5 Kelebihan Kesihatan Berjalan Kaki ke Masjid
Sempena kebaikan hari Jumaat, berikut adalah lima kelebihan kesihatan berjalan kaki ke masjid untuk solat Jumaat.
1. Membakar kalori.
Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.
2. Jimat masa.
Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid – ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau anda park kereta lebih jauh dari kesesakan dan berjalan kaki, lebih mudah untuk merancang masa.
3. Ketenangan mental.
Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing – umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.
4. Ia bentuk senaman ringan.
Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.
5. Lebih baik untuk alam sekitar.
Dengan berjalan kaki, kita dapat kurangkan carbon footprint untuk alam sekitar. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).
[one_whole boxed=”true”]Jadi sekiranya masjid tidaklah terlalu jauh dari rumah ataupun pejabat anda, cuba berjalan kaki dan sekiranya anda sembahyang di Masjid Wilayah Persekutuan, look out for me on the roads. [/one_whole]
Agree with u..
Could also 'berzikir' 🙂
sejak bln 1 thn ni, sy berjalan dr ktm bangi ke tmpt kerje sy yg jarak lebih kurang 4 km dan ambil ms lebih kurg 40-45 minit..alhamdulillah, selain dr jage sedikit makan, berat sy susut dr 93 kg ke 68 kg 🙂
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith sahih – riwayat Muslim)
🙂