5 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.
Musim perayaan memang seronon tetapi kerap menjadi punca naik berat badan pada masa yang sama. Lagi-lagi lah kalau beraya sebulan. Jadi berikut adalah 5 tip mudah yang saya sendiri amalkan sepanjang bulan syawal.
2:5 Rule.
Ini cara saya beraya sebulan. Dalam seminggu, saya amalkan 5 hari makan agak sihat dan 2 hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang kira rosak diet, adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi Isnin hingga Jumaat saya amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.
20 Minit.
Ingat bahawa ia akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk beraya kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hihdangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan. Hidangan “seimbang” tu camane? Cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat etc), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Lepas tu baru makan manisan “sedikit”.
Setiap Rumah Terbuka = Satu Meal:
Ramai yang sering mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun makan dalam 5-7x. Jadi jadikan setiap rumah terbuka itu sebagai satu hidangan dengan gap mungkin 2-3 jam diantara setiap rumah terbuka.
Fokus pada kalori makanan.
Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda nak kurangkan pengambilan kalori berlebihan, makan lah tapi elak kalori daripada air … kalau boleh.
Jangan tak beraya pulak!
Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Life is about balance.
Selamat Hari Raya Kevin & Team! Thanks for the tips. http://www.kedainutrisi.com/
Very good tips 😀 Thank you
tips yang amat baik untuk diamalkan. Tapi kita bila dah pergi beraya kadang-kadang lupa diri makan tak ingat dunia. Macam nak balas dendam selepas sebulan berpuasa. memang tidak baik untuk kesihatan