HSN Talk – Sports ft Mental Health

6 Oktober 2021 (Rabu) : 11.00 am – 12.00 pm

Sembang Santai HSN 2021 Siri 5

Sports ft Mental Health

6 Oktober 2021 (Rabu) : 11.00 am – 12.00 pm

Perkongsian rasmi dari Portal Rasmu MyHealth Kesihatan Malaysia, kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Namun masyarakt di luar sana percaya kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran atau sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal. Pada pandangan Dr. adakah ini mitos atau fakta dari sudut pengamal perubatan ?

Pakar psikologi telah mengkaji bagaimana aktiviti fizikal dapat mengurangkan kemurungan dan tekanan. Mereka menyarankan aktiviti jogging atau melakukan senaman fizikal selama 45 minit boleh membantu menyingkirkan emosi tekanan pada kebanyakan individu. Namun dalam cabaran pandemik COVID-19 yang kita alami sejak tahun lepas telah menjadikan kesihatan mental sebagai isu utama yang hangat dibincangkan. Tambahan lagi dengan kawalan aktiviti sukan dan rekreasi disekat bagi mengurangkan risiko jangkitan coronavirus. Pada pandangan saudara Kevin sendiri bagaimana fisiologi senaman itu boleh membantu menangani isu kesihatan mental.

Saya difahamkan Dr Khadijah terlibat dengan pasukan Esports MedicA dalam menangani isu ketagihan pemain esports. Boleh Dr kongsikan dari sudut psikologi manusia kesan terhadap ketagihan bukan saja dalam esports, mungkin juga dari ketagihan perkara yang lain.

Seperti yang dikongsikan oleh Sudara Kevin tadi senaman secara tidak langsung membantu mengurangkan kemurungan dan tekanan. Mungkin ada tips selain dari aspek senaman yang boleh dikongsikan bagi menangani isu kesihatan mental ini.

https://youtu.be/rQ5fcdH9jcE