Pendaftaran BSK Sekolah #2 kini buka. Terhad 500 sekolah

Sempena dengan kempen Bukan Soal Kurus musim #2 yang bakal berlangsung dari 15 Jan sehingga 12 Mac 2022, NGOPertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-kanak dan Dewasa kini buka tajaan buat 500 wakil sekolah baru. Wakil sekolah terpilih akan lalui train of trainer program secara virtual dengan percuma bersama Kevin Zahri bermula 9 Disember 2021 nanti.

Permohonan ini terbuka kepada semua jenis institusi pendidikan dari seluruh Malaysia. Program pertama BSK Sekolah telah dinobatkan sebagai program tahap kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2021 dan telah disertai oleh hampir 10,000 peserta pada musim pertama baru-baru ini.

Jenis sekolah yang boleh menyertai BSK Sekolah #1: tadika, sek rendah, sekolah menengah, kolej, pendidikan khas, universiti, swasta dan lain-lain.

Wakil sekolah terdiri daripada cigku sekolah, wakil PIBG, cikgu pendidikan jasmani, pelajar dan lain-lain.

Anda TLS musim pertama? Sekolah yang pernah menyertai pun boleh gunakan borang yang sama untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa, sila rujuk kepada bukansoalkurus.com/sekolah atau email kami di jom@bukansoalkurus.com

Jom sama-sama membanteras obesiti di kalangan komuniti sekolah buat generasi Malaysia yang akan datang.

Dengan ikhlas,
Kevin Zahri
Pengerusi
bukansoalkurus.com