Isa Abdullah: Mengejar Berat Badan Ideal

Hi! saya Isa Abdullah dari Seri Iskandar, Perak. Saya salah seorang peserta Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim ke-2 bersama ustaz Norazman Mohd Noh (Ketua Pasukan Kuala Kangsar pada musim yang lalu). Ketua Pasukan Taiping adalah Encik Faiz Hamzah. Selaku penyandang juara kebangsaan kategori musim pertama baru-baru ini, saya telah pun menurunkan berat sebanyak 22.8kg sepanjang tempoh 6 minggu cabaran berlangsung.

Sepanjang perjalanan 6 minggu ini, saya akan cuba berkongsi suka dan duka di dalam mengharungi cabaran, amalan pemakanan harian serta aktiviti senaman yang saya ikuti sepanjang tempoh cabaran. Rakan-rakan pembaca, saya alu-alukan mengikuti perkembangan selanjutnya.

Sasaran Jom Kurus

Komposisi Badan
Komposisi Badan Pada 15 Mac 2014

Di dalam JK1M #2 kali ini, cabaran diteruskan sekadar mencapai sasaran berat badan ideal iaitu 68kg. Dengan berat permulaan 79.7kg. Berat badan naik mendadak apabila ada banyak komitmen kerja sehinggalah ke saat ini sehinggakan tidak sempat bersenam dan asyik menjamah makanan restoran.

Hari pertama cabaran dimulakan dengan Majlis Kesyukuran JK1M #1 pasukan Kuala Kangsar dan Taiping dan seterusnya meneruskan JK1M #2 di Kafetaria, Rumah Rehat Kuala Kangsar pada 15 Mac 2014 baru-baru ini.

Majlis Kesyukuran JK1M
Majlis Kesyukuran JK1M pada 15 Mac 2014 di Kafetaria Rumah Rehat Kuala Kangsar baru-baru ini.

Senaman Rutin

Walaupun terdapat halangan kerja seharian yang banyak, aktiviti senaman 30 minit perlu diihktiarkan. Rutin pagi biasanya aktiviti kardio seperti berjalan, berlari di Tasik UTP atau senam robik berpandukan video.

Aktiviti senaman.
Tasik UTP, Tronoh, Perak.

Disiplin Pemakanan

Selain itu saiz makanan yang diambil juga harus dikawal pengambilannya bagi memastikan amaun kalori terkawal dalam lingkungan keperluan badan harian saya iaitu sekitar 1,500 kalori sehari.

Ketika pagi ais coklat (shake) tanpa gula menjadi pilihan dengan 4 biji telur rebus (yang dibuang kuningnya) sememangnya enak dimakan bersama kicap. Jumlah kalori sarapan hanyalah sekitar 150 sahaja.

Hidangan tengahari.
Contoh hidangan tengahari – nasi, dada ayam bakar dan sayuran.

Di sini saya kongsikan menu tengahari saya di salah sebuah restoran di Seri Iskandar. Saya meminum Kopi 0 Ais terlebih dahulu. Diikuti dengan memakan segenggam nasi, bersama dada ayam bakar dan banyak sayuran di atas pinggan. Ayam panggang memang serasi dimakan bersama sambal belacan. Meminum air suam selepas makan dapat membantu proses penghadaman makanan ke dalam perut.

Berat Semasa

Pada hari ke-5 cabaran pada hari ini berat semasa adalah 77.2kg, telah berjaya menurunkan berat sebanyak 2.5kg atau 3.1% penurunan.

Kata-Kata Semangat

Hadiah pemenang juara keseluruhan.
Hadiah utama juara kebangsaan wang tunai RM 6,000 dan hadiah-hadiah iringan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, usahlah berputus-asa menurunkan berat badan. Ada masanya motivasi kita jatuh, tenang dan tabahkanlah hati. Dapatkan nasihat dan motivasi daripada ketua pasukan dan rakan-rakan lain. Saya yakin kita semua pasti berjaya! Jom Kurus! Sahabat selamanya. Salam ceria senyum selalu.

-ISA 19/03/2014

 


Isa Abdullah

Hi! I'm currently as Perak Head Team Leader for Kevin Zahri's fitness programme, Jom Kurus 1Malaysia. Certified Fitness Trainer, Certified Gym Instructor. Weight Loss Instructor. B. Sc. (Hons), Dip Ed., M. Ed., currently pursuing doctorate in Edu. Tech.
Speaker for Kevin Zahri’s JomMantap Programme. A member of National Association for Strength & Conditioning Research, Malaysia.
Official Trainer for Universiti Teknologi Petronas Biggest Loser Challenge #1, UTP.

All author posts

Privacy Preference Center