Rina Harron: Kurangkan Berat 35kg Dalam Setahun Tanpa Supplemen

Kisah Rina Harron yang obes sebagai pelajar sekolah rendah dan menengah berjaya kurangkan berat badan sebanyak 35kg dalam setahun tanpa supplemen tetapi amalan pemakanan dan senaman yang betul. Ikuti kisah kejayaan beliau.

[one_half boxed=”true”]
  • Nama: Rina Harron.
  • Matlamat: Capai BMI normal dan menjalani gaya hidup sihat.
  • Pencapaian: Kurang 35kg dalam setahun.
  • Facebook: rinaharron
  • Twitter: @RynaSyaz
[button color=”Extra-Color-2″ size=”large” url=”kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Ingin Kurangkan Berat Badan?”] [/one_half] Artikel ini khas saya tujukan utk sesiapa yg berasa rendah diri kerana saiz fizikal tubuh badan.

Hai, saya Rina berumur 22 tahun dan kini masih menuntut di University College Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.

Saya akui saya memang kuat makan. Apabila makan di KFC,saya pasti membaham 3, 4 ketul ayam sekali makan. Kalau di restoran pula, saya pasti order 2 main dishes dan 2 jenis air berais. Kalau di rumah pula,saya sanggup memasak nasi goreng pada malam-malam buta kerana ingin memuaskan nafsu makan saya itu. Saya sudah mula memasak sendiri di dapur ketika darjah 5 (11 tahun). Yalah, senang sikit nak makan 24jam kalau da pandai masak sendiri ni.hihi.

Zaman Kanak-Kanak Sekolah Rendah

Di sekolah rendah, sayalah yang paling besar dalam kelas dan akan berada paling belakang sekali sekiranya beratur sebelum masuk ke kelas. Setiap tahun ade pemeriksaan kesihatan di skolah untuk memeriksa berat dan tinggi. Setiap kali itu jugalah saya berdebar-debar kerana malu akan berat badan sendiri. Seingat saya, semasa saya darjah 3 (9 tahun) berat saya sudah mencapai 55 kg sedangkan rakan2 lain hanya sekitar 20 kg. Aduh betapanya malunya diri ini. Namun, saya tidak diejek di sekolah kerana saya bersekolah di sekolah perempuan. Oleh sebab itu saya terus khayal dan tidak mempunyai kesedaran langsung utk menurunkan berat badan.

…Semasa saya menjadi pengawas sekolah darjah 6 waktu itu…Skirt labuh itu tiada dijual di kedai kerana saiz pinggang saya pada waktu itu adalah 38inci. Berat paling maksima saya waktu itu adalah 90 kg…

Semasa saya menjadi pengawas sekolah darjah 6 waktu itu, saya perlu memakai uniform kemeja lengan panjang dan skirt labuh. Kemeja tersebut perlu di’tuck-in’. Skirt labuh itu tiada dijual di kedai kerana saiz pinggang saya pada waktu itu adalah 38inci. Berat paling maksima saya waktu itu adalah 90 kg.

Masa darjah 6. Saiz pinggang 2x ganda daripada rakan sebaya di sebelah.
Semasa tingkatan 1

Sekolah Menengah: Zaman Kesedaran

Kesedaran timbul apabila saya memasuki sekolah menengah. Ketika itu saya dalam Tingkatan 2. Bila sudah remaja, adalah keinginan untuk bergaya dengan pakaian wanita yang cantik-cantik namun tiada saiz yang muat. Saya hanya berpeluang mengenakan pakaian lelaki bersaiz XL. Selain itu, saya juga sedar akan risiko mendapat atherosclerosis, darah tinggi, diabetes dan sakit jantung sekiranya kita obese. Ketika itulah saya bertekad untuk menurunkan berat badan saya.

Senaman

Saya mulakan dengan berjoging pada setiap petang dengan ditemani bapa saya di taman rekreasi berdekatan dengan rumah saya. Saya juga mengikuti senamrobik di sana. Pada kebiasaannya, saya berjoging dalam 2, 3 pusingan. Kadang-kadang saya juga bermain badminton dengan bapa saya. Di rumah pula, saya pasti akan melakukan sit-ups sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Saya juga menggunakan gym bike di rumah. Selain itu,saya juga mengikuti tips-tips senaman Kevin Zahri.

Saya hanya melakukan senaman sendiri, tanpa proffesional trainer.

Pemakanan

Dari segi pemakanan pula, memang saya restrict pemakanan saya. Saya hanya makan bila betul-betul lapar dan berhenti sebelum kenyang. Saya wajib bersarapan dan makan tengah hari. Untuk sarapan, saya mengambil cereal. Manakala untuk makan tengah hari,saya makan sedikit nasi,ikan, sayur dan buah.Malam pula saya hanya makan buah dan minum susu rendah lemak.

Cara pemakanan saya di luar juga berubah.

  • Tiada lagi 4 ketul ayam KFC,
  • Tiada lagi order 2 main dishes di restoran.
  • Hal ini kerana saya sedar yang selama ini saya makan berlebihan dan tidak bersenam.
  • Kurangkan minuman berais dan minuman manis.
  • Saya minum susu rendah lemak ataupun air soya.
  • Saya juga tidak menggemari nasi. Saya lebih suka kuetiaw,spageti, mihun ataupun roti.
  • Untuk protein, saya lebih gemarkan ikan berbanding ayam atau daging.

Alhamdulillah dalam masa setahun, berat badan saya semakin berkurangan. Pada akhir tahun Tingkatan 3, berat saya sudah mencapai 56kg dengan ketinggian 164cm. Sekarang saya masih mengekalkan pemakanan seimbang dan ternyata ianya lebih mudah kerana saya tinggal bersama kawan-kawan di Ireland yang memerlukan kami untuk masak sendiri.

Jadi, saya boleh mengatur sendiri cara pemakanan saya. Setiap petang saya akan ke gym di universiti untuk bersenam dan menenangkan fikiran.

…Saya tidak mengambil sebarang jenis produk pelangsing atau jamu. Saya hanya amalkan diet seimbang dan senaman seperti yang saya katakan sebelum ini. Jimat dan murah. Insyaallah berjaya…

Supplements

Saya tidak mengambil sebarang jenis produk pelangsing atau jamu. Saya hanya amalkan diet seimbang dan senaman seperti yang saya katakan sebelum ini. Jimat dan murah. Insyaallah berjaya.

Bulan Ramadhan

Pada bulan Ramadhan juga kita boleh mengawal berat badan di samping beribadah. Selalunya saya akan bersahur pada jam 4.30 pagi dengan makan nasi dan lauk seperti biasa. Saya juga minum susu dan makan kurma. Untuk berbuka pula, semasa saya ‘sihat’ dulu, saya hanya makan kurma dan minum air panas bersusu. Kini, saya makan juga juadah yang disediakan oleh keluarga tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Bila Syawal tiba, saya makan juga juadah-juadah raya seperti ketupat, ayam masak merak, rendang, sayur lodeh dan sebagainya. Tetapi semuanya diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Tips Kurangkan Berat Badan

  1. Ambil pemakanan seimbang. Cuba kawal nafsu makan. (Dapatkan eBook percuma Kevin Zahri 45 Tip Kawal Nafsu Makan).
  2. Bersenam setiap hari kalau boleh.Yang simple pun cukup.
  3. Jangan jadikan coklat, kek dan aiskrim sebagai snek kegemaran anda yang perlu dimakan setiap hari. Tetapi jadikan buah-buahan dan sayuran sebagai pilihan utama.
  4. Sekiranya sudah capai BMI normal, jangan lupa daratan dan kekalkan gaya hidup sihat. :)
  5. Banyakkan minum air mineral dan kurangkan air manis. Minum air kosong adalah mengenyangkan dan mengurangkan nafsu makan.
  6. Banyakkan mengambil ikan sebagai sumber protein. Juga elok untuk daya ingatan
  7. Selalulah layari blog Kevin Zahri. Jangan setakat baca je ye, sila ikut sekali tips-tips tersebut.

Sekian sahaja kisah hidup saya yang tidak ramai yang tahu hatta kawan-kawan saya sekalipun. Bila ditanya, saya hanya senyum sahaja. Buat semua penggemar blog Kevin, saya harap perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan bersama walaupun tidak begitu menarik.

**Sekarang BMI saya normal dengan berat 55kg. Saya berharap dapat tone up dan turun sikit lagi sehingga 50kg.

Terima kasih
Rina Harron

Gambar terkini – 2012

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

32 comments

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.