Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?

Rata rata persoalan yang timbul dari orang ramai ialah tentang perut dan senaman yang sesuai. Lelaki selalunya bertanya. Biasalah, lelaki akan lebih konfiden dan macho kalau mempunyai perut yang kempis dan ada shape – 6 pax, kan? Sebenarnya bukan susah anda mahukan apa yg diidamkan, hanya dengan teknik yang sesuai dan ilmu yang secukupnya sudah memadai. For now, focus yang diberikan untuk senaman cardio bagi mengempiskan perut anda iaitu dengan apa-apa jua senaman yang berbentuk cardio seperti jogging, badminton, futsal mahupun berenang.Read more


Weight Loss Experience of Taufiq Suhamin

  • Name: Taufiq Suhamin
  • Age: 18 Tahun (as of 2012)
  • Goals: Healthy lifestyle, Weight Loss and Slim & Ripped!
  • Achievement: Lost 17kg
  • Facebook: taufiqsuhamin
  • Twitter: @taufiqsuhamin

Nak Kurangkan Berat Badan?

Asslammualaikum and hello to all readers of KZ’s official website. I am Taufiq Suhamin from Brunei Darussalam, 18 years old, a full-time pre-university college student at the Laksamana College of Business, Brunei Darussalam.

I am writing a weight loss success story under KZ’s success stories’ section to motivate everyone who is keen to lose weight. Indirectly, this motivates me too to reduce more and more weight. Yet, weight loss may be the second goals of mine as healthy lifestyle comes first in my life.

Temptations and excuses are everywhere – college, junk foods, yummy foods, delicious foods and everything, You Name IT! Just like the other students who want to lose weight but keep on dragging ‘college, university, school’ as an excuse not to lose weight just because insufficient time, busy with important tasks and all that.

Impossible Dream For Me:

I have always exposed myself with fashions and most importantly in my life; I love shopping, buying clothes, shoes, jeans and stuff. Due to my weight and shape, I have to limit myself. I only can buy the clothes when there are bigger sizes available. Now still in my disbelief that I can fit “S” or “M” sized tees depending on the cuttings. Let alone my dream to have a lean body like the male models of Calvin Klein and Donna Karan New York.

Overweight Since Childhood:

When I was still in primary school, Primary Six if I am not mistaken, my weight reached 65kg+. I have been an overweight since I was a kid until last year, 2011 not to mention the apprehension of reaching the bad level that is severely obese. I gained more than 20kg when I was in Form 3 and Form 4 and reached 97kg of weight last year.
Read more


Infographic: MILO® PLAY MORE, LEARN MORE® Campaign

Identifying the very need of sports in every child's life, Nestlé MILO® has been advocating sports among children through the MILO® PLAY MORE, LEARN MORE® campaign since 2009 and continues to play an active role in the grassroots level to promote play time for sports among children.

This nationwide commitment targets children aged 6 to 12, families and local communities. Including the local communities in this camp is among the many ways for MILO® to understand the real needs required at grassroots level. MILO® works closely with local communities by providing financial assistance and necessary equipments while local communities contribute by encouraging the community to come together and participate during the camp.
Read more


Velds Prends-Moi: Kurus dengan semburan minyak wangi?

Hasil kongsian peminat di laman Facebook, pagi tadi saya terbaca artikel di Yahoo!Malaysia yang ditulis oleh Siti Munawirah Mustaffa tentang jenama minyak wangi Perancis, Velds 'Prends-Moi', yang mengatakan "bahawa berat badan boleh dikurangkan hanya dengan satu semburan."

Apa kandungannya?

Kandungan wangian Velds 'Prends-Moi':

  • Endorfin-B yang meresap ke dalam kulit berfungsi melegakan perasaan. Sebagai kesan, nafsu makan pengguna akan turun.
  • Wangian tersebut turut mengandungi ekstrak kafein, karnitin (l-carnitine) dan spirulina untuk merangsang proses lipolisis (memecahkan lemak).
Tahukah anda? Kafein dan karnitin adalah kandungan popular di kalangan suplemen pembakar lemak. Spirulina pula memang sering digunakan untuk kawalan nafsu makan.

Read more


Coupon "kurusraya" - Diskaun RM20 Utk 50 Peserta Pertama Jom Kurus

Hasil permintaan yang begitu banyak daripada sessi-sessi Jom Kurus sebelum bulan puasa, saya dan Prince Court Medical Center akan menganjurkan 5 lagi sessi Jom Kurus bersama Kevin Zahri.

Diskaun RM20 untuk 50 signup pertama.

Ingin join but nak diskaun? Gunalah coupon code "kurusraya" semasa checkout nanti untuk diskaun RM20.

Tarikh seminar?

So far ada 4 pilihan tarikh untuk seminar selepas hari raya, iaitu:

  • 19 September 2012
  • 23 September 2012 (2 sessi)
  • 6 Oktober 2012 (2 sessi)
  • 27 Oktober 2012 (2 sessi)
Camane nak join? Rujuk kepada laman web rasmi Jom Kurus bersama Kevin Zahri di Prince Court Medical Center

Trend Zumba di Malaysia. Apa Kehebatannya?

Jika anda seorang yang aktif, suka menari dan suka untuk mencuba aerobik dance workout yang berlainan, apa kata anda masukkan aktiviti ber’Zumba’ dalam senarai aktiviti anda?

Sedikit into tentang Zumba

Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.

  1. Apa dia? Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.
  2. Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
  3. Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
  4. HIIT? Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
  5. Mood down? Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
  6. Seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.
  7. Read more


Michael Phelps Diet: Makan Lebih 10,000kcal Sehari!

Semalam saya tonton video di CNN yang mengatakan bahawa atlit seperti Michael Phelps memerlukan lebih 10,000kcal untuk menggantikan tenaga yang dibakar dalam satu hari. Banyak tu. Kalau membaca eBook saya, tentu anda faham tentang penggunaan kalori dalam mengawal pembakaran dan pengambilan makanan.

Bagaimana kenal-pasti keperluan kalori Michael Phelps?

Jom kita teliti bagaimana Michael Phelps perlukan 10,000kcal sehari.

  1. BMR: Ikut kepada statistik laman web, Michael berumur 27 tahun, tinggi 193cm dan berat 88 kg. Dengan itu, BMR beliau adalah 2053kcal sehari.
  2. Faktor Aktiviti: Tidak cukup kita gunakan pendarap 1.9 untuk keperluan kalori sehari kerana Michael Phelps berlatih 5-6jam setiap hari. Jadi kita perlu lebih creative.
  3. 5 Jam Berrenang: Lima jam dalam pool akan membakar dalam lebih kurang 5000kcal (anggaran berdasarkan berat, masa dan intensiti senaman)
  4. Weight training: Baru-baru ini Phelps pula menambah senaman weight training yang mungkin juga akan membakar lebih kurang 800kcal.
  5. Lain-lain: Selain itu kita boleh mendarap BMR dengan aktiviti bagi masa berlebihan (24-5-2) dengan anggaran 1.5 untuk memperolehi 3080kcal. Kenapa bukan 1.2? Kerana metabolism beliau memang sentiasa lebih tinggi hasil gabungan aktiviti secara am, faktor genetik dan body fat beliau yang sangat rendah berbanding otot.
Jadi jumlah pembakaran kalori Michael Phelps sehari:
5000 + 800 + 3080 = 8880kcal sehari. Tidak sampai 10,000 ikut contoh pengiraan saya tapi 8880kcal itu sendiri pun memang hebat sekali. Kalau anda ingin belakar cara-cara mengira keperluan kalori untuk diri sendiri, sila rujuk kepada eBook saya

Apa yang Michael Phelps makan?

..."Eat, sleep and swim, that’s all I can do" kata-kata Michael Phelps...

Ikut kepada gambarajah di bawah, diet beliau penuh dengn karbohidrat ringkas. Kenapa? Kerana beliau perlukan tenaga yang cepat dan mudah ditukar kepada tenaga (glukosa) untuk membantu beliau execute sessi senaman dengan intensiti yang tinggi dan jangka masa yang panjang.


Kenapa mengantuk selepas makan?

Ramai orang yang mengadu, selepas makan je mereka akan rasa mengantuk. Lagi-lagi selepas berbuka puasa. Walaupun jumlah makanan yang mereka makan tak banyak mana pun, tetap mengantuk juga! Kenapa ya?

Proses Penghadaman

Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak dan usus(intestines). Bila anda makan, otak anda akan merangsang signal untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient nutrient makanan itu kepada seluruh tubuh!

Oleh itu, bila sel sel darah dikerah untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota tubuh badan anda yang akan ‘mencuri’ masa ini untuk slow down dan relaks sikit.

...pada bulan puasa fenomena ini diganda pulak kerana proses penghadaman "terkejut" dengan jumlah makanan yang banyak dan cepat...

Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat mengantuk dan sebagainya kerana sel darah di otak anda tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini! - Bila anda makan dalam jumlah yang banyak, jadi tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan tersebut hasilnya anda lebih kurang tumpuan.

Insulin dan serotonin

Apa yang anda makan juga mempengaruhi. Ada sesetengah makan yang tinggi kandungan karbohidrat, seperti roti,pasta atau nasi ditukarkan menjadi glucose bila dicerna. Bila anda makan banyak glucose, ‘insulin’ akan dilepaskan untuk balance balik kandungan tersebut. Insulin akan bertindak balas dengan protein di otak yang dipanggil ‘trytophan’ untuk menghasilkan serotonin. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda perlu cari ‘port’ yang terbaik untuk take five atau tidur seketika(nap).

...serotonin adalah bahan kimia badan yang mengawal kitaran tidur/jaga...

Elak "malas" selepas makan

Jadi disarankan, anda perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen keseluruh tubuh. Bila anda kurang aktif, badan kurang fit dan lebih cenderung untuk menjadi malas! Sekurang-kurangnya kalau tiada masa untuk bersenam, lebihkan berjalan selepas makan, anda juga boleh park kenderaan anda jauh dan berjalan ketempat kerja atau elakkan lift dengan menggunakan tangga. Mungkin dengan ini mengantuk selepas makan akan dapat dikurangkan! Kalau anda ada tips untuk mengurangkan mengantuk selepas makan, dialu alukan untuk berkongsi. :)


5 Zat Makanan Untuk Kemantapan Si Lelaki

Lelaki pun ada makanan penting? Apa yang perlu dimakan dan untuk apa makanan tersebut? Bagi yang belum tahu atau pun baru nak tahu, yes lelaki ada makanan untuk kesihatan sama juga seperti wanita yang memerlukan nutrient nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara dan para lelaki memerlukan zat zat nutrient untuk kesuburan dan kesihatan yang berpanjangan.

Tak percaya? Jom kita lihat 5 zat makanan penting untuk si lelaki.Read more


Kejayaan Syamir Zainal: Dari Remaja Obes 120kg ke 83kg

Syamir Zainal

  • Matlamat: Kurangkan berat badan.
  • Pencapaian: Kurangkan 37kg.
  • Facebook: syamirzainal

[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Jom Kurang Berat Badan.” color_override=””]

Seperti remaja-remaja  yang lain, saya juga menghadapi masalah berat badan sejak di zaman kanak-kanak lagi. Kurangnya penjagaan makanan serta tiada latihan untuk mengurangkan berat badan menyebabkan berat saya bertambah setiap tahun.

Ketika saya berada di darjah 6, berat saya sudah pun mencecah 85 kilogram. Kesedaran untuk mengurangkan berat badan timbul ketika saya berada di tingkatan 1. Namun ‘kesedaran’ tersebut hanyalah ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Ketika Tingkatan 2.

Pernah Mencuba:

Saya pernah mencuba untuk menguruskan badan dengan langsung tidak makan. Saya pernah tidak makan selama dua hari, dan hasilnya saya dapat mengurangkan berat badan saya sekitar 2 kg. Tapi sejurus saya makan kembali seperti biasa, berat saya meningkat dengan mendadak sebanyak 3 kg. Keadaan tersebut amat menyedihkan bagi saya dan saya berputus asa.Read more


Contoh Diet Ramadhan Buffet Saya (Versi Kurang Sihat)

Semenjak bulan puasa, ramai yang sering bertanya mengenai contoh pelan pemakanan pada bulan puasa. Selain pelan diet dalam eBook 20 Pelan Diet Malaysia, berikut adalah contoh pemakanan saya pada hari semalam (Ahad).

Kami berbuka sekeluarga di Shangri-la Hotel.

...pelan pemakanan saya dibawah bukanlah seimbang dan bukanlah contoh yang terbaik...

Tapi ingat, pelan pemakanan saya dibawah bukanlah seimbang dan bukanlah contoh yang terbaik. Lagi-lagi kalau makan buffet memang susah siki nak kawal dan sekali-sekala, apa salahnya kita lepas tangan sikit (jangan banyak!) dan menikmati jamuan yang disediakan.

Tapi, saya tetap ada kawalan dan perancangan:
Read more


Infographics: Working Out In the Workplace

Feeling bored, sluggish or immobile at the workplace? Or do you simply don't have the time to hit the gym? Following is a cool infographics illustrating some simple moves you can pull off at the office - even if the boss is looking.

But hey, if you need some fun fitness workshops or activities, you can always engage me.