Saya sering menulis tentang tip-tip kurangkan berat badan tetapi sesetengah orang mengalami masalah kurus. Tidak dinafikan bagi mereka, sememangnya ia masalah yang memberi kesan negatif terhadap keyakinan dan lain-lain. Dulu pelakon Taylor Lautner pun mengalami masalah yang sama.
Apa susah, makanlah lebih!
Dalam seminar-seminar saya, itulah jawapan yang sering dilaungkan. Tapi kalau tanya si kurus, memang makan apa pun tak boleh. Penambahan berat badan perlukan pendekatan dan pemahaman yang teliti. Jadi bagi mereka yang tidak mampu beli eBook Panduan Tambah 5kg Dalam 10 Minggu saya, ikut dan fahamilah langkah-langkah berikut:
- Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR. DCR anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Anda boleh google laman web atau ikut pengiraan eBook saya.
Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.
- Catat pelan pemakanan am anda. Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Anda boleh gunakan laman web cekodok.com saya ataupun rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut.
Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.
- Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.
- Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
Ingat: Kalau anda ke gym sekalipun, pastikan anda pandai execute senaman-senaman tersebut supaya dapat kualiti dan kesan yang diingini.
Berapa lama untuk tambah berat badan?
Kalau dibandingkan dengan proses kurangkan berat, tambah berat memang lebih lama kerana tiada senaman yang “tambah kalori”, ikut kepada eBook saya pun tajuknya adalah Panduan Tambah 5kg 10 Minggu.
Tapi katakanlah anda berjaya sekalipun, jangan berhenti mengamalakan langkah-langkah di atas, terutamanya jangan berhenti bersenam.








Pernah amalkan tinggal sarapan untuk kurangkan berat badan? Dalam video ini, dapatkan
Dalam segmen RTM1 ini, Kevin Zahri membincangkan apa itu kalori dan apakah
Anda sering seimbelit? Sukar untuk kurangkan berat badan? Pastikan anda pandai mengawal
Dalam video ini, Kevin membawa Ridwan Mustafa ke studio untuk kongsi bersama 








5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?
25 Tip Kuruskan Badan
10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda
5 Senaman Untuk Besarkan Payudara
10 Tips Untuk Kempiskan Perut