Nur Farihan: Kisah Saya Dari 100kg Ke 58kg.
[one_third boxed="true"]
Nur Farihan Bt Idris:
Umur: 25 Tahun
Berat Permulaan: 100kg
Berat Selepas: 58kg
Berapa lama ambil masa? Setahun
Tinggi: 160cm
Pekerjaan? Student
Facebook: farihan.idris
Twitter: @farihanidris
Instagram: flying_fat
[/one_third]
Seperti orang lain (yang mempunyai masalah obesiti) saya juga punya keinginan untuk menurunkan berat badan. Cita-cita untuk kurus sudah lama ada, sejak dibangku sekolah lagi. Namun kalau cuma pasang impian tapi tiada usaha memanglah tak ada hasilnya.
Saya sering berpendapat, mustahil untuk kurus kerana memang sejak kecil saya berbadan bulat. Setiap kali balik kampung saya akan ditegur dan diperli orang tentang saiz badan saya. Perasaan sedih dan marah tu pastilah ada. Tapi apa boleh buat, saya telankan saja. Berat badan saya makin bertambah setiap tahun hingga mencecah ke angka 100kg lebih. Baju dan seluar bukan senang nak cari, kalau ada pun tak banyak pilihan.
Tahun 2009 saya pernah cuba untuk kurus. Ibu bapa saya yang menyuruh saya bersenam kerap. Saya pergi ke gym tanpa ada ilmu langsung tentang bagaimana cara untuk bersenam dan berdiet dengan betul. Bayangkan, siang saya ke gym, malam pula saya makan dengan sangat banyak kononnya lemak dibadan dah disingkir sewaktu berada di gym.
Keputusannya? Memang saya tetap gemuk dan berat badan saya takpun turun. Waktu tu sangat kecewa dan saya rasa usaha saya langsung tak membuahkan hasil (walhal cara saya yang salah).
Awal tahun 2013, sekali lagi hati saya terdetik untuk kurus apabila secara tak sengaja saya terbaca tentang perkongsian kisah kejayaan menurunkan berat badan (di Facebook dan website Kevin Zahri).
Saya sangat teruja dan gembira dengan perkongsian mereka. Kadang tertanya-tanya juga, betul ke apa yang saya baca, seperti tak percaya ada orang yang berjaya turun berkilo-kilo hanya dengan menjaga makan dan bersenam.
Jadi bermula dari situ setiap hari saya memperbanyakkan bahan bacaan tentang cara untuk menurunkan berat badan dan cara untuk menjaga serta memilih pemakanan harian.
[one_whole boxed="true"]Amalan gaya hidup sebelum berubah? Fast food adalah antara tempat kegemaran saya. Pantang ada duit, saya akan laburkan pada makanan. Lebih-lebih lagi waktu di universiti dulu, makan memang salah satu dari hobi saya. Bayangkan setiap hari saya akan makan 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam. Air manis tu semestinya perlu dan saya sangat gemar makan coklat. Sayur-sayuran lansung tidak dipandang. [/one_whole]
Terima kasih cikgu Kevin!
kebanyakan info yang saya perolehi adalah melalui internet. Seperti di youtube, facebook dan blog-blog kesihatan seperti blog Kevin zahri. Masa tu saya terjumpa info di cekodok.com dan dari sini saya mula belajar mengira kalori seharian saya. Kemudian saya akan rajinkan diri untuk membaca segala soal-jawab tentang "diet sihat" di website & Facebook Kevin Zahri. Melalui pembacaan saya kumpul segala maklumat, saya catit mana yang penting. Jika ada persoalan yang saya tidak faham, saya akan bertanya terus beliau melaui email di laman Facebook.
Dan saya berterima kasih kepada cikgu Kevin kerana mewujudkan ruangan kongsi kisah kejayaan di website beliau yang mana telah banyak menolong saya untuk menjadi lebih kuat dan bersemangat setelah membaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang telah berjaya. Oleh sebab itu saya juga berazam ingin sama membantu & berkonsi pengalaman kepada kawan-kawan diluar sana yang ingin menurunkan berat badan.
Menu Diet yang Farihan amalkan?
Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’
Saya makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yg dimasak sendiri. saya lebih selesa masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)
7am: Sarapan saya mkn roti wholegrain brsama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
12pm: Lunch saya mkn nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.
3pm: Kunyah kekacang. sebab kcg mengandungi lemak baik.. dua baris jari tangan kita pun dah cukup (lebih kurang 10-12 biji)
6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ikan brsama sayur.
Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)
Senaman: Macam-macam!
Saya akan melakukan senaman seperti jogging, swimming, cycling, skipping, walking, tak kisah apa-apa pun setiap hari kecuali hujung minggu kerana waktu itu adalah hari untuk badan saya berehat.
Rutin senaman saya di gym pula ialah gabungan antara kardio dan weight lifting (angkat berat). Saya akui senaman angkat berat amat membantu dalam menurunan berat badan saya dan juga dapat mengelakkan kulit di bahagiaan tertentu menjadi lembik (menggelebeh) setelah penurunan berat badan. (selalunya di alami oleh mereka yang terlampau gemuk seperti saya)
...bila saya lihat kejayaan orang lain kurus tanpa produk kurus, saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan.
Tanpa Produk Kurus
Saya tidak mengambil sebarang produk kurus kerana kurang percaya. Tambahan pula, bila saya lihat kejayaan orang lain (kurus tanpa pengambilan pil atau produk kurus), saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan. Bagi saya, walaupun kita makan pil kurus kita masih perlu menjaga pemakanan dan juga bersenam. Maka saya pilih untuk melabur duit saya pergi ke gym daripada membeli produk/pil kurus.
5 Tip Mudah Untuk Kurus?
Tips ringkas dari segi pemakanan:
- Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)
- Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
- kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)
- Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!
- Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.
Motivasi dan nasihat:
- Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mmpercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.
- Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).
- Rajin bertanya. Kalau tak faham, boleh bertanya atau boleh juga membaca di ruangan soal-jawab di website/facebook kevinzahri dan satu lagi website yg bagus iaitu SusuSejat.
- Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
- Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.
- Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
Alhamdulillah syukur. Hari ini saya tidak lagi berada di tahap obes seperti dahulu, namun masih banyak lagi yang perlu saya belajar.Masih banyak lagi yang saya tak tahu tentang dunia Fitness.
Saya suka bersenam dan kalau boleh saya nak mencuba pelbagai jenis sukan yang saya tak boleh buat sebelum ini (kerana faktor obes). Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengubah gaya hidup saya yang dulu kepada gaya hidup yang lebih aktif dan positif.
Jangan berfikir negatif ... “Everybody have their own struggles”
Apa-apapun, tidak bermakna orang yang berbadan ‘besar’ itu tidak sihat. Saya yakin kita semua mahukan kehidupan yang lebih baik.
Jangan berfikir negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain. “Everybody have their own struggles”. Sedangkan kita pun tidak begitu sempurna. Sama-sama kita saling bantu membantu dan sentiasa bercakap perkara-perkara yang positif.
Norazman Noh: Tekad ubah diri dari 128kg ke 88kg.
Assalamualaikum,
Saya Norazman Md Noh, dari Kuala Kangsar, bekas Team Leader Kuala Kangsar dalam JK1M #1 dan merupakan peserta kawasan Taiping dalam JK1M#2.
Saya ingin petik firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
Sebelum menyertai JK1M #1 saya telah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan nutrisi sebanyak 40kg dalam tempoh 11 bulan, iaitu penurunan dari 128kg kepada 88kg. Dari situ saya dikenali sebagai pengamal nutrisi di kalangan kenalan saya. Syukur, alhamdulillah banyak perubahan yang dapat saya rasai dalam kehidupan saya sejak saya tekad mengubah diri.
Perjalanan JK1M saya
Kemudian saya terjumpa iklan di internet mencari Team Leader untuk seluruh Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia turun berat badan secara sihat. Saya menyertainya dengan tekad dan harapan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dalam menjalankan kerja amal yang sangat mulia ini.
Alhamdulillah pada JK1M #1 salah seorang peserta kawasan saya iaitu Saudara Isa Abdullah mewakili Kuala Kangsar telah memenangi Juara Keseluruhan peringkat Kebangsaan dengan izin Allah. Kebetulan juga sebagai Team Leader pada masa itu saya sendiri dapat menurunkan lagi berat badan sebanyak 5kg.
Banyak ilmu yang saya pelajari daripada program ini terutama dari segi aktiviti senaman yang selama ini pembelajaran saya tidak berapa teratur.
Aktiviti yang dijalankan:
Aktiviti senaman secara berkumpulan dan perkongsian pengalaman antara satu sama lain adalah merupakan kekuatan dalam program JK1M ini. Peserta lebih kenal mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar pandangan dan strategi dan saling bantu-membantu dalam memberi motivasi, yang mana jika kita bersorangan perkara ini adalah yang paling mencabar.
Seterusnya pada JK1M #2 ini saya terus bertekad untuk membantu diri sendiri pula yang pandangan saya saya sendiri juga perlu turun lagi berat setelah hampir setahun berada di status platue.
Alhamdulillah juga ketika penulisan ini dibuat saya berada di hari ke5 JK1M #2 dan telah turun lebih 4kg berat badan...semoga Allah meredhai usaha saya dan kita bersama dengan tujuan untuk lebih mendekatkan diri lagi kepadaNya.
Sesungguhnya jika kita mengubah diri menjadi lebih baik ia adalah pilihan kita. Kita yang bertanggungjawab membuat pilihan kerana perubahan tidak akan datang begitu sahaja dengan hanya berserah kepada Allah....
Wallahu a'lam.
Norazman Md Noh
Acik Hanafz : So I Choose To Change!
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua! (^_^). Nama yang tercoret di surat beranak ialah ‘Atiqah Mohd Ali Hanafiah’ tapi panggil Acik dah cukup, baru la mesra sikit kan? hehe. Umur dah menjangkau 25 tahun, berasal dari Setapak Kuala Lumpur. Dan saya kini sedang giat mengusahakan perniagaan sendiri iaitu “The Okpo Project – Chocolate Fudge Cake & Cuppees”. Catchy tak nama? Muehehe. Detik 15 March 2014 lalu, bermulalah coret bibit perjalanan hidup saya dan peserta lain ke dalam keluarga baru “Jom Kurus 1 Malaysia” Musim 2. Meh sini nak cerita macam mana boleh "terjebak".
Lifestyle, Makanstyle?
Selepas pembedahan appendix 16 tahun yang lalu, berat saya naik mendadak selari dengan umur yang meningkat. Saya nekad untuk turunkan berat badan kerana tidak tahan dengan ejekan rakan. Yang sedih tu, saudara mara turut serta mengejek. Wuuuu. T_T
Banyak usaha saya nak turunkan berat badan dan ini termasuklah tak makan nasi, penggunaan produk terkemuka, dan tak makan langsung! Tapi semua tu berakhir dengan pertambahan berat badan yang mendadak. Seram! Masuk alam universiti, 5 tahun pengajian berat naik 20 kg. Bergraduat dengan berat 110kg. Saya aktif dengan aktiviti di kolej dan fakulti. Setiap kali habis training atau meeting, mesti disusuli dengan makan-makan di kedai mamak. Boleh bayang tak? Gaya hidup sihat mahasiswa jenis apa saya pun tak pasti. Hehe
No Way Out!
Sampai lah Februari tahun lepas, adik saya cadang untuk follow Chris Powell & Kevin Zahri. Masa tu saya cuba tips dalam e-book dan join aktiviti-aktiviti yang saya tak sangka saya boleh join. Seronok la keluar peluh.
Tapi masalahnya saya tak konsisten dan buat tips-tips yang diberi bila semangat dan terasa nak buat. Senang cerita, sentiasa dalam zon selesa. Kawan saya suruh saya join gym, saya join gym. Makan lepas gym pun lebih banyak dari workout. Dan kehidupan saya macam tu aje untuk tahun lepas. Boleh la nak kata give-up sebab saya rasa macam dah trapped dalam badan dengan berat tiga angka. Lutut pun dah sakit-sakit. Rasa macam - no way out! Jadi saya continue life saya sebagai Food Lover. Acehceh!
Turning Point
Awal tahun ni, Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya nak go through iklan-iklan Kevin pasal Jom Kurus yang passed by kat newsfeed Facebook. Saya jadi terus bersemangat bila tengok Team Leader kawasan saya Marini Amin. Saya follow instagram dia dan beberapa Team Leader yang lain. Come on, 110kg turn into 70kg?? Amazing kot!
Ruang dan peluang yang Allah bagi kat saya untuk hidup ni sama untuk semua manusia. Ada keluarga dan rakan-rakan yang sangat supportive. Masa tu baru saya teringat salah satu antara 10 ciri peribadi muslim adalah Tubuh Yang Cergas (Qawiy-ul Jism). Jadi saya pilih untuk berubah!
Thank you Kevin beri peluang untuk saya dan rakan-rakan berkongsi kisah kami. Mungkin untuk lima minggu mendatang jari-jemari kami akan mengecil tapi penulisan dan perkongsian kami tetap stay melebar. HEHE! Stay tuned~
Yang Bakal Kurus & Sihat,
Acik Hanafz ^^,
Isa Abdullah: Mengejar Berat Badan Ideal
Hi! saya Isa Abdullah dari Seri Iskandar, Perak. Saya salah seorang peserta Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim ke-2 bersama ustaz Norazman Mohd Noh (Ketua Pasukan Kuala Kangsar pada musim yang lalu). Ketua Pasukan Taiping adalah Encik Faiz Hamzah. Selaku penyandang juara kebangsaan kategori musim pertama baru-baru ini, saya telah pun menurunkan berat sebanyak 22.8kg sepanjang tempoh 6 minggu cabaran berlangsung.
Sepanjang perjalanan 6 minggu ini, saya akan cuba berkongsi suka dan duka di dalam mengharungi cabaran, amalan pemakanan harian serta aktiviti senaman yang saya ikuti sepanjang tempoh cabaran. Rakan-rakan pembaca, saya alu-alukan mengikuti perkembangan selanjutnya.
Sasaran Jom Kurus
Di dalam JK1M #2 kali ini, cabaran diteruskan sekadar mencapai sasaran berat badan ideal iaitu 68kg. Dengan berat permulaan 79.7kg. Berat badan naik mendadak apabila ada banyak komitmen kerja sehinggalah ke saat ini sehinggakan tidak sempat bersenam dan asyik menjamah makanan restoran.
Hari pertama cabaran dimulakan dengan Majlis Kesyukuran JK1M #1 pasukan Kuala Kangsar dan Taiping dan seterusnya meneruskan JK1M #2 di Kafetaria, Rumah Rehat Kuala Kangsar pada 15 Mac 2014 baru-baru ini.
Senaman Rutin
Walaupun terdapat halangan kerja seharian yang banyak, aktiviti senaman 30 minit perlu diihktiarkan. Rutin pagi biasanya aktiviti kardio seperti berjalan, berlari di Tasik UTP atau senam robik berpandukan video.
Disiplin Pemakanan
Selain itu saiz makanan yang diambil juga harus dikawal pengambilannya bagi memastikan amaun kalori terkawal dalam lingkungan keperluan badan harian saya iaitu sekitar 1,500 kalori sehari.
Ketika pagi ais coklat (shake) tanpa gula menjadi pilihan dengan 4 biji telur rebus (yang dibuang kuningnya) sememangnya enak dimakan bersama kicap. Jumlah kalori sarapan hanyalah sekitar 150 sahaja.
Di sini saya kongsikan menu tengahari saya di salah sebuah restoran di Seri Iskandar. Saya meminum Kopi 0 Ais terlebih dahulu. Diikuti dengan memakan segenggam nasi, bersama dada ayam bakar dan banyak sayuran di atas pinggan. Ayam panggang memang serasi dimakan bersama sambal belacan. Meminum air suam selepas makan dapat membantu proses penghadaman makanan ke dalam perut.
Berat Semasa
Pada hari ke-5 cabaran pada hari ini berat semasa adalah 77.2kg, telah berjaya menurunkan berat sebanyak 2.5kg atau 3.1% penurunan.
Kata-Kata Semangat
Kepada rakan-rakan seperjuangan, usahlah berputus-asa menurunkan berat badan. Ada masanya motivasi kita jatuh, tenang dan tabahkanlah hati. Dapatkan nasihat dan motivasi daripada ketua pasukan dan rakan-rakan lain. Saya yakin kita semua pasti berjaya! Jom Kurus! Sahabat selamanya. Salam ceria senyum selalu.
-ISA 19/03/2014
Rienalissa: #1 The Beginning Of A Meaningful JK1M Journey
Hi Sweet Reader!
Would like to share my journey with JK1M so someday I had a proof for my grandchild that I wasn't a model at my 20s. Hahahaha.. Joking guys.
Will start with an introduction about myself. You may call me Lissa, 28 years old with height & weight of 158cm and 98.5kgs respectively. No need to calculate, you know already that I'm "OBESE" (extremely I guess? Hehe).
Why did I join JK1M?
There're thousand reasons but I just highlighted my top three reasons;
- Family. I'm the eldest child and it should be my responsibility to take good care of my family. I don't want to get sick because of my overweight and put the burden on them.
- Jungle! Yes, I miss jungle a lot! Last time I were there on 2011 with my classmates. Why do I stopped joining that kind of activity? Because of my stamina. I took longer time to walk/climb compared to others. I knew they would wait but they can't even enjoy the view while taking care of me and I can't do so because too busy to take a deep breath. Ironic when an environmental student got drowned around trees.
- My job. I'm an Environmental, Health & Safety Engineer. Yes I can take a good care on environment & safety, but on health, how suppose I'm taking care others while myself not even healthy? In case there's emergency happened, I should be the one with fastest respond but how could I if I can't even run?
I didn't originally obese, I mean not from childhood. I started to gain weight around 6-7 years ago. You can see the HUGE-THAN-GORILLA difference here;
And so my JK1M Journey Begins...
My new journey began on 15 March 2014, with Johor (Skudai) team under Coach Shima. We had a great fun with our coach and her team, full of energy. It is a great kick start! We had an aerobic, jogging, badminton. Tonight we have a badminton at Daiman Sri Skudai Sports Centre, and upcoming Saturday we'll join boot-camp at Tg. Balau. Photo Credit to Cikgu Hairy
Forgot to share. On my first day, the thing that I keep on reminding my self is the advise from Kevin Zahri. He emphasized on few important things which are; Knowledge, Safety, Communication, Proactive and so on. I'm still in my first stage; getting a knowledge on a way to lead healthy life. I read few notes about diet based on blood group. I never thought that a good food will be good for everybody. Now I do understand about the important of knowledge before we start anything.
I'll share all the activities in my next journal! Till then, lets striving together for a healthy life!!! Last but not least, thanks Kevin, Coach Shima and team for this great beginning of our precious journey!
XoXo,
Lissa
Wan Fadhilah : Berat vs Kalori...Seksanya!!
Assalammualaikum...hiii...
Saja nak update berat terkini...Sebabnya happy bile naik penimbang pagi tadi tengok angka tersebut telah kurang..hihihihi...Harap-harap penimbang ni sama la dengan penimbang Encik Haffiz Razali nanti...hahahah...Sebab nya dah gembira angka tuh turun walaupun sikit...Jangan nanti bila guna penimbang Encik Haffiz berat naik pula...iskkkkk!!....Seram....hahahaha....
Sila abaikan jari2 kaki saye tersebut ye..hihi...
Bukan senang ya nak turunkan berat badan...Walaupun sikit turun berat tu saya sangat gembira...Saya work out dan jogging setiap hari bermula hari Ahad, Isnin dan Selasa..Hari ini ada training netball pula di pejabat...Harap-harap cepat la berat saya turun....Untuk pengetahuan semua, dalam kelas hari Sabtu lepas, saya dimaklumkan bahawa setiap 1kg berat yang nak diturunkan = 7700kalori yang perlu "disingkirkan"...huh!!!Bayangggggkan...seksa nyaaaa..hahhaha...
Meh cuci mata tengok gambar saya petang semalam...Di Taman Tasik Titiwangsa..Gambar ini diambil selepas jogging 20 minit dan circuit training...Saja saya buat apa yang adik-adik lelaki tu buat...hihihihi..Sebabnya Nampak macam senang, rupanya susah..hahahah...
Lepas saya dah tahu betapa "seksanya" nak turunkan 1kg, saya kini lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan harian saya...Selalunya saya makan apa sahaja yang saya nak...Bukan apa yang diperlukan oleh badan...Rasanya lebih dari 3000 kalori kot sehari saya ambil..hahahaha...Serius saya boleh habiskan cecodok pisang RM3..Saya memang sangat suka makan...lebih-lebih lagi dessert..Memang pilihan hati..hihi.....Lepas ini, saya lebih takut nak makan banyak-banyak dah...Walaupun sangat susah nak kawal dari asyik fikir makanan je, tapi saya yakin yang saya boleh buat!!!..Orang lain boleh kenapa tidak saya kan...
Tengoklah gambar diatas ni, jenis-jenis kuih dan jumlah kalorinya...huhuhu...Seram tak nak makan banyak-banyak??hihihiihi....So kawan-kawan silalah fikir sebelum makan banyak-banyak... :)
Aizat Razak: Demi Mama.. Kisah JK1M bermula
Salam perkenalan buat semua..
Saya Aizat Razak, akan berusia 30 tahun pada 30 Julai 2014. Masih belum mendirikan rumah tangga dan kini menetap di Bangi bersama keluarga.
Tanpa disedari, leka dalam kesibukan kerja, makan, minum, lepak tengah malam dan tidak membuat sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh, berat semakin bertambah sehinggan 220kg dan makin banyak kesulitan yang dihadapi. Antaranya, tali pinggang kereta sudah semakin ketat, nak pilih kerusi direstoran untuk makan pun semakin susah, naik tangga penat, dan kalau naik flight atau bas pasti tidak muat, sedangkan saya suka melancong ke sana sini. Paling penting, bila mahu solat, kena solat duduk sebab susah nak duduk dan bangun.
Namun alhamdulillah dari segi kesihatan, kencing manis masih di peringkat okay dan hanya mempunyai Gout sahaja dan juga semput yang normal bagi orang sebesar saya.
Semuanya bermula apabila April 2013, saya kembali menetap di rumah keluarga kerana berpindah kerja. Saya dan Mama sangat rapat dan Mamalah yang sangat risau akan saya. Dia lah yang sanggup mencari supplement yang sesuai untuk saya, mengingatkan saya setiap hari walaupun kadang-kadang ada juga degilnya dan tidak mengikut. Maafkan saya mama.
Namun, kata putus sudah dibuat. Saya perlu tarikh handbrake dan terdetik di hati sampai bila? Sehinggakan Mama saya mengeluarkan ayat yang sangat memilukan hati saya; "Nanti mama tiada, siapa mahu tengok Aizat bila sakit?" "Kalau boleh, Aizat kuruskan la badan sebelum Mama tiada". Terduduk saya mendengar ayat mama, demi Mama, kisah hidup saya yang baru bermula!
2014 - Tahun Baru - Azam Baru - Saya perlu buang semua lemak ini!
JK1M siri 1 adalah pemula, nasib baik ada kawasan Bangi, lebih mudah dan RM300 yang dikenakan sangat murah. Setujukan? Dengan azam baru, semangat baru, saya paksa diri saya untuk lalui semua ini bersama Coach saya Aizzat Adnan dan pastinya Kevin Zahri.
Bermula 11 Januari sehingga 8 Mac, syukur alhamdulillah, saya berjaya menurunkan sebanyak hampir 24kg. Terukir senyuman di bibir Mama, Papa, keluarga dan rakan-rakan. Perjalanan masih jauh dan akan saya kongsikan perjalanan saya ini bersama semua.
Apa yang saya lalui? Apa yang saya tempuhi? Asasnya tiada supplement, hanya diet, senaman dan demi Mama..
Akan saya kongsikan bersama nanti.
Demi Mama....
Panduan Panasan Badan Sebelum Senaman Bersama Ashraf Hasim
Wan Fadhilah : Azam untuk BERJAYA turunkan berat badan
Assalammualaikum.
Hai...Saya Wan Fadhilah berumur 32 tahun...lebih dikenali dengan panggilan fila...tinggi saya 156cm...berat sebelum menyertai cabaran JK1M #2 ialah 65kg...Ramai kawan-kawan dan keluarga akan bertanya kenapa saya selalu sangat nak kuruskan?Pada pandangan mata kasar mereka saya ni dah kurus kononnya....Tapi hanya tuan punya badan sahaja yang tahu kan..Dimana "tersembunyi" nya lemak-lemak berlebihan tu....hihihi.....
** Bawah ni gambar masa majlis akad nikah kawan pejabat saya..hihihih...tengok pipi tu...tembam kan...tak suka tengok...huh!!.....Badan pun..aduyaii...sangat tak suka tengok....huhuhu...
Sangat-sangat susah nak cari baju dan seluar sebenarnya menjadikan saya dari 4 tahun lepas asyik nak kurus je...Tapi tak kurus-kurus juga...Berat takat tu juga...hihihi...Ada juga kawan yang macam dah boring dengar saya asyik berulang kali cakap nak kurus, nak kurus!!...Tapi tak ada kesan juga...masih 65kg juga...Sebabnya tak ada kawan untuk memberi kata-kata semangat dan bersama-sama bersaing secara sihat untuk turunkan berat badan....
Saya nekad untuk cabaran JK1M #2 kerana ingin mencari kawan yang sama-sama berusaha untuk menurunkan berat badan. Saya sertai JK1M #2 dibawah Encik Haffiz Razali bagi kawasan Taman Tasik Titiwangsa kerana dekat dengan kawasan rumah dan teruja dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada musim yang lepas.
** Gambar bawah ni masa kelas pengiraan kalori dan tips-tips untuk pemakanan sehari yang dapat membantu turunkan berat badan. Saya yang pakai baju merah, seluar hitam serta tidak bertudung. Besar kan??Lebar je dari belakang...Tak suka tengok..huhuhu...(kredit kepada Encik Haffiz Razali sebab saya ambil gambar ni dari FB dia..Hehe)
Hari ke 4 selepas menyertai JK1M #2
Hari ini merupakan hari ke 4 setelah cabaran ini bermula, saya semakin semangat untuk bersenam dan mengawal cara pemakanan saya....Sebabnya lepas tengok e-book dari Encik Kevin Zahri panduan kalori huh!! semakin seram nak makan macam dulu-dulu...Dulu saya makan apa sahaja yang dikehendaki...Kini saya semakin "cerdik" untuk mengawal cara makan saya..hihiihi....
Gambar bawah ni saya kongsi makanan yang saya beli untuk lunch tadi. Beli kat pasar tani bawah pejabat je...Siapa kata tiada makanan "sihat" kalau pergi pasar tani...hihihihi.....kena lebih kreatif kononnya...Saya beli kebab tapi tanpa roti, mayonis dan cili sos...Balik pejabat saya guna la roti gandum yang saya dah beli semalam..hihihii....
** Gambar bawah ni bersama dengan Encik Haffiz Razali..Hari pertama bermulanya Program JK1M #2
Psttt : Sebelum bermula nya JK1M #2 ni berat saya 65kg...lepas 1st circuit training dengan team Encik Haffiz Razali berat saya turun 0.5kg...Yeahh!!!...Jadinya berat saya sekarang 64.5kg la....Seram pula nak tunggu hujung minggu ni nak naik penimbang lagi... :P
Video Senaman Rumah #3 Bersama Aizzat Adnan
Jom sama-sama bersenam bersama Aizzat Adnan yang menunjukkan circuit training mudah yang anda lakukan di rumah atau dimana-mana. Senaman rumah ini melibatkan daya ketahanan kardio dan kekuatan badan.
Video Senaman Rumah #2 Bersama Gillian Benjamin
Video Siri Senaman Rumah #jk1m - Workout of the Day #2 bersama team leader Putrjaya, Gillian Benjamin.
Video ini dicipta khas untuk peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia.
Video Senaman Rumah #1 Bersama Kevin Andrew
Dalam siri video senaman circuit ini, jurulatih dan team leader JK1M, Kevin Andrew, menunjukkan demo senaman full body circuit yang anda boleh lakukan di rumah.
Siri video ini adalah satu daripada 42 video senaman untuk cabaran Jom Kurus 1Malaysia #jk1m. For more info, layari https://kevinzahri.com