5 Contoh Makanan Yang Tidak Menggemukkan! Betul Ke?
Kalau kita bincang tentang penjagaan diet pemakanan, sering ditanya: Apakah contoh makanan yang tidak menggemukkan? Ada ke? Berikut adalah 5 contoh makanan dan minuman popular yang dikatakan sihat. Jom kita teliti samada ia boleh menggemukkan ataupun tidak.
1. Bijiran Oats
Apa dia? Oats adalah bijiran popular yang boleh didapati dalam bentuk cereal, bubur, roti, biskut dan lain-lain. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat.
Kelebihan? Gandungan karbohidrat komplex dan serat melambatkan proses penghadaman – justeru itu lebih mengenyangkan. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis kerana glucose release tidak cepat.
Tidak menggemukkan? Ia mengandungi kalori jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya berlebihan. Selalunya makanan dan minuman beroat ini juga dicampur dengan bahan lain terutama gula ringkas yang juga berkalori. Walaupun serat itu lebih mengenyangkan, pastikan anda kawal pengambilan kuantiti bijiran oats.
Contoh: 1x biskut oats mungkin mengandungi lebih kurang 30kcal. Kalau makan 10x dah 300kcal.
2. Buah Kurma
Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.
Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.
… Satu kuram Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5x dah 325kcal…
3. Minyak Zaitun (Olive oil)
Apa dia? Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada buah zaitun (olive) dan sering dilabel sebagai minyak yang sihat.
Kelebihan? Minyak zaitun kaya dengan monounsaturated fatty acids yang bantu mengawal/kurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL. Ia juga dikatakan dapat tingkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding minyak lain, tiada kolesterol, cegah penyakit barah (kanser) dan juga bantu kawalan insulin (sesusai untuk penyakit kencing manis atau diabetes)
Tidak menggemukkan? Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.
… tak kita minyak apa, termasuklah minyak zaitun, 1g bersamaan 9kcal…
4. Diet Coke atau Coke Light
Apa dia? Minuman “diet” keluaran syarkit Coka Cola.
Kelebihan? Berbeza dengan minuman bergas yang lain, minuman Diet Coke tidak mengandungi gula langsung. Ia diganti dengan aspartame (pemanis tiruan atau artifial sweetener).
Tidak menggemukkan? Kalori Coke Diet tu memang kosong (kalau ada pun cuma dalam 1kcal sahaja) kalori. Jadi dari segi kalori dan pengawalan berat badan memang tidak menjadi issue dan boleh diminum. Aspartame dikatakan ada kesan negatif jangka masa panjang seperti masalah kidney (pundi kencing) dan meningkatkan kebarangkalian anda dijangkiti kanser. Akhirnya pilihan diri anda sebagai pengguna.
5. Sayur-sayuran
Apa dia? Well tak perlu cerita banyak kot. Sawi, timun, lobak merah, asparagus, brokoli, salad, jamu etc semua dalam kategori makanan sayur-sayuran.
Kelebihan? Kalori rendah (sangat rendah), serat tinggi dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.
Tidak menggemukkan? Tidak! Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan. Kenapa? Kerana kalori sayur-sayuran sangat rendah (termasuk serat) dan oleh kerana serat tidak boleh diserap/hadam, kalori-kalori itu akan dibuang semula. So makanlah sayur-sayuran tapi ingat, ia bukan sumber tenaga yang baik. Jadi kalau makan salad kosong, itu bukanlah pilihan yang baik bagi saya kerana ia tidak mengandungi tenaga yang anda perlukan untuk aktiviti harian dan tingkatkan metabolisme.
…Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan…
Baiklah, kalau anda ada kemusykilan terhadap mana-mana makanan/minuman yang lain, silalah tinggalkan komen anda di bawah. Ingat, anda boleh makan apa sahaja yang anda inginkan selagi anda pandai mengawal pengambilan kalori seharian berbanding keperluan.
bgimna pula dgn beras perang???
sama dengan contoh oats 🙂
Bagaimana dengan buah2an? Esp buah2an tempatan yg mmg manis dan sedap2 belaka.
buah-buahan tetap berkalori … jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya diambil too much.
Sy ada pertanyaa, klu sy mkn nasi separuh dada ayam direbus pastu letak lada hitam kemudian makan dengn raw kubis atau kacang panjang pastu cicah budu.. Sihat atau tak
MaCamana dengan minum susu, say Anlene 2 cups a day?
Anlene tu memang bagus untuk sumber protein dan nutrisi seimbang. Well bukan Anlene semata2 but susu low fat overall. Tapi of coz ada kalori jugak. Around 70kcal per serving . Make sure to include in your daily calorie budget.
Hi kevin zahri..Klu sy mkn roti whole meal ok x tuk diet.
Boleh ke kalau amalkan diet tapi makan jagung dan telur saja? Begitu juga dengan kekacang. Saya ada masalah buang air. Saya makan buah (dragon fruit, pisang, betik) banyak pun belum tentu dapat buang air. Jagung kadang-kadang menjadi. Jadi saya taknak makan nasi dan sebagainya sebab memang susah nak buang air. Terpaksa buat manual, dan sometimes terpaksa minum ait tea detox sahaja (which is not recommended by doctor if consumed too much)
Dear Kevin.
I’ve always scared of all the carbonated drinks. But diet coke has no sugar at all? I did hear and read about the side effects of aspartame to our kidneys. How about artificial sugar such as Equal? They are using Aspartame as well, right? How bad will be the side effects because I heard in radio it is approved by the Ministry of Health in USA?
Hello, same goes to Equa as well. But yes diet coke as 0 sugar. The info on kidneys was done in the US. It has to do with the load of work aspartame places on the kidneys. Hence overtime, wear-n-tear is high which can lead to kidney failure.
kalau takut kesan pada buah pinggang… kita pakat guna daun stevia lah pulok…
… apa pendapat Kevin pasal STEVIA.. ada side effect juga ke…
Info yg sgt berguna!!!bgimn plak ngan sayur2an yg dimasak (dicampur dgn bhn2 masakan yg lain)??cth:minyak,garam n sbginy.tq.
Salam Kevin! saya ada 2 soalan..
1) jika kita sudah mkn malam, adakah elok slps itu kita masih mengambil segelas susu anlene (4sudu)
2) aktiviti berjoging selama 20 minit boleh bakar berapa bnyk kalori?
btw thanks for sharing 🙂
Salam kevin. sy nak turunkan berat sebanyak 20kg. berat sekarang 63kg tinggi 153. berapa kalori yang sy perlu ambil sehari untuk bakar lemak2 yang baru masuk n yg dah lama n tepu dlm bdn?
blh x bg waktu yg sesuai tuk 5kali mkn dlm sehari? blh beri contoh kalori n mknan yg harus sy ambil setiap hr bg menurunkan berat bdn? ok…last soalan..utk org yg nk berdiet wanita seperti sy berapakah kalori yg harus sy ambil dlm sehari?
kevin,nk tanye mcm mane nak kurangkan dagu yg berlapis???ade senaman ke?
Sy tak berapa pakar psal senaman ni .. tp sy ade buat senaman utk upper body dn juga back body .. senaman ni byk gunakan pergerakan tgn dismping menarik segala otot dn menegangkan kulit .. secara xlangsung, double chin saya xde dah skrg .. dan collar bone saya dh muncul .. ini serius .. dan sy cuma baru sje amalkan sebulan senaman tu, dh dpt hilang terus double chin .. sedangkan sblm tu double chin sgt la berlapis lapis dn xpenh langsung nmpk collar bone .. senaman tu kalo rajin carik je kat youtube …denise austin punye pun ok jugak .. cubalah .. sharing is caring
kevin,nak tanya macamana nak kecik kan pinggang
camna nak tau yg kuantiti oat yg kita ambil x berlebihan..
hai,,kevin,,,sy tk thu mcm mn,,sekrang sy tgh berdiet,,but nk tya,,oat tu mengemukkan ker,,,so berapa anggaran kuantiti perlu diambil,,,sbb sy ingin mengurangkan makan nasi
as slm bro kevin…tempe n tahu sesuai tak dimakan dlm menu diet?
Selepas mengamalkan nasi segenggam pada awalnya agak mengigil jugak esp kalau nasi bertemu dengan singgang dan budu..mana jalan makan segenggam nasikan Kevin.. tak kickla..tapi demi kesihatan saya berjaya amalkan nasi segenggam tu..tapi rata2 kawan2 ckp nak kurus cepat jgn makan nasi jangan makan malam jangan roti ..ambik suplement dan ….bla bla bla…mungkin deorng tak boleh terima diet saya yang dikatakan turun berat badan secara slow…and steady…jaga kalorie dan exercise ..sedangkan sekarang heboh di internet, di tv ada kan iklan…kalau makan or minum an ‘diet’ ( cepat kurus tanpa bersenam or dicucuk..) dalam tempoh sekejap boleh kurus…apa pun yang Kevin ajarkan saya sedang buat.dan kita tunggu result raya nanti…^_^ kalau turun 5kg or lebih saya bersyukur sangat…
sushi menggemukkn x?
hey, sushi menggemukkan ke tak ?
Kevin.. I ada masalah penghadaman..nk kata xmakn sayur, hari2 makan..n yes problem tu buat I ada masalah belly fat..ada solusi tak untuk masalah I ni..
Bapa saya telah menjalani pembedahan kanser usus tahap 2. Usia 84 tahun. Masih boleh bergerak cergas selepas pembedahan. Apakah makanan yg sesuai utk diberi kepadanya?
.
what if klau i makan salad dengan daging bakar and olive oil? and sos thousand island tu menggemukkan ke?
Berapa kalori budu cencalok… dan pencicah sambal melayu?
What about bread? Can I eat only bread instead of rice?
Is biskut marie sama dgn oat?
Bagaimana dengan biskut marie,nk kurangkan colesterol jahat blh makan ker
Hai Kevin,
Saya makan 2 telur rebus putih sahaja 3kali sehari ,air serta biskut crackers 6 keping sekali sahaja. Adakah Cara makanan saya ok?