5 Sebab Senaman TAK Wajib Untuk Kurangkan Berat Badan
Ingin kurangkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan jadikan senaman sebagai penghalang untuk kurangkan berat badan sekarang kerana ia tidak wajib. Betul ke? Biar saya jelaskan dengan 5 contoh:
- Bulan puasa. Pada bulan ramadhan ramai yang kurangkan berat badan walaupun tidak bersenam langsung. Padahal, aktiviti fizikal pada bulan mulia itu kurang lagi berbanding bulan yang lain.
- Sakit. Sekiranya anda demam atau sakit yang memaksa diri anda berehat, berat badan pun menurun.
- Nelayan and petani. Mereka tiada seneman yang khusus. Yes gaya hidup mereka aktif tapi tidaklah perlukan senaman tambahan seperti jogging, gym dan lain-lain.
- Berat tak turun walaupun bersenam. Ramai yang email saya mengatakan bahawa mereka giat aktif lakukan senaman jogging ataupun di gym tetapi berat badan tidak menganyak pun. Adakah itu salah senaman atau memang senaman tidak memainkan peranan?
- Semasa isteri saya mengandung pada 2010, saya memang kurang bersenam. Boleh dikatakan tidak bersenam langsung. Tapi adakah berat badan saya meningkat? Tidak! Yes otot tu berkurangkan tapi sebaliknya berat saya tidak berubah.
Jadi senaman tu tak perlu untuk kurang berat?
Well perlu tapi tidak wajib. Hukumnya “harus”! Senaman membantu cepatkan proses penurunan berat badan dengan tingkatkan keluaran kalori tapi selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan.
selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan
Apa yang anda WAJIB tahu untuk kurangkan berat badan tanpa senaman?
Ok bab in yang paling penting. Untuk kurangkan berat tanpa senaman anda wajib tahu dan amalkan yang berikut:
- Ketahui keperluan kalori seharian (DCR – daily calorie requirement) unik anda. Ia bergantung kepada umur, berat, tinggi, jantina dan gaya hidup.
- Pandai menghitung kalori pemakanan seharian anda. Jangan biarkan ia lebih dari DCR anda.
- Kalori dibakar dimana-mana, termasuk semasa berjalan, naik-turun tangga, kemas rumah dan lain-lain. Pastikan gaya hidup seaktif boleh.
- Kadar penurunan berat badan lebih perlahan tanpa senaman. Kalau dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2 kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.
…dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.
Untuk panduan yang lebih detail, silalah rujuk kepada eBook saya Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
nice!
selama sy ikut nasihat melalui buku kevin turun 5kg dlm 5 minggu…sy langsung tak bersenam…apa yg sy buat kurangkan kalori dlm pemakanan….mmg berkesan…satu benda lg yg membantu sy cepat kenyang dgn cara memakai girdle…sy mula pertengahan bln jun 2011 sehingga akhir puasa 2011…berat sy turun 14kg…dan sekarang sy dh tak perlu guna girdle untuk cepat kenyang kerana dh tahu cara pengambilan makanan kurang kalori
congrats! yes end of the day … calorie control is everything.