Way Back in ’97 – First time in the news
The following is a news clipping dari tahun 1997. That year I was awarded the Proton Scholarship selepas percubaan SPM. waaaa….not bad ah but I sound n look pretty skema. Hahahah.
Memang idaman saya sejak kecil lagi untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang kejuruteraan dan impian itu sudah hampir dalam genggaman
Jumaat, 20.6.97
Sembilan pelajar…terima biasiswa Proton
SEBANYAK sembilan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpilih menerima biasiswa Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) bernilai RM400,000 seorang.
Mereka adalah pelajar kejuruteraan yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Proton memperuntukkan sejumlah RM3.6 juta setahun untuk semua pelajar bertuah itu sehingga tamat pengajian.
Seperti biasa, pelajar yang menerima tawaran biasiswa itu perlu mengikat kontrak bekerja dengan Proton selama tujuh tahun.
Sejak bermula pada 1994, sebanyak 39 pelajar menikmati skim itu di dalam dan luar negara dalam bidang kejuruteraan dan bidang profesional lain seperti Pengurusan Perniagaan, Akauntan dan Undang-undang.
Namun, mulai 1997, Proton tidak lagi menawarkan biasiswa kepada kursus-kursus lain, selain kejuruteraan.
Bidang kursus yang akan ditaja oleh Proton mulai tahun ini ialah Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Material, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Pengeluaran. Kesemua bidang itu adalah yang bersesuaian dan sangat dikehendaki dalam industri automotif.
Menurut Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Mohammed Ashraf Mohammed Iqbal, pihaknya menemu duga lebih 100 pelajar pada tahun ini.
”Setelah melalui beberapa siri senarai pendek, hanya sembilan pelajar yang paling cemerlang – dari segi akademik, kokurikulum, sukan dan kepimpinan – dipilih menerima biasiswa Proton”.
Katanya, kesemua pelajar terlibat – tujuh lelaki dan dua perempuan – akan melanjutkan pelajaran mereka di dua buah universiti di Amerika Syarikat (AS) iaitu GMI Engineering & Management Institute dan Northeastern University, Boston.
Menurut Ashraf lagi, sembilan pelajar itu akan berlepas ke AS secara berperingkat-peringkat mulai 4 Julai hingga September ini, bergantung kepada sesi pengambilan masuk ke universiti masing-masing.
Mereka dijangka menamatkan pengajian dalam tempoh lima tahun. Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis Taklimat bersama pelajar dan keluarga di Proton, semalam.
”Pelajar perlu mengikuti program major dalam kejuruteraan dan minor bidang-bidang lain seperti Perakaunan, Pengurusan Perniagaan bagi memahirkan diri mereka dalam bidang yang berkaitan juga,” ujarnya.
Menurut Ashraf, Proton mengehadkan setiap tahun hanya 20 pelajar dipilih menerima biasiswanya untuk program ijazah pertama.
Antara kriteria yang perlu ada pada seseorang calon yang ingin memohon biasiswa proton ialah, pelajar perlu mendapat keputusan cemerlang SPM, iaitu tidak lebih daripada 10 agregat.
Calon juga perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan dan keputusan yang konsisten dari tingkatan 1 hingga 5.
Selain daripada keputusan cemer- lang dalam SPM, calon perlu cemerlang dalam kegiatan kokurikulum, sukan dan kepimpinan. Fasih berbahasa asing merupakan satu kelebihan, kata Ashraf.
Katanya, Proton akan meninjau ke sekolah-sekolah terpilih dan mendapatkan 200 senarai pelajar cemerlang di sekolah berkenaan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan.
Pelajar akan ditemu duga dan Proton hanya akan memilih 30 pelajar terbaik daripada 200 pelajar tersebut.
Selepas keputusan SPM keluar, pelajar yang tidak memenuhi syarat akan terkeluar daripada senarai dan pelajar yang berjaya perlu menjalani satu lagi sesi temu duga dengan proton.
Menurut Ashraf, dalam sesi itu, pelajar bukan sahaja dilihat dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum tetapi mereka juga akan diuji kepada kebolehan mereka menganalisis permasalahan yang diutarakan.
”Hanya pelajar yang berjaya melalui proses ini yang akan diterima dan mereka ini akan diberi latihan di Proton selama tiga bulan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.”
Dalam latihan itu pelajar akan didedahkan kepada suasana bekerja di Proton selain didedahkan dengan cara-cara menyelesaikan masalah, skil belajar yang betul, program pembangunan personal seperti pengetahuan agama, budaya dan sebagainya.
Mereka juga diberi latihan dalam bidang komputer dan perlu mengambil TOEFL, SAT I dan II dan bahasa.
Kata Ashraf, skim latihan yang seumpama itu agak istimewa kerana ia belum lagi digunakan oleh agensi lain yang menawarkan biasiswa.
”Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana bekerja yang sebenar dan belajar bekerja di dalam satu pasukan,” ujarnya.
Dari segi pencapaian akademik pula, katanya, pelajar perlu mengekalkan CGPA tidak kurang daripada 3.5 atau mendapat kepujian kelas kedua atas atau point markah sebanyak 90.00 ke atas.
Jika pelajar gagal mengekalkan kecemerlangan dan mendapat keputusan di bawah daripada yang disyaratkan, biasiswa mereka mungkin ditarik balik.
Salah seorang pemegang biasiswa, Raja Zaidatul Akhma Raja Fuaddin, 18 yang merupakan bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, berkata dia akan melanjutkan pelajarannya di GMI Engineering & Management Institut, AS dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pada 4 Julai ini.
Dia menyifatkan ilmu yang diperolehinya semasa membuat latihan di Proton amat berfaedah dan membantunya, terutama sebagai persediaan mental dan fizikal.
”Saya rasa, saya tidak akan terkejut atau terkena kejutan budaya bila berada di AS nanti kerana saya sudah membuat persediaan yang cukup dari segi ketahanan diri,” katanya.
Sementara Kevin Zahri Abdul Ghafar, 18, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan menyifatkan dirinya bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang penerima biasiswa Proton.
”Memang idaman saya sejak kecil lagi untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang kejuruteraan dan impian itu sudah hampir dalam genggaman,” kata anak kacukan German-Melayu itu.
Dia yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Northestern University berkata, walaupun ada menerima dua tawaran biasiswa daripada syarikat lain tetapi memilih untuk menerima tawaran Proton kerana melihat syarikat itu boleh menjanjikan masa depan yang cerah.
”Walau Proton menetapkan syarat yang ketat untuk pemegang biasiswanya, saya rasa ia tidak terlalu sukar untuk dicapai jika kita berusaha ke arah itu. Dan saya berharap saya akan mendapat keputusan terbaik antara yang baik,” ujarnya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru, Carolyn Chong Ting Geok, 18, berkata cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera semakin hampir menjadi kenyataan.
Katanya, apabila dia mendapat tahu bahawa dia terpilih sebagai salah seorang pemegang biasiswa Proton, dia amat gembira, ”kerana bukan senang untuk mendapat tawaran ini dan pastinya tidak akan dipersiakan begitu sahaja,”.
Carolyn akan melanjutkan pelajaran di GMI Engineering & Management Institute dalam bidang kejuruteraan Elektrik.
Dia berkata, skim latihan yang disertainya di Proton amat membantu dan berfaedah kepada dirinya kerana dia mengetahui lebih awal apa harapan Proton kepadanya apabila tamat pengajian nanti.
Bagi Nazif Mohd Azhar, 18, bekas pelajar MRSM Taiping, Perak, dia baru sahaja mendapat tahu berkenaan tawaran biasiswa daripada Proton dan selepas majlis taklimat ini baru mengetahui universiti mana dan apa kursus yang akan diambil nanti.
”Dan apabila diberitahu saya berjaya, tentulah rasa gembira dan hajat yang disimpan sejak kecil untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara nampaknya semakin cerah,” katanya.
mostly student mrsm adalah best student include u n me…. me also ex student mrsm.. haha… kev, boleh tak i beri cadangan about ur book. ape kata kalo u buat autografi ur book by online. sape nak signature u boleh beli buku by on line n u can make up prices, kalo u nak… hehe… tapi jgnlah make up lebih-lebih lah…tapikan kalo same price lagi better… amal jariah. u dapat untung dan pahala too. i will be first person nak ur signature in ur book. cuba pertimbangkan kev, please let me know abaout it….. 🙂
heyfren,
yeah online purchase akan ada dengan discount, signature dan pakej tambahan daripada penaja2 buku berkenaan. Nanti bila bole pre-order, saya announce kat sini.
Insyallah 2nd half of July atau early August.
lupa nak nak wish walaupun terlambat…
tahniah dapat biasiswa proton(10 tahun dah berlalu)hehe…. cemerlang selalu n hope u n proton can move forward… amin
that’s it really good news!!!! tq. plz let me know kev…ape pakej tambahan tue/ tak sababr nak tahu…..bye.
mu ngaji kat klate eh?
pandai kecek klate loh ni.
Dia yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Northestern University berkata, walaupun ada menerima dua tawaran biasiswa daripada syarikat lain tetapi memilih untuk menerima tawaran Proton kerana melihat syarikat itu boleh menjanjikan masa depan yang cerah.
[quote comment=”923″]melihat syarikat itu boleh menjanjikan masa depan yang cerah[/quote]
hahahahahahahaha…..i know i know… i hurts today but all I can do now is laugh about it 😀
salam kevin
i tak tau yang you study engineering at States dulu.. hehe.. i really admire you, seriously.. i maybe just your adek la kot, baru 21 n still studying.. ive been offered a scholarship to study engineering at New Zealand, and just grabbed it without thinking about what i want to be in the future.. And now im in a middle of nowhere.. just realize that sciences are not interest me at all..Boleh tak u give me some tips to survive frm this course? i just want to finish my degree and do whatever i want to do, just like you..
wow..hes my senior..hahaha..
mostly,mrsm student are excellent..but,not me..huhu..im only stay here..all of them go to oversea olready..
i was from mrsm muar,,our former senior and head prefect is our very first Malaysian astronaut you know..;D