fbpx

Rahsia Adly Hazry Kurang 25kg dalam 6 minggu!

Kuala Lumpur – Selepas enam minggu ‘didera’ mental dan fizikal dalam usaha untuk menurunkan berat badan, Adly hazry Hassan, 34 dinobatkan sebagai Juara cabaran Sihat Musim Ketiga dan menewaskan 29 peserta lain bagi kategori dewasa setelah berjaya mengurangkan sebanyak 24.7 kilogram iaitu 20.5 peratus.

Dengan kemenangan itu, Adly Hazry membawa pulang wang tunai RM4,000 dan hadiah sampingan daripada Avon dan D’Herbs.

Tempat kedua pula yang membawa pulang RM3,000 berserta hadiah sampingan dimenangi Ahmad Zamani Mohd, diikuti Aida Hazlyn Hassan di tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 dan hadiah sampingan.

Ketua Pegawai Operasi Utusan Karya Sdn. Bhd. Zurzaliza Bajuri berkata, sepanjang enam minggu cabaran, para peserta didedahkan dengan pelbagai cabaran serta diajar mengenai cara pemakanan yang betul. “Apa yang paling penting dalam cabrana ini adalah bagaimana peserta dapat menggunakan ilmu yang telah mereka peroleh bukan setakat pada pertandingan sahaja malah berterusan dan konsisten,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup pertandingan itu di Menara Kuala Lumpur di sini kelmarin.

Katanya, musim kali ini turut menyaksikan kategori remaja dimenangi oleh Mohd. Nasriq Mohd. Ramly yang berjaya menurunkan sebanyak 16.6 kilogram berat badan dan membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta hadiah sampingan.

Tempat kedua pula dimengani Muhammad Luqman Md. Daud yang menerima wan tunai RM1,500 diikuti Nor Zulaiha mohd. Amin di tempat ketiga yang memenangi RM1,000.

Privacy Preference Center