KevinZahri.com

7 Tip Diet Ketika Bercuti

Adakah anda risau setiap kali ingin bercuti? Risau gagal untuk mengawal selera makan anda. Disertakan dibawah 7 tip mudah untuk anda lakukan ketika bercuti;

Adakah anda risau setiap kali ingin bercuti? Risau gagal untuk mengawal selera makan anda. Perasaan risau itu akan lebih dirasai apabila anda tahu destinasi percutian anda kaya dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik. Bagaimana untuk anda memastikan anda dapat mengawal semua ini sedangkan anda tahu bahawa makanan-makanan istimewa ini hanya terdapat di lokasi yang anda bakal kunjungi itu sahaja.

Disertakan dibawah 7 tip mudah untuk anda lakukan ketika bercuti;

  1. 1.

    Minum Banyak Air. Ini adalah langkah mudah untuk anda lakukan. Sebelum anda mula menikmati hidangan, minumlah beberapa gelas air. Air boleh mengurangkan rasa lapar dan secara tidak langsung anda tidak akan terlebih ambil makanan. Perlu diingat bila perut kita kosong, kita akan bertindak untuk mengambil atau menikmati makanan secara berlebihan.

  2. 2.

    Makan Mengikut Masa. Jika pada kebiasaanya anda mengamalkan makan pada waktu tertentu, pastikan semasa percutian anda melakukan perkara yang sama. Anda mungkin hilang kawalan bila berada dalam keadaan lapar. Ambil buah-buahan sebelum menikmati hidangan juga adalah idea yang baik untuk diamalkan. Buah-buahan ini bukan sahaja mengurangkan rasa lapar malah membekalkan serat yang diperlukan.

  3. 3.

    Kurangkan Saiz Hidangan Anda.
    Diet bukanlah bererti anda perlu berlapar. Tetapi jika anda mahu terus menjaga diet yang telah anda rancang sebelum ini, anda perlu bijak membuat pilihan. Sebagai contoh anda tahu hidangan istimewa yang bakal anda nikmati itu tidak baik untuk kesihatan anda, jadi kurangkan sedikit saiz hidangan tersebut. Mungkin separuh sudah memadai untuk anda.

  4. 4.

    Jadi Sedikit Cerewet. Anda perlu tahu bahawa tidak semua makanan yang dihidangkan adalah untuk anda habiskan. Pilihlah makanan yang enak dan istimewa. Mungkin juga anda boleh pilih hidangan yang belum pernah anda rasai. Perlu diingat bahawa anda tidak perlu habiskan atau nikmati kesemua hidangan. Buat pilihan yang bijak.

  5. 5.

    Pakai Baju Yang Agak Ketat. Agak pelik tip ini. Tetapi secara psikologinya baju yang sedikit ketat ini mampu membuat anda untuk tidak makan secara belebihan kerana anda perlu pastikan perut anda tidak kelihatan ‘buncit’ apabila terlebih isi. Apa yang penting disini ialah cari cara untuk alihkan tumpuan anda dari terlalu fikir soal kenakkan makanan yang ada.

  6. 6.

    Elakkan Air Berkabonat. Dengan mengelak dari minuman berkarbornat ini, anda mampu untuk mengurangkan kalori harian anda. Seperti yang anda sedia maklum, kandungan gula didalam minuman berkarbonat ini adalah sangat tinggi.

  7. 7.

    Kurangkan Pilihan. Cara yang mudah untuk anda kurangkan pilihan makanan ialah dengan membuat perancangan terhadap menu anda terlebih dahulu. Agihkan hidangan pilihan kepada waktu yang berbeza. Anda tidak perlu menikmati semuanya serentak.

Secara keseluruhannya percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh pertimbangkan tip-tip yang diberikan. Percutian anda akan lebih bermakna jika anda bijak mengatur perjalanan dan dalam pada masa yang sama masih dalam diet yang telah anda usahakan.

Hafiz Mahadzir

He enrolled consultation with kevin Zahri in July 2008. Within 3 months, he lost almost 11kg. It is the biggest achievement in his life.The challenge is not when he started but when he need to keep on motivating himslef to get fit & active. He can be contacted via Twitter.com @hafizmahadzir

1 comment