tak?
Jangan memperkecilkan kepentingan melawas dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan. Berapa kali sehari? Sasarkan 2x sehari. Di sini kualiti pemakanan, pengambilan air dan tabiat melawas anda penting untuk melawas dengan konsisten.
5. Pelbagaikan Senaman, termasuk intensiti!
Jangan terlalu manjakan diri dalam amalan senaman. Badan sukar untuk mengatasi plateau berat badan atau plateau kecergasan kalau anda asyik mengamalkan senaman yang sama. Push yourself untuk memaksa badan to break through the plateau. Badan perlukan sebab untuk berubah.
If things dont change, they will remain the same.
6. Cuba Tukar Coach!
Bukan soal curang tapi soal kepelbagaian dalam usaha anda untuk didedahkan kepada bentuk dan intensiti senaman yang berbeza. Yes coach anda memang hebat tapi setiap coach ada corak senaman yang beliau gemari tapi over time, bagus kalau anda tukar kepada jurulatih atau bidang senaman yang lain. It helps to shake things up.
Contoh dari Zumba ke MuayThai atau HIIT kepada LIIT dll. Mix it up tapi cuba jada hati coach masing-masing.
7. Diet Puasa To Shock The System
Tak semestinya diet intermittent fasting atau lain tapi amalan puasa enam, sunat atau Ramadhan itu sendiri memang mempunyai pelbagai manfaat dalam membantu stabilkan hormon, kejutkan metabolisma badan dan macam-macam lagi.
8. Jika Perlu, Recalculate your BMR
Dah kurangkan 20kg? BMR anda pun dah berkurangan dalm 150-200kcal setiap hari. Kenapa? Kerana antara faktor yang mempengauhi BMR adalah berat badan anda. Jadi jika perlu, go back to basics dan kira semula BMR, DCR atau keperluan kalori anda.
Kalau anda tidak pasti bagaiman untuk menilai ini, do check out my eBook "Panduan Kurangkan 10kg Dalam 6 Minggu" atau online course saya Kurus MasterClass: Panduan Kurangkan 10kg Dalam 6 Minggu.
9. Celebrate Your Non-Scale Successes
Dalam usaha anda untuk terus kurangkan berat badan demi mencapai berat badan yang ideal, penting untuk anda meraikan kejayaan non-scale seperti gaya hidup aktif, kecergasan, kekuatan dan macam-macam yang sangkut-paut dengan gaya hidup yang sihat. Kalau anda hanya menilau angka berat badan, anda pasti dan STRESS dan tak kurus-kurus jugak :)
Check out my "Happy & Kurus" course untuk pelbagai panduan GEMBIRA dalam usaha kurangkan berat badan anda.
10. Trial & Error
Akhir kata, tiada satu cara atau kaedah yang sesuai untuk semua pembaca di sini. Trial & error untuk cuba menilai yang mana sesuai untuk anda. Adakah ia mudah? Harapan saya tidak kerana kalau ia mudah, kebarangkalian besar, anda tidak akan menghargainya.
Enjoy the challenge dalam perjuangan anda untuk lebih sihat, cergas, kuat, happy dan yes, lebih kurus.
Semoga tip-tip ini membantu dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan anda.
Untuk lebih info dan bimbingan bersama saya, do join our upcoming Cabaran 30 Hari "Kurus" di kevinzahri.com
Kenapa Berat Air Badan Naik 2kg Selepas 1x Hari Raya Bulan Syawal?
Selamat Hari Raya semua,
Fenomena naik berat badan di hari raya 1kg, 2kg mahupun 3kg selepas satu dua hari bulan Syawal adalah normal walaupun ia agak menyakitkan hati pada masa yang sama. Jangan risau, normal untuk berat badan naik dengan akan "mendadak" selepas suatu diet atau corak pemakanan berubah dengan agak drastik.
Ia bukan soal lemak badan yang meningkat tapi AIR badan.
Harapan saya semoga video bantu anda redha, pasrah dan tenang dalam berdepan nikmat dan kurnia Hari Raya ini.
Panduan Kalori Makanan Hari Raya
Panduan kalori hari raya seperti lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagi bukan lah untuk hindari anda dari menikmati makanan kegemaran anda di Hari Raya tapi untuk memperkasakan diri untuk menjadi pengguna yang bijaksana dan mengawal keadaan sepanjang bulan Syawal.
Kalori Makanan Popular Hari Raya
Nama makanan | Hidangan | Kalori |
Ketupat | 1 potong (80g) | 88 |
Ketupat Palas | 1 potong (80g) | 124 |
Lemang | 1 sederhana slice (35g) | 82 |
Rendang, Ayam | 1 potong | 148 |
Rendang, Daging | 2 sederhana potong | 64 |
Lontong with sayur | 1 mangkuk | 350 |
Soto Ayam | 1 mangkuk | 403 |
Laksa | 1 pinggan | 550 |
Serunding, Ayam | 55g | 180 |
Serunding, Beef (Daging) | 55g | 200 |
Soft Drink | 1 Sederhana Gelas | 65 |
Nasi Putih (White Rice) | 1 Pinggan | 166 |
Nasi Dagang with fish, egg etc | 1 Pinggan | 505 |
Mee-hon, Fried | 1 Pinggan | 295 |
Satay (Chicken/Beef) | 5 Cucuk | 180 |
Kalori Kuih-muih Hari Raya
Nama Makanan | Hidangan | Kalori |
Kuih Lapis | 87g | 132 |
Kuih Lompang | 86g | 117 |
Kuih Lopes Pulut | 83g | 168 |
Kuih Peneram | 55g | 256 |
Kuih Sri Muka | 99g | 192 |
Kuih Talam Seri Kaya | 122g | 182 |
Kuih Tepung Pelita | 74g | 101 |
Lor-Mai-Fan | 190g | 422 |
Pulut Panggang/Pulut Udang | 83g | 184 |
Putu Piring | 32g | 75 |
Rempeyek | 15g | 90 |
Tapai Pulut | 80g | 134 |
Tepung Bungkus | 85g | 238 |
Cake, Swiss Roll | 10g | 36 |
Cucur Udang | 54g | 144 |
Currypuff | 40g | 128 |
Currypuff, Twisted | 59g | 127 |
Currypuff, Mini | 8g | 44 |
Dumpling, Chicken (Kuih Pau Ayam) | 85g | 203 |
Halwa | 50g | 149 |
Ham-Chi-Peng | 75g | 233 |
Kesari | 60g | 170 |
Kuih Apam | 27g | 52 |
Kuih Apam Balik | 115g | 282 |
Kuih Apam Gula Hangus | 50g | 159 |
Kuih Bawang | 4g | 20 |
Kuih Kapit | 4g | 17 |
Kuih Keria | 38g | 90 |
Kuih Ketayap | 65g | 140 |
Kuih Lidah Kucing | 14g | 74 |
Kuih Tat Nanas | 5g | 23 |
Yau-Car-Kue | 70g | 292 |
Doughnut (Donat) | 75g | 268 |
Bingka Ubi Kayu | 100g | 221 |
Cekodok Pisang | 71g | 180 |
Semoga panduan ini membantu anda. Selamat hari raya semua.
9 Tip Elak Gemuk Melampau di Hari Raya
Hari Raya is just around the corner dengan lemang, rendang, kuih dan pelbagai biskut yang lazat dan pasti membakar hati, jiwa, dan mengelorakan nafsu makan kita semua. Aduh aduh aduh :)
Lagi-lagi tahun ini di mana perhaps semua orang, termasuk saya, nak lepas geram setelah 2 tahun tidak dapat beraya macam dulu bersama keluarga dan sahabat yang berjauhan.
Berjaya kurangkan berat badan di Ramadhan?
Jadi panduan berikut bukan untuk hindari anda dari menikmati musim perayaan ini tapi untuk membantu anda elak "gemuk melampau" dan tertenggelam dalam lautan yang dalam. Sayang kalau usaha kesihatan dan kawalan pemakanan kita sepanjang bulan Ramadhan terus "dikosongkan" di bulan syawal.
Katakan anda berjaya kurangkan 4kg berat badan sepanjang bulan Ramadhan, cuba elak penambahan 4kg berat badan sepanjang bulan Syawal ini.
9 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya
Semoga panduan 9 tip elak gemuk melampau di hari raya ini membantu dan untuk meraikan Hari Raya dengan penuh kegembiraan.
Lebih awal, kami sekeluarga juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat semua rakyat Malaysia dan everyone around the world.
Cabaran 30 Hari "Syawal Edition"
Jom sertai Cabaran 30 Hari virtual bersama saya yang bakal bermula 12 May ini. Ia percuma kalau anda berjaya beri komitmen sepanjang 30 hari ini.
Panduan Weight Training Sepanjang Bulan Puasa Ramadhan
Bagi pengemar senaman pemberat atau weight training seperti saya, bulan ramadhan agak mencabar dalam menyeimbangkan amalan berpuasa dengan keinginan untuk terus amalkan senaman bebanan, avoid muscle loss dan utamakan keselamatan pada masa yang sama.
Weight Training & Ramadhan Guide
Video berikut kongsikan nasihat dan amalan weight training diri saya sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga ia membantu anda untuk kekal aktif dan selamat sepanjang bulan puasa ini.
Rahsia Kurus Dengan Cepat 10kg Seminggu? Jangan Tertipu
5kg seminggu? 8kg seminggu? 10kg seminggu?
Dari masa ke semasa, dunia social media akan viralkan kisah kurangkan berat badan that sound too good to be true.
Kurang 13kg Seminggu!
Termasuk dalam program Jom Kurus yang saya anjurkan sejak 2013, sering kedengaran kisah peserta kurangkan jumlah berat badan yang besar dalam masa seminggu. Sampai 10kg atau 13kg seminggu pun ada. Malah pemenang Cabaran Jom Kurus kami sering kurangkan lebih dari 20kg dalam program 6 minggu setiap musim.
Apa rahsia mereka kurus dengan cepat?
Ia sering menimbulkan kecurigaan para peserta yang terkeliru dan berkata "ia tidak sihat" atau terpedaya dengan kisah yang kurus dengan cepat itu.
Always remember: Sebarang kisah kurus dengan cepat atau melebihi 2kg seminggu atau 2kg sehari sekalipun, mempermainkan air dan bukan lemak badan. Mustahil untuk kurangkan berat badan lemak dengan begitu cepat. Kenapa? Kerana 1kg lemak badan bersamaan 7700kcal.
Untuk bakar 7700kcal sehari tanpa makanan tidak munasabah. Air tidak berkalori dan boleh dipermainkan dengan mudah. Buang air kecil sahaja pun boleh kurangkan lebih kurang 500ml yang bersamaan 500g berat badan.
1ml air = 1gram
Jadi setiap kisah kurus dengan cepat, peserta itu mempermainkan keadaan, terutama berat air badan. Video berikut terangkan rahsia kurus cepat yang sering kelihatan dalam program-program kurangkan berar badan, termasuk lah program anjuran kami sendiri.
Jadi jangan tertipu dan diperguna.
Objektif video ini BUKAN lah untuk mengajar anda kurangkan atau kurus dengan cepat MALAH ia bertujuan untuk memperkasa dan menyediakan anda apabila berdepan dengan kisah-kisah luar biasa yang sering diviralkan dan mengelirukan orang ramai.
Ingin kurangkan berat badan bersama kami? Join our Cabaran 30 Hari "Kurus"
Diet Intermittent Fasting vs Ramadhan
Intermittent Fasting dan Ramadhan sering dihubungkaitkan dan walaupun ia ada persamaan, itu tidak bermakna that is is the same.
Jom bincangkan secara ringkas, persamaan dan perbezaan utama diet intermittent fasting dan amalan puasa Ramadhan dari segi kebolehan untuk bantu anda kurangkan berat badan, pemakanan dan senaman.
Apakah pengalaman anda?
9 Tip Mudah Berbuka Puasa Ramadhan
Beberapa tip mudah untuk selamatkan anda & diri saya dari godaan nafsu makan yang bergelora semasa berbuka puasa. But chillex dan enjoy your "sekuih-dua".
Tip ini adalah dari eBook Percuma saya, Ramadhan Puasa & Kurus
Menu Diet Ramadhan: Saya Makan Apa?
Berikut adalah contoh pelan diet saya untuk hari "biasa" semasa berpuasa Ramadhan. Sudah tentu ia bukan soal kesempurnaan dan akan ada hari yang saya makan lebih atau kurang atau hadiri majlis berbuka puasa buffet.
Untuk panduan Ramadhan termasuk pemakanan, kawalan berat badan dan pantang larang senaman, sila rujuk kepada eBook percuma saya, Ramadhan: Puasa & Kurus
9 Kelebihan Kesihatan Ramadhan
Video ini akan kongsikan 9 tip dan manfaat dan kelebihan kesihatan berpuasa Ramadhan. Semoga ia membantu anda dalam menikmati dan beri penghayatan kepada amalan anda sepanjang bulan Ramadhan nanti.