Memang selalu sangat saya menerima email yang bertanya tentang effectiveness produk-produk slimming seperti Herbalife ataupun Jus Mate 5. Malah selalu pelbagai pihak berjuma dengan saya untuk jadikan saya jurujual. Tapi saya kurang suka menjual produk yang saya sendiri tak guna. Jadi hari ini, biar saya merumus produk Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder secara jujur :)

Sebelum apa2, biar saya katakan bahawa saya bukanlah jurujual produk-produk ini dan of course tidak menerima apa2 ganjaran daripada mana-mana pihak.

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder merupakan produk pengganti sajian. Ia bekalkan protein, karbohidrat dan lemak mengikut kadar kalori (lebih kurang) 40:40:20. Kalau anda pembaca eBook-eBook saya, sudah pasti anda faham kadar kalori. Secara ringkas, kesemua produk suplemen pengganti makanan dihasilkan untuk membekalkan kesemua makro-nutrient (karbohidrat, protein dan lemak). Jadi pengguna tidak perlu pening kepala untuk mencari makanan sendiri! Bagus kan? Memang bagus.

Adakah ia mengandungi ramuan magic untuk kurangkan berat badan?

Tidak sama sekali. Konsep Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder atau mana meal replacement supplement adalah untuk memastikan anda dapat bekalan makanan/nutrisi yang seimbang dan lengkap. Jadi macamana boleh kurus pulak? Bila anda gantikan makanan seharian anda yang kurang baik dengan makanan yang lebih baik (daripada suplemen) ia secara tak langsung membantu anda hasilkan defisit kalorie. Jaid dengan adanya defisit kalorie ini, anda akan kurangkan berat badan. Itu adalah asas weight loss yang paling … well … asas! :)

Saya sendiri pun selalu menggunakan produk2 MRP (meal replacement packets) semasa saya di US kerana dengan nila matawang US dollar, gunakan produk-produk seperti Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder, MyoPlex dan lain-lain memang murah. Sekali makan hanya perlu belanja USD1-2.

Malangnya di Malaysia, kosnya agak berbeza. Bukan sahaja kos tukar mata wang asing malah dicampur dengan kos pengangkutan, pemasaran dan lain-lain. Jadi sebagai pengguna, kos untuk 1x Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder (550g) adalah RM160 (lebih kurang) untuk 20 hidangan. Jadi kos setiap kali makan adalah RM8.

So dengan kos RM8, adakah ia berbaloi? Well itu bergantung kepada individu. Sekiranya kos produk herbalife tidak menjadi beban kepada anda, sememangnya ok anda ingin gunakan Herbalife untuk jangka masa panjang.

Apa beza Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder dengan MRP lain?

Sama dengan mana2 suplemen meal replacement yang lain, Herbalife tidak berbeza. Mereka membekalkan nutrisi-nutrisi am dengan kadar yang seimbang. Itu sahaja! Bagus? Memang bagus BUT disebabkan nutrisi-nutrisi Herbalife diimport, kosnya lebih mahal. Apa beza soy protein Herbalife dengan soy kacang Malaysia? Kos! Apa beza kandungan karbohidrat dan fiber Herbalife dengan yang di Malaysia? Kos!

Jadi berbaloi tak Herbalife? Dari segi nutrisi memang berbaloi dan boleh dijadikan pengganti sajian sesiapa pun. Sama ada anda mampu untuk mengamalkannya untuk jangka masa panjang hanya anda yang tahu. My advice: tiada masalah gunakan Herbalife atau mana-mana produk MRP untuk “suplemen” pemakanan anda tapi akhirnya anda perlu pastikan 1) anda mampu mengekalkan berat badan TANPA mana-mana suplemen dan 2) jangan sekali-kali bergantung kepada mana-mana suplemen untuk menggantikan cara pemakanan dan senaman am

Kenapa saya tidak gunakan Herbalife?

Bukan kerana saya rasa ia tak bagus atau suplemen tidak perlu. Saya sendiri pun gunakan suplemen. Saya lebih gemar gunakan suplement whey protein semata-mata dan menambah karbohidrat daripada sumber makanan di Malaysia seperti roti, buah-buahan yang jauh lebih ekonomi berbanding karbohidrat yang di-import.


Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

All author posts

Privacy Preference Center