Kenapa Berat Air Badan Naik 2kg Selepas 1x Hari Raya Bulan Syawal?
Selamat Hari Raya semua,
Fenomena naik berat badan di hari raya 1kg, 2kg mahupun 3kg selepas satu dua hari bulan Syawal adalah normal walaupun ia agak menyakitkan hati pada masa yang sama. Jangan risau, normal untuk berat badan naik dengan akan "mendadak" selepas suatu diet atau corak pemakanan berubah dengan agak drastik.
Ia bukan soal lemak badan yang meningkat tapi AIR badan.
Harapan saya semoga video bantu anda redha, pasrah dan tenang dalam berdepan nikmat dan kurnia Hari Raya ini.
Panduan Kalori Makanan Hari Raya
Panduan kalori hari raya seperti lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagi bukan lah untuk hindari anda dari menikmati makanan kegemaran anda di Hari Raya tapi untuk memperkasakan diri untuk menjadi pengguna yang bijaksana dan mengawal keadaan sepanjang bulan Syawal.
Kalori Makanan Popular Hari Raya
Nama makanan | Hidangan | Kalori |
Ketupat | 1 potong (80g) | 88 |
Ketupat Palas | 1 potong (80g) | 124 |
Lemang | 1 sederhana slice (35g) | 82 |
Rendang, Ayam | 1 potong | 148 |
Rendang, Daging | 2 sederhana potong | 64 |
Lontong with sayur | 1 mangkuk | 350 |
Soto Ayam | 1 mangkuk | 403 |
Laksa | 1 pinggan | 550 |
Serunding, Ayam | 55g | 180 |
Serunding, Beef (Daging) | 55g | 200 |
Soft Drink | 1 Sederhana Gelas | 65 |
Nasi Putih (White Rice) | 1 Pinggan | 166 |
Nasi Dagang with fish, egg etc | 1 Pinggan | 505 |
Mee-hon, Fried | 1 Pinggan | 295 |
Satay (Chicken/Beef) | 5 Cucuk | 180 |
Kalori Kuih-muih Hari Raya
Nama Makanan | Hidangan | Kalori |
Kuih Lapis | 87g | 132 |
Kuih Lompang | 86g | 117 |
Kuih Lopes Pulut | 83g | 168 |
Kuih Peneram | 55g | 256 |
Kuih Sri Muka | 99g | 192 |
Kuih Talam Seri Kaya | 122g | 182 |
Kuih Tepung Pelita | 74g | 101 |
Lor-Mai-Fan | 190g | 422 |
Pulut Panggang/Pulut Udang | 83g | 184 |
Putu Piring | 32g | 75 |
Rempeyek | 15g | 90 |
Tapai Pulut | 80g | 134 |
Tepung Bungkus | 85g | 238 |
Cake, Swiss Roll | 10g | 36 |
Cucur Udang | 54g | 144 |
Currypuff | 40g | 128 |
Currypuff, Twisted | 59g | 127 |
Currypuff, Mini | 8g | 44 |
Dumpling, Chicken (Kuih Pau Ayam) | 85g | 203 |
Halwa | 50g | 149 |
Ham-Chi-Peng | 75g | 233 |
Kesari | 60g | 170 |
Kuih Apam | 27g | 52 |
Kuih Apam Balik | 115g | 282 |
Kuih Apam Gula Hangus | 50g | 159 |
Kuih Bawang | 4g | 20 |
Kuih Kapit | 4g | 17 |
Kuih Keria | 38g | 90 |
Kuih Ketayap | 65g | 140 |
Kuih Lidah Kucing | 14g | 74 |
Kuih Tat Nanas | 5g | 23 |
Yau-Car-Kue | 70g | 292 |
Doughnut (Donat) | 75g | 268 |
Bingka Ubi Kayu | 100g | 221 |
Cekodok Pisang | 71g | 180 |
Semoga panduan ini membantu anda. Selamat hari raya semua.
9 Tip Elak Gemuk Melampau di Hari Raya
Hari Raya is just around the corner dengan lemang, rendang, kuih dan pelbagai biskut yang lazat dan pasti membakar hati, jiwa, dan mengelorakan nafsu makan kita semua. Aduh aduh aduh :)
Lagi-lagi tahun ini di mana perhaps semua orang, termasuk saya, nak lepas geram setelah 2 tahun tidak dapat beraya macam dulu bersama keluarga dan sahabat yang berjauhan.
Berjaya kurangkan berat badan di Ramadhan?
Jadi panduan berikut bukan untuk hindari anda dari menikmati musim perayaan ini tapi untuk membantu anda elak "gemuk melampau" dan tertenggelam dalam lautan yang dalam. Sayang kalau usaha kesihatan dan kawalan pemakanan kita sepanjang bulan Ramadhan terus "dikosongkan" di bulan syawal.
Katakan anda berjaya kurangkan 4kg berat badan sepanjang bulan Ramadhan, cuba elak penambahan 4kg berat badan sepanjang bulan Syawal ini.
9 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya
Semoga panduan 9 tip elak gemuk melampau di hari raya ini membantu dan untuk meraikan Hari Raya dengan penuh kegembiraan.
Lebih awal, kami sekeluarga juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat semua rakyat Malaysia dan everyone around the world.
Cabaran 30 Hari "Syawal Edition"
Jom sertai Cabaran 30 Hari virtual bersama saya yang bakal bermula 12 May ini. Ia percuma kalau anda berjaya beri komitmen sepanjang 30 hari ini.
Panduan Weight Training Sepanjang Bulan Puasa Ramadhan
Bagi pengemar senaman pemberat atau weight training seperti saya, bulan ramadhan agak mencabar dalam menyeimbangkan amalan berpuasa dengan keinginan untuk terus amalkan senaman bebanan, avoid muscle loss dan utamakan keselamatan pada masa yang sama.
Weight Training & Ramadhan Guide
Video berikut kongsikan nasihat dan amalan weight training diri saya sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga ia membantu anda untuk kekal aktif dan selamat sepanjang bulan puasa ini.
Rahsia Kurus Dengan Cepat 10kg Seminggu? Jangan Tertipu
5kg seminggu? 8kg seminggu? 10kg seminggu?
Dari masa ke semasa, dunia social media akan viralkan kisah kurangkan berat badan that sound too good to be true.
Kurang 13kg Seminggu!
Termasuk dalam program Jom Kurus yang saya anjurkan sejak 2013, sering kedengaran kisah peserta kurangkan jumlah berat badan yang besar dalam masa seminggu. Sampai 10kg atau 13kg seminggu pun ada. Malah pemenang Cabaran Jom Kurus kami sering kurangkan lebih dari 20kg dalam program 6 minggu setiap musim.
Apa rahsia mereka kurus dengan cepat?
Ia sering menimbulkan kecurigaan para peserta yang terkeliru dan berkata "ia tidak sihat" atau terpedaya dengan kisah yang kurus dengan cepat itu.
Always remember: Sebarang kisah kurus dengan cepat atau melebihi 2kg seminggu atau 2kg sehari sekalipun, mempermainkan air dan bukan lemak badan. Mustahil untuk kurangkan berat badan lemak dengan begitu cepat. Kenapa? Kerana 1kg lemak badan bersamaan 7700kcal.
Untuk bakar 7700kcal sehari tanpa makanan tidak munasabah. Air tidak berkalori dan boleh dipermainkan dengan mudah. Buang air kecil sahaja pun boleh kurangkan lebih kurang 500ml yang bersamaan 500g berat badan.
1ml air = 1gram
Jadi setiap kisah kurus dengan cepat, peserta itu mempermainkan keadaan, terutama berat air badan. Video berikut terangkan rahsia kurus cepat yang sering kelihatan dalam program-program kurangkan berar badan, termasuk lah program anjuran kami sendiri.
Jadi jangan tertipu dan diperguna.
Objektif video ini BUKAN lah untuk mengajar anda kurangkan atau kurus dengan cepat MALAH ia bertujuan untuk memperkasa dan menyediakan anda apabila berdepan dengan kisah-kisah luar biasa yang sering diviralkan dan mengelirukan orang ramai.
Ingin kurangkan berat badan bersama kami? Join our Cabaran 30 Hari "Kurus"
Diet Intermittent Fasting vs Ramadhan
Intermittent Fasting dan Ramadhan sering dihubungkaitkan dan walaupun ia ada persamaan, itu tidak bermakna that is is the same.
Jom bincangkan secara ringkas, persamaan dan perbezaan utama diet intermittent fasting dan amalan puasa Ramadhan dari segi kebolehan untuk bantu anda kurangkan berat badan, pemakanan dan senaman.
Apakah pengalaman anda?
9 Tip Mudah Berbuka Puasa Ramadhan
Beberapa tip mudah untuk selamatkan anda & diri saya dari godaan nafsu makan yang bergelora semasa berbuka puasa. But chillex dan enjoy your "sekuih-dua".
Tip ini adalah dari eBook Percuma saya, Ramadhan Puasa & Kurus
Menu Diet Ramadhan: Saya Makan Apa?
Berikut adalah contoh pelan diet saya untuk hari "biasa" semasa berpuasa Ramadhan. Sudah tentu ia bukan soal kesempurnaan dan akan ada hari yang saya makan lebih atau kurang atau hadiri majlis berbuka puasa buffet.
Untuk panduan Ramadhan termasuk pemakanan, kawalan berat badan dan pantang larang senaman, sila rujuk kepada eBook percuma saya, Ramadhan: Puasa & Kurus
9 Kelebihan Kesihatan Ramadhan
Video ini akan kongsikan 9 tip dan manfaat dan kelebihan kesihatan berpuasa Ramadhan. Semoga ia membantu anda dalam menikmati dan beri penghayatan kepada amalan anda sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Fit Ramadhan: Puasa dan Kurus eBook FREE
Dapatkan eBook percuma Fit Ramadhan: Puasa & Kurus ini menjawap pelbagai soalan seperti:
- Apa nak makan untuk sahur?
- Bila waktu senaman yang sesuai semasa berpuasa?
- Tak bersenam boleh kurus tak?
- Tips elak makan berlebihan semasa berbuka?
- Boleh tak buat Zumba dan HIIT semasa berpuasa?
- Berapa liter air patut diminum semasa sahur?
- Boleh tak bersenam terus selepas berbuka?
- Contoh pelan diet sihat bukan ramadhan
- dan pelbagai soal-jawab lain.
Semoga panduan buku ini dapat membantu anda untuk memahami kawalan berat badan, keperluan nutrisi dan kesihatan sepanjang bulan puasa Ramadhan yang mulia ini secara am.
Tapi jangan lah sampai tertekan semata-mata untuk penurunan berat badan. Gunakan kelebihan kesihatan bulan ramadhan untuk sentiasa cuba membaiki kesihatan diri secara menyeluruh: mentally, physically & spiritually.
Saya doakan hanya lah yang terbaik buat anda dan seisi keluarga. Semoga amalan dan usaha puasa anda diterima Allah S.W.T.
- Downloadable PDF
- Language: Malay
- No of Pages: 46
- Full Colour
Rahsia Kurang 2kg Berat Badan dalam hanya 30 minit!?
Warning: Video ini hanya lah sebagai panduan dan rujukan.
Epsom Salts sememangnya digunakan sebagai laxative, detox, melegakan senggal-senggal otot, kurangkan stress dan penurunan berat air badan.
Secara peribadi, saya amalkan Epsom Salt baths 2-3x dalam sebulan. Kalau anda tidak pernah cuba (just like sauna dll) jangan rendam lama-lama especially kalau berasa sakit kepada, pening etc.
Tapi penurunan yang cepat adalah ...
Mana-mana penurunan berat badan yang "cepat" semestinya melibatkan air dan akan boleh "kembali" dalam beberapa jam atau hari selepas pembuangan air itu.
Elak langkah-langkah video ini dalam keadaan berpuasa. Selepas bermula ok.
Thank you BSK4
Salam kurus and hi,
Hari ini berakhirnya Bukan Soal Kurus musim ke4 buat ribuan peserta dari seluruh Malaysia. Kami dari keluarga BSK ingin mengucapkan ribuan terima dan syabas tahniah buat semua peserta. Wow, what an amazing season we had dengan begitu banyak pengisian sepanjang program. Lebih 100 sessi LIVE, Ohlimpik Games, cabaran virtual, virtual run dan macam-macam lagi. We are a proud of you for completing your 56 Day BSK musim 4 bersama kami.
Kami berharap semoga pengalaman bersama kami telah beri impak yang positive buat kesihatan, kecergasan dan kegembiraan anda dalam mengharungi perjuangan “kurus” anda. Bukan setakat untuk 8-minggu tapi semoga anda diperkasakan untuk meneruskan perjuangan anda selama-lamanya.
Do not worry.
Have faith and yakin lah pada diri sendiri. You know what to do. You are empowered tapi tapi tapi ekiranya anda “tertenggalam” along the way, we are always here to lend a helping hand.
You are now sebahagian keluarga BSK kami.
Always & forever
Jadi sekali, enjoy your success! Celebrate all the memories, ups, and downs sepanjang 56-hari ini dan please don’t worry if you were not able to complete ALL the sessions and lessons which is not possible 🙂
When is the next season?
BSK musim ke-5 is scheduled to return around June/July 2022 tapi kalau anda ingin sertai program lebih awal bersama kami, we are hosting a 30 Day Ramadhan Challenge starting on the 31st March which you are always welcome to join.
On behalf of myself, our head coach Andy Teh, our amazing coaches, all the administrative staff and everyone else here at BSK, thank you again for choosing our platform along your amazing journeys, and yes please do share your experiences with us in the comment section or via our official link here – https://shop.kevinzahri.com/a/review/write
Dengan ikhlas,
Kevin Zahri
Cikgu Fitness Anda