Kisah Daniel Yusuf Kurang Berat Dari 80kg ke 63kg

Nak kurangkan berat? Klik sini.

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Nama saya Muhammad Daniel bin Mohd Yusof. Saya berumur 23 tahun dan masih menuntut di tahun akhir di IPTA di ibu Negara. Setakat hari ini, saya telah menjalani hidup sihat semenjak April 2011. Sebelum itu berat badan saya adalah 79.6 kg dan sekarang saya memiliki berat badan ideal iaitu 63kg. BMI dah normal! Alhamdulillah.

Sejarah Obese.

Saya tidak pernah mengalami masalah obese sejak kecil dan keluarga saya bukanlah dari kalangan obese. Tetapi disebabkan tabiat makan saya yang tidak betul meyebabkan saya mengalami kenaikan berat badan sejak berumur 12 tahun. 48kg sewaktu pemeriksaan kesihatan selepas UPSR. Kemudian, memasuki asrama pada sekolah menengah dan saya tidaklah gemuk cuma saya langsung tak aktif dan saya kurang makan. Biasalah makanan asrama. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang paling saya benci. Bila cikgu suruh lari pusing padang saya dah mengeluh dan tak dapat nak habiskan satu pusingan pun.

Semasa January 2011

Pola kenaikan berat badan saya bermula selepas SPM 2006 kerana saya cuma duduk dirumah semenatara menunggu panggilan ke university dan saya pada waktu itu sangatlah gemuk. Makan tidur makan tidur. Saya tiada langsung kesedaran untuk jogging atau bersenam.

Pernah cuba kurus?

Berat badan saya berkekalan antara 75 ke 80 kg sepanjang hidup saya di universiti. Pernah saya cuba untuk turunkan berat badan saya secara ektreme dengan tidak makan nasi Cuma makan roti dan buah buahan serta bersenam tahap maximum. Hasilnya saya turun 5kg (saya tak berapa pasti sebab rupanya tahun lepas baru saya tahu penimbang tu rosak) dan tabiat makan roti dan buah itu tidak berkekalan lama. Saya kembali ke tabiat makan nasi dan yes, berat badan saya makin naik. Walaupun saya gemuk spnjg belajar, saya tetap berjoging seminggu sekali namun tiada apa hasil pun. Kerana saya tidak menjaga pemakanan.

April 2011: Permulaan Kesedaran Bagi Saya.

Bermula kesedaran.

April 2011, saya mula sedar akan bahaya obese. Saya tertekan dengan kehidupan obese. Kerana apa?

  1. Nak beli baju seluar semuanya menjadi masalah. Pinggang saya 36 inci dan setiap kali beli seluar, mesti kena beli yang besar dan kena potong kaki. Hasilnya buruk sekali. Selekeh.
  2. Self esteem sememangnya rendah.
  3. Saya kuat berpeluh. Jadi baju selalu senang basah dan sememangnya jijik sekali di pandangan orang.

Waktu ini, waktu praktikal jadi saya duduk di rumah menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta. Bila duduk rumah, saya fikir, kalaulah 7 bulan ni duduk rumah, mesti bertambah ukur lilit pinggang sebab akses terhadap makanan lebih mudah. Jadi saya memang tekad untuk berubah dan di situlah bermula titik tolak perubahan saya yang sebenar. Jadi, saya daftar di sebuah gym berdekatan rumah dengan registration RM 160 dan monthly RM 70. Mula2 rasa macam menyesal sebab mahal sangat dan nilai itu bukanlah murah untuk seorang pelajar macam saya. Saya tak bagitahu umi abah mula2 tapi bila bagitahu, diorang sokong sangat-sangat. Alhamdulillah saya tekad lepas tu. Akhirnya, saya tak menyesal pun.

Rutin senaman  dan makanan.

Kekerapan saya ke gym adalah 3 jam sehari. 2 sesi pagi dan malam. Saya bermula dengan kardio dan light weight. Buat permulaan memang saya push diri to the limit. Pada mulanya, ilmu berkenaan pemakanan saya memang zero. Jadi awal2 ni saya makan memang la sgt sikit. Nasik sekali je sehari dan wktu lain saya gnti dengan sandwich sahaja. Ye, memang memeritkan. Nilai kalori saya makan msti lbih sikit dari g keluar. Saya catat setiap apa yang saya makan dan anggaran kalori yang saya bakar (berdasarkan rekod dkt treadmill dan other cardio machines) di gym setiap hari. SETIAP HARI YER. Waktu awal2 ni memang sangat sedih. Badan sakit2, makan pon tah kemana. Setiap kali lari atas treadmill dpn cermin dkt gym, saya akan tengok diri saya yang gemuk ni. Kdg2 ter emosi pon ada. Dan saya terus kuatkan semangat. Dalam pada yang sama, berat turun tak menentu dan kdg2 plateau. Ada sebulan tu saya tak turun langsung. Waktu plateau itu paling tertekan sekali.

…Waktu awal2 ni memang sangat sedih. Badan sakit2, makan pon tah kemana. Setiap kali lari atas treadmill depan cermin dekat gym, saya akan tengok diri saya yang gemuk ini. Kadang2 teremosi pun ada…

Selain dari cardio dan weight lifting, saya juga sertai boot camp yang gym saya buat. Sebulan je boot camp tu. Setiap sabtu dan ahad saya ikut boot camp ni. Merasa la pengalaman macam The Biggest Loser kena herdik dan push dengan trainer yang kadang-kadang tak considerate tapi saya tau semua tu psikologi je. Hasil dari boot camp tu menggalakkan lagi kehilangan berat badan saya. Bulan puasa 2011, berat badan saya turun banyak kerana saya tak henti training. Pagi dan juga malam selepas terawih.

Pada awalnya, berat badan saya turun dengan cepat. Seminggu pertama 2 kilo dan bebrapa minggu kemudian konsisten 1 kg sehingglah pada bulan ketiga saya mengalami plateau utk jgka masa yang lama. Ye semua, kita jangan ingat kalau kita konsisten pada awal kita akan konsisten spnjg jalan. Tidak ye. Bersabar , tekad , stiqamah dan percaya dengan diri sendiri adalah kunci penting.

Dari segi pemakanan, saya banyak buat bacaan sendiri dari internet dan spt yang saya sebut td, saya catit apa yang saya makan. Saya anggarkan kalori pemakanan saya berdasarkan cekodok.com. Waktu ni saya tak kenal lagi kevinzahri.com. Saya kurangkan pengambilan air manis. Even pada bulan puasa 2011, saya berbuka dengan cuma air kosong dan makan nasi dengan kuantiti yang sedikit. Tabiat berbuka saya juga berubah. Saya sudah tidak berminat dengan bazaar ramadhan. Masakan umi sahaja.

Tak Pernah Tinggal Nasi

Saya tak pernah tinggal nasi. Biasalah, kita Malaysian, nasi dah jadi darah daging. Kevin pun cakap. Bukan salah nasi kita jadi gemuk, tapi cara pemakanan itu sebenarnya. Saya paling pantang kalau org ckp nasik itu yang buat gemuk. Air kosong bukan lagi satu pilihan buat saya. It is a must. Kalau makan luar pon, saya order air kosong je. Snek2 pon saya kurangkan. KFC, Mc Donald dan yang sengkatan dengannya pun saya kurangkan. Saya pun bukanlah peminat makan segera sangat. Tapi tipulah kalau cakap saya tak makan langsung.

Alhamdulillah, sampai sekarang, saya masih bertahan dengan tabiat pemakanan ni. Kadang-kadang makan jugak twisties,super ring, coke tapi saya considerate lah. Banyakkan makan buah spt betik dan pisang dan kalau lapar, cari buah, bukan snek/coklat. Saya juga minum herbal tea utk senangkan pembuangan air besar. Jadi apa yang saya makan saya pasti dia akan keluar balik.

Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah pakai apa2 produk macam herbalife ke atau sebagainya sebab saya tak penah percaya semua tu. Semua hasil titik peluh sendiri.

Gambar saya July 2012
Gambar terkini: Nov 2012

Kejayaan

Pembukaan Semester Baru September 2011, total kehilangan berat badan saya adalah 17 kg dan body figure saya betul2 berubah daripada yang asal. Saya masih belum ada firm muscle sebab susah utk dapatkan shape macam tu. Pada saya kurus pon dah ok. Saya masih cuba tapi belum lagi la berhasil. Kawan2 di kulliyyah sememangnya terkejut dengan perubahan ni. Saya pon terkejut sebab sejak cuti tak pernah dapat compliment dari sesiapa dan bila blk kampus baru la saya perasan saya memang totally lain. Sb dkt rumah hari2 tgok diri dlm cermin jadi tak berasa perubahan itu.

Sehingga hari ni, saya menjalani kehidupan yang sihat. Kalau ada hari yang saya makan byk seperti kenduri, majlis2, saya akan counter dengan extreme exercise pada hari yang seterusya. Pada saya, ‘Pandai makan, pandailah tanggung’. Satu lagi prinsip saya, kalau kita boleh makan 2 atau 3 kali sehari, kenapa kita tak boleh workout dengan kuantiti yang sama”. Susah sangat ke. Org bagi alasan tak cukup masa yes saya setuju. Tapi smpai bila2 pun kita takkan pernah cukup masa. Saya sekarang sudah di tahun akhir dan awal tahun depan insyallah saya akan mulakan alam kerjaya dan saya percaya masa saya akan lebih terhad. Tapi, we have to make time. Kerja sampai bila-bila pun takkan selesai even dah hbs office hour kecuali lah kita mati.

Healthy lifestyle is not a choice. It is a must. Saya tak nak tgok anak2 saya mengalami masalah obese di mana masalah ini akan menyebabkan datangnya penyakit2 lain lagi. Diabetes, kencing manis bila mana dah serius, susah nak ubat. Jadi berubahlah sekarang. Hentikan makanan manis2 dan bayakkan makan buah sepeti betik dan pisang.

Seperti yang Kevin cakap, secawan teh tarik sama nilainya dengan 2 keping roti whole meal yang guarantee kenyang berbanding teh tarik.

Jadi, make time. Kalau kita boleh makan banyak kali sehari, kenapa tidak senaman?

Daniel Yusof
4 Nov 2012.

Privacy Preference Center