Setelah tinggal di Jerman selama 13 tahun dan USA 5 tahun, Malaysia tetap #1.
Salam Merdeka
Setelah tinggal di Jerman selama 13 tahun dan USA 5 tahun, Malaysia tetap #1.
Betul – Malaysia mempunyai pelbagai masalah. Setiap negara mempunyai masalah. Tiada negara yang sempurna. Ketidaksempurnaan Malaysia membolehkan kita bangkit dan cari jalan penyelesaian. Bagi saya – Malaysia lah “the land of opportunity”. Kita negara yang membangun. Jadi JOM bangunkannya bersama. Jadikan masalah Malaysia sebagai pemangkin kreativiti dan inovasi untuk mengatasi suatu masalah atau halangan. Kalau lah Malaysia ku sempurna, alangnya bosan kehidupan itu bagi seorang usahawan, entrepreneur atau pemimpin.
Betul – Malaysia mempunyai masalah perkauman. Setiap negara mempunyai masalah perkauman. Ia sesuatu yang kita perlu hadapi bersama. Adakah kita akan berjaya menghapuskannya? Pasti ia sukar dan akan mengambil masa yang lama. Tapi dengan pergaulan pelbagai kaum yang lebih harmoni di Sabah dan Sarawak, ia berikan harapan besar buat saya.
Betul – Kerajaan kita tidak sempurna. Tiada pemimpin yang sempurna. Saya jamin kepada anda, pemimpin akan datang dan pergi, tapi masalah politik pasti kekal! Bukan bermakna kita perlu serah diri kepada keadaan. Jauh sekali. Tapi kita perlu beranikan diri untuk menjadi pelapis pemimpin masa yang akan datang. Bermula dengan diri sendiri.
Saya mencintai Malaysia. Dengan cara saya yang tersendiri. Selamat Hari Merdeka.
Kevin Zahri
I am a passionate educator and advocator in helping Malaysians live better, healthier, stronger, and happier lives. Ingat, ia bukan soal kurus.