Betul atau tidak: Otot membesar sewaktu angkat berat di gym?

Tidak! Otot sebenarnya membesar sewaktu rehat.

Sessi senaman di gym merupakan perangsang untuk pembesaran otot tetapi ia perlu direhatkan selepas itu. Latihan mengangkat berat menyebabkan koyakan microskopik kepada otot yang dilatih.

Otot itu perlu direhatkan untuk membolehkan badan membaiki dan sekaligus membesarkan (menguatkan) otot berkenaan. Proses ini mengambil masa lebih kurang 48-72 jam. Oleh kerana itu, anda diggalakan untuk menunggu paling kurang 48-72 jam sebelum melatih otot yang sama sekali lagi.

Tanpa rehat antara sessi ini, usaha anda agak sia-sia.

Rehat Bermusim

Bagi atlit dan pengunjung kerap gym seperti Krishnan, sendi, tulang dan otot anda banyak melalui wear & tear yang tidak dapat dibaiki dalam sehari-dua. The only way to allow your body to fully recuperate, adalah dengan menjadualkan rehat bermusim setiap 3-5 bulan. Berapa lama anda harus rehat? Saya syorkan 1-2 minggu. Dalam period tersebut, anda harus rehat sepenuhnya untuk membolehkan badan anda recover sepenuhnya. Rehat bermusim ini juga bertujuan untuk refuel your mental enthusiasm. Lama-kelamaan, semua orang jemu melatih week in and week out, jadi rehat bermusin ini sesuai untuk rehatkan diri anda dari segi fizikal & rohani.


ebook tambah berat badan

Takut rehat ini akan merosotkan perkembangan anda?

Mungkin anda akan kehilangan sedikit performance atau kekuatan sewaktu rehat bermusim, tetapi ia hanya sementara dan cepat kembali apabila anda mulakan training semula. Ia umpama stock market yang mempunyai kitaran atas & bawah (up & down cycle).

Anda terlalu kurus and ingin menambah berat badan?

Dapat panduan ebook terbaru saya: Panduan menambah 5kg dalam 10 minggu untuk hanya RM20.

Remember: yang penting adalah kualiti dan bukan kuantiti senaman. Untuk panduan menambah otot dan berat, sila rujuk kepada ebook saya Panduan Menambah 5kg Dalam 10 Minggu

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • lin

    hi….im 26 yrs…im a lady…da tak cara2 untuk mengecilkan paha dan mengempiskan perut….sy akan bernikah bln june ini….berat sy 56kg n tinggi sy 157….can u help me…plz…..

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      Hello there, yang penting anda gabungkan pemakanan dan senaman yang baik. But thats easy to say, for proper instructions and know-how. Untuk panduan yang teliti, saya syorkan lin dapatkan ebook saya “panduan kurangkan 5kg dalam 5 minggu”. Asas panduan ebook tersebut beolh diamalkan untuk objektif yang lebih long term atau lebih daripada 5kg.Regards,Kevin

  • Pingback: Tweets that mention Betul ke tidak: Otot membesar sewaktu angkat berat di gym? | Kevin Zahri's Official Website -- Topsy.com

  • shakir

    kevin, betul ke work out semasa peringkat muda(pelajar sekolah) boleh membantutkan tumbesaran? saya selalu mendengarnya tetapi tidak tahu sejauh mana kesahihannya… harap kevin boleh memberi jawapan…

  • Zafarothman

    hai..saya nak kongsi sikit selama ni saya membuat senaman hari hari memang bentuk otot saya tak besar tapi tenaga dan stamina saya bertambah dan otot bentuk solid..

Promosi Raya Untuk Lifetime Membership Diskaun RM30