Rosniza Berjaya turunkan 13kg dalam masa 2 bulan

before-after
  • Nama: Rosniza Abdul Samat.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan.
  • Pencapaian: Berjaya turunkan 13kg dalam 2 bulan .

Nak Kurangkan Berat Badan?

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang lagi saya perkenalkan dulu diri saya Rosniza Abdul samat. Semasa di sekolah dan di kolej dahulu saya ini seorang yang yang yang aktif bersukan dan badan saya memang kurus tidak pernah melebihi 50kg.

Sejak saya meninggalkan alam persekolahan ini ,dan sibuk bekerja berat badan saya semakin menaik. Selera makan bertambah dan tidak pernah di control lah. Apa nak makan semua saya makan. Makanan yang biasa dan wajib saya ialah fast food KFC, McDonald’s, pizza n ABC pada setiap minggu. Semakin tahun berat saya semakin meningkat dari saiz baju 36 sehingga lah saiz 50. Saya dah mula risau dan malu dengan bentuk badan saya yang semakin hari semakin naik.

Pernah Cuba Kurangkan Berat Tapi Gagal?

Ya, macam-macam cara saya guna: ubat, pil, air , teh tapi tidak juga turun berat! Makin naik lagi ada sebab bila saya berhenti ambil product itu semua, selera makan saya masih lagi tinggi dan tidak dapat dikawal. Product itu cuma berkesan sekejap sahaja sampai saya terpaksa tahan lapar dan cirit birit sebab ambil product xxxx. Jadi saya bertekat dengan penuh semangat untuk turunkan berat badan ini bila baju yang dalam almari semua dah tidak muat, dalam kotak lagi banyak dari dalam almari. Tidak boleh jadi ini! Saya kena ambil jalan untuk turunkan berat badan.

…“Gemuk betul kau ini!” dan ”Semakin tembam la macam belon!“ … kata –kata ini buat saya semakin panas…

Motivasi Untuk Turunkan Berat Badan?

“Gemuk betul kau ini!” dan ”Semakin tembam la macam belon!“ … kata –kata ini buat saya semakin panas. Malu bila keluar rumah terutama bila ambil gambar dan melihat gambar sendiri. Segan sangat melihat baju kebaya yang suatu ketika dahulu saiz M kini saya tidak dapat lagi memakainya disebabkan gemuk. Saiz baju semakin lama semakin meningkat nombor nya, dari saiz 36 sehingga lah 50. Dulu saiz S tapi kini saiz L! Oh tidak tidak boleh jadi ini kena buat sesuatu untuk kembalikan bentuk badan ku kepada yang asal. Kali ini saya tekad.

Berat saya sebelum turun berat. Pada masa itu sekitar 66kg.

Macam Mana Saya Berjaya Kurangkan Berat?

Kata kunci yang mudah “TEKAD” dan “SEMANGAT” itu kata yang saya pegang sampai sekarang sebab untuk turunkan berat badan bukan mudah. Mental dan fizikal mesti kena kuat sebab kita tidak bergantung harap pada apa-apa product untuk menurunkan berat badan. Selepas balik dari bercuti saya rasa badan semakin berat dan cepat letih, malas badan semakin berisi masa itu berat saya 66KG akhir bulan 6 saya tekat untuk kuruskan badan dengan melihat laman web Kevin Zahri dan laman web yang lain cari ilmu untuk kuruskan badan dengan selamat dan berkesan. Yang penting saya nak sihat dan bukan sahaja kurus biar lambat turun tidak apa. Yang penting ada hasilnya.

Apa Tip Dan Amalan Diet?

2 minggu pertama saya bekerja keras dalam control pemakanan dan senaman. Anak-anak menjadi pembantu untuk saya bersenam, bermain dengan mereka, berjoging setiap hari, bermain badminton pada hujung minggu. Dari segi makanan, saya tidak ambil gula, coklat, air berkarbonat, kafein, karbohidrat kurangkan. Contoh: dulu ambil nasi 2 pinggan sekarang cuma 1 gengam sahaja. Saya lebihkan sayur dan lauk dalam pemakanan seharian. Air masak 3 liter satu hari wajib diambil. Susu dan roti gandum penuh pada waktu malam jika saya lapar. Makan 5 kali sehari untuk meningkatkan metabolisma badan. Banyak makan makanan yang pedas contoh: lada hitam dan cili dalam setiap masakan yang saya makan.

Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Kurangkan Berat Badan?

Kita mesti tekat dalam misi untuk kurus ini. Bukan mudah untuk kurus dengan cepat dan selamat ini mental dan fizikal mesti kuat juga. Kalau kita bergantung kepada ubat sahaja belum tentu berat kita akan kekal kurus seperti yang kita kehendaki. Lebih baik kita berdiet sendiri sahaja dengan mengawal pemakanan dan senaman sudah pasti kita akan kurus juga walaupun ambil masa yang lama. Sebelum ini pun saya tidak yakin juga boleh ke tidak kuruskan badan lagi tapi atas hasil usaha saya selama beberapa bulan ini saya berjaya juga turunkan berat badan tidak perlu berlapar dan ada kesan sampingan malah lagi selamat dan bertenaga , sihat dan cergas daripada dahulu.

Gambar terkini pada Hari Raya 2012. Berat 53kg.

Kini saya Berjaya turunkan berat 53kg pada bulan 8. Target saya 50 kg belum capai lagi ,insyallah akhir bulan 9 ini saya akan capaikan juga. Saya Berjaya turunkan 13 kg dalam masa 2 bulan. Anda juga boleh turunkan berat badan jika ada kemahuan.

Peranan Kevin Zahri Membantu Kurangkan Berat Badan?

Terima kasih Kevin Zahri yang banyak membantu saya dalam mencapai misi untuk kurus ini. Banyak ilmu, nasihat dan dorongan yang diberikan kepada saya dalam process saya berdiet .Info yang berguna dan saya jadikan panduan dalam diet saya seharian dan saya amalkan akhirnya saya Berjaya juga kuruskan berat badan dari 66kg ke 53kg akan datang 50 kg akan saya capaikan juga .

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • http://www.facebook.com/xanahanami Xana Hanami Arani

    tekad =D

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      :) fixed.

      • http://www.facebook.com/xanahanami Xana Hanami Arani

        ;)

        • ina

          salam,wah tahniah kak..suka tgk akak nak cite hal sy turun berat bdn seminggu 5kg..berat sy 63 kg..now dah turun 5kg..sy makan sekali sehari je nasi n minum 2 liter air masak..air manis 1 cawan je sehari..klu xde gula pun ssh jg kan..semoga kwn2 semua berazam bukan utk kurus je tp untuk sihat..klu dah gemuk mcm2 penyakit yg dtg

          • sha

            puan..saya nak tny…senaman yg sesuai mengempiskan perut.masalah saya adalah saya bersalin secara czer. 3 kali dah. buat sit up skit pun dah sakit. mohon share.

  • Wirna

    Firstly congrat Rosniza, good job done.Sorry, but boleh tau Rosniza’s age?I’m in the mid 30s, berat nk turun susah sgt.

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      tq wirna ..umur 30 tahun ..mesti boleh turunkan berat tp kene usaha kuat sikit la yer ..TEKAT yg penting …dulu pun sy susah juga nak turunkan berat tp byk belajar n cari ilmu dlm laman web KZ..akhirnya sy berjaya juga ..awak pun pasti boleh juga yer..jgn putus asa ..

      • jyn

        Tahniah……, moga usaha ini berterusan.

        • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

          sama…

  • Guest

    Congrats Rosniza, good job done. Boleh saya tau umur Rosniza?I’m in mid 30s, nk turun kan berat susah sgt.

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      tq ..umur 30

  • sam

    Taniah…. kerana b’jaya.

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      tq sam

  • Hanakimi

    tahniah! seronok baca, tp sy x prnah brjaya~ :(
    sedih sbb byk dugaan n faktor utama adalh pemikiran sy.. sy nk kurus juga~ :(
    tgal dgn family yg smemangnye krus2 myebabkan sy pon x fkir pasl faktor pmakann yg sihat.sbb fmily sy mkn apa je~ (*_*)

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      awak pun boleh berjaya yg penting kene ada usaha yg lebih…

  • nur

    wa…congrates sis..nak kurus jugak..=)

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      sama..boleh cuba lah ..

  • http://www.facebook.com/riyani.wahit Riyani Wahit

    Saya setuju dengan nak kurus kerana nak sihat dan agak lambat..sebab sekarang ni, byk sgt produk kurus dalam masa singkat… So, kurus dalam jangka masa 2 bulan lebih baik dari kurus secepat 2 minggu…

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      betul tu ..biar lambat asal selamat n yg penting sihat …

  • azura_deqno

    kawan sy la…. tahniah ros.. :)

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      tq deqno

  • izah andy

    Salam kak rosniza..crite zmn skolah akak sama mcm sy..but since sy dkesan mghidap talesamia 4 thn lalu,sy xdpt aktif lg..mudah pengsan..dulu berat maintain 48-50 je..tp skrg dh 61kg..worry sgt n baju lama x blh muat lg..now almost 4weeks sy try diet..x ambik gula,x ambik blemak,kafein,dll…huhuhu..but still xde hasil..alamak! Sedih jg..ermmmm…

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      izah…jangan putus asa ..awak mesti boleh juga buat ..berikan masa sikit pada diri ..biar lambat x per yg penting turun juga berat nnti ..sy pun pernah beberapa kali mencuba sebelum berjaya turun berat ni ..yg penting kalori makan jaga yer ..senam yg ringan pun x per ..

  • Baizura

    Tahniah kak. =) You have inspired so many people out there to lose weight without taking supplements.

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      sama juga :)

  • http://www.facebook.com/norsabrinaothman Sabrina Saiful

    salam.. tahniah sis…bestnya…

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      sama :)

  • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

    sekarang berat sy dah mencapai 49kg …insa allah coming soon target 45kg final la tu ..kang terlajak pulak kurus nnti ..senang bila kita dh tahu process untuk kurus ni ,…tips nya jaga kalori makan + senam + tahu ilmu sebelum berdiet ni ..bykkan membaca pasal diet …baru boleh berjaya turunkan berat badan …jadi korang semua pun mesti boleh juga ..jgn putus asa yer ..

    • noor

      boleh listkan lauk n makanan yg akak makan time lunch and dinner?

  • yani

    berat sy 70++kg…umur br 24 thun..tp sume ckp mcm ank 2…dh try mcm2 xnk jgk kurus…tension dh..mkin hari mkin nek berat bdn ni…sbb skrng sy xkje.tp wktu kje lg bnyk mkn…

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      yana ..jgn putus asa cuba kawal pemakanan dahulu dgn belaja kalori makanan dahulu …kurangkan ambil karbohidrat cth :nasi ambil segengam @ kurang .lauk +sayur lebih ( kurangkan ambil minyak ,kuah ,lemak ) , gula jgn ambil terus ,air gas kurangkan ,minum air masak 3L satu hari wajib tu …senam 30 minit cukup …skipping ker ,jogging boleh jer ..makan kerap akan bantu metabolisma tinggi membakar lemak ..

  • maya

    tahniah kak..nak kurus jugakkk..skrg berat 68 kg..target nak at least 50 kg..kalau dpt capai 46 kg pun ok gak..nak try ikut cara akak..harap2 berjaya :)

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      mudahan berjaya yg penting kuatkan semangat yer

  • azie

    Tahniah! Boleh tak awak berikan pelan pemakanan yang awak buat hingga berjaya seperti ini untuk saya jadikan panduan?

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      boleh add sy kt fb yer

      • nor

        Kak ros..kite nak jugak…:)

  • http://www.facebook.com/zyra.zyzan Zyra Zyzan

    wahh tahniahh kak ! im impressed !

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      sama …

  • http://www.facebook.com/asmielia.imanina Asmielia Imanina

    kagumnye ngn akak ni…nk try jgk lh…

    • http://www.facebook.com/rosniza.abdulsamat Rosniza Abdul Samat

      boleh yg penting usaha

  • guest

    Sy skrg susah nak turun berat bdn sbb famili x support.sy skrg dah 58kg.dulu kt uni just 48 ja.parents x suka sy kurus dan selalu gagal bila mama masak byk sedap2.walaupun sy bising sbb makanan sedap,tp sy mkn jugak.kdg2 sampai 5 pggan sy tambah.mcmna nk wat ye kak

  • cutefairy2879

    sorry tanye…buku tu edisi ebook saje kew.

  • anna

    wow akk nmpk smkin muda..congrt ye…

  • kamilahilah

    salam kak…
    saya dulu beart 76kg…n after hard effort..akhirnye berat turun ke 62kg.tp……maslahnye,sampe sekarang saya pyh nk turunkn berat.so berat kdg2 naik,kdg2 turun…so around 63,64 jer selalu.saya kdg2 mcm give up….adakah saya nie langsung xberpeluang utk slim seperti org lain.help me….

  • alia

    salam rosniza…semoga dapat berikan saya dorongan dan tips untuk saya kurangkan berat badan saya memandangkan saya merancang untuk mendapatkan cahaya mata.

  • BudakAjew

    nak turunkan dalam 5 kilo acaner eyh?? hehe

  • norhayati bt Idris

    Salam.,saya hayati dri k.trg..saya juga ingin menurunkan berat badan macam rosniza….berbagai cara telah cuba.semua gagal.saya bumor 42 tahun .,berat badan 80 kg.tolanglah saya…..!!p

  • erein

    camne nk turunkan berat badan dlm masa 2 bulan…

  • ALor Star Mai

    tahniah dan seronok membacanya. berat saya 53 kg dan berimpian utk dapat 45kg paling ringan sebab tinggi cuma 149cm. e book kevin pun dah beli. tp xde hasil sebab sukar mnjaga pemakanan. saya pernah naik turun tangga apartment rumah selama 2 minggu (umah tingkat 13 daripada 14). tp bile timbang xde beza. frust dan terus x kawal makanan langsung.. huuu.. camne erk nak kurus ni..susahla ;(

  • Raihani Ramelan

    Seronoknya. Saya selalu gagal di tengah2 jalan. InshaAllah akan mengikut jejak langkah mereka yang telah Berjaya.

  • Fara Jasmin

    Sy bru 22. Thun lepas berat sy 80kg. Lepas da try semua dapat 70kg then sy stop. Tak larat sangat. Sekarang nak start balik. Jelousnya lah tengok kawan2 kurus… mslh sy ni. Kwn2 sume slim2. Abis class ajak p makan sy join. Malam outing dorg mkn sy pon makan. Tp dorg ta gemok gemok sy lak mcm kena pam (T.T)

    • Fara Jasmin

      Akak share la rahsia :'(

  • suzie mddiah

    thniah…akhirnya mmbuahkan hasil..!

  • mai

    tahniah kak!! akak bole x share care gaye pemakanan akak, amln diet akk sbb sye pon nak juge tronkn berat bdn sye huhuu

  • Khoirun Nasikhin

    apakah dibolehkan menggabungkan antara senam yoga dan senam aerobik untuk bertujuan menurunkan berat badan secara cepat? mau tau ni gan. adakah baju senam wanita terbaru untuk senam yoga di Surabaya?

  • Dayang Norkamala

    Nak diet dengan cepat dan tiada masa untuk senaman, boleh cuba Garcinia Burner, capsules 100% organic. Whatsapp 019-8066683 untuk lebih info

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.