Rosniza Berjaya turunkan 13kg dalam masa 2 bulan

Ikuti kisah kejayaan Rosniza yang berjaya kurangkan 13kg dalam 2 bulan sahaja? Kalau dulu saiz 50 atau saiz L, kini kembali langsing kepada saiz S.

  • Nama: Rosniza Abdul Samat.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan.
  • Pencapaian: Berjaya turunkan 13kg dalam 2 bulan .

Nak Kurangkan Berat Badan?

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang lagi saya perkenalkan dulu diri saya Rosniza Abdul samat. Semasa di sekolah dan di kolej dahulu saya ini seorang yang yang yang aktif bersukan dan badan saya memang kurus tidak pernah melebihi 50kg.

Sejak saya meninggalkan alam persekolahan ini ,dan sibuk bekerja berat badan saya semakin menaik. Selera makan bertambah dan tidak pernah di control lah. Apa nak makan semua saya makan. Makanan yang biasa dan wajib saya ialah fast food KFC, McDonald’s, pizza n ABC pada setiap minggu. Semakin tahun berat saya semakin meningkat dari saiz baju 36 sehingga lah saiz 50. Saya dah mula risau dan malu dengan bentuk badan saya yang semakin hari semakin naik.

Pernah Cuba Kurangkan Berat Tapi Gagal?

Ya, macam-macam cara saya guna: ubat, pil, air , teh tapi tidak juga turun berat! Makin naik lagi ada sebab bila saya berhenti ambil product itu semua, selera makan saya masih lagi tinggi dan tidak dapat dikawal. Product itu cuma berkesan sekejap sahaja sampai saya terpaksa tahan lapar dan cirit birit sebab ambil product xxxx. Jadi saya bertekat dengan penuh semangat untuk turunkan berat badan ini bila baju yang dalam almari semua dah tidak muat, dalam kotak lagi banyak dari dalam almari. Tidak boleh jadi ini! Saya kena ambil jalan untuk turunkan berat badan.

…“Gemuk betul kau ini!” dan ”Semakin tembam la macam belon!“ … kata –kata ini buat saya semakin panas…

Motivasi Untuk Turunkan Berat Badan?

“Gemuk betul kau ini!” dan ”Semakin tembam la macam belon!“ … kata –kata ini buat saya semakin panas. Malu bila keluar rumah terutama bila ambil gambar dan melihat gambar sendiri. Segan sangat melihat baju kebaya yang suatu ketika dahulu saiz M kini saya tidak dapat lagi memakainya disebabkan gemuk. Saiz baju semakin lama semakin meningkat nombor nya, dari saiz 36 sehingga lah 50. Dulu saiz S tapi kini saiz L! Oh tidak tidak boleh jadi ini kena buat sesuatu untuk kembalikan bentuk badan ku kepada yang asal. Kali ini saya tekad.

Berat saya sebelum turun berat. Pada masa itu sekitar 66kg.

Macam Mana Saya Berjaya Kurangkan Berat?

Kata kunci yang mudah “TEKAD” dan “SEMANGAT” itu kata yang saya pegang sampai sekarang sebab untuk turunkan berat badan bukan mudah. Mental dan fizikal mesti kena kuat sebab kita tidak bergantung harap pada apa-apa product untuk menurunkan berat badan. Selepas balik dari bercuti saya rasa badan semakin berat dan cepat letih, malas badan semakin berisi masa itu berat saya 66KG akhir bulan 6 saya tekat untuk kuruskan badan dengan melihat laman web Kevin Zahri dan laman web yang lain cari ilmu untuk kuruskan badan dengan selamat dan berkesan. Yang penting saya nak sihat dan bukan sahaja kurus biar lambat turun tidak apa. Yang penting ada hasilnya.

Apa Tip Dan Amalan Diet?

2 minggu pertama saya bekerja keras dalam control pemakanan dan senaman. Anak-anak menjadi pembantu untuk saya bersenam, bermain dengan mereka, berjoging setiap hari, bermain badminton pada hujung minggu. Dari segi makanan, saya tidak ambil gula, coklat, air berkarbonat, kafein, karbohidrat kurangkan. Contoh: dulu ambil nasi 2 pinggan sekarang cuma 1 gengam sahaja. Saya lebihkan sayur dan lauk dalam pemakanan seharian. Air masak 3 liter satu hari wajib diambil. Susu dan roti gandum penuh pada waktu malam jika saya lapar. Makan 5 kali sehari untuk meningkatkan metabolisma badan. Banyak makan makanan yang pedas contoh: lada hitam dan cili dalam setiap masakan yang saya makan.

Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Kurangkan Berat Badan?

Kita mesti tekat dalam misi untuk kurus ini. Bukan mudah untuk kurus dengan cepat dan selamat ini mental dan fizikal mesti kuat juga. Kalau kita bergantung kepada ubat sahaja belum tentu berat kita akan kekal kurus seperti yang kita kehendaki. Lebih baik kita berdiet sendiri sahaja dengan mengawal pemakanan dan senaman sudah pasti kita akan kurus juga walaupun ambil masa yang lama. Sebelum ini pun saya tidak yakin juga boleh ke tidak kuruskan badan lagi tapi atas hasil usaha saya selama beberapa bulan ini saya berjaya juga turunkan berat badan tidak perlu berlapar dan ada kesan sampingan malah lagi selamat dan bertenaga , sihat dan cergas daripada dahulu.

Gambar terkini pada Hari Raya 2012. Berat 53kg.
Kini saya Berjaya turunkan berat 53kg pada bulan 8. Target saya 50 kg belum capai lagi ,insyallah akhir bulan 9 ini saya akan capaikan juga. Saya Berjaya turunkan 13 kg dalam masa 2 bulan. Anda juga boleh turunkan berat badan jika ada kemahuan.

Peranan Kevin Zahri Membantu Kurangkan Berat Badan?

Terima kasih Kevin Zahri yang banyak membantu saya dalam mencapai misi untuk kurus ini. Banyak ilmu, nasihat dan dorongan yang diberikan kepada saya dalam process saya berdiet .Info yang berguna dan saya jadikan panduan dalam diet saya seharian dan saya amalkan akhirnya saya Berjaya juga kuruskan berat badan dari 66kg ke 53kg akan datang 50 kg akan saya capaikan juga .

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

61 comments

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.