Alhamdulillah, untuk membantu mangsa banjir pantai timur, kevinzahri.com dan JK1M berjaya kutip sebanyak RM5500 untuk ibantuan ikhlas kepada dua sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, Gua Musang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kuala Krai. Kedua-dua sekolah terletak di Kelantan dan alami kerosakan yang sangat teruk semasa banjir baru-baru ini.

Alhamdulillah kita berjaya kutip RM5,500 yang telah disalurkan kepada kedua-kedua sekolah.

Berikut adalah beberapa kepingan gambar dari sessi penyerahan kepada kedua-dua pengetua sekolah. Harapan kami semua semoga wang ini dapat membantu pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, Gua Musang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kuala Krai.

jk1m-banjir1 jk1m-banjir2