“Nama saya maria – umur 30 tahun, tinggi 150cm dan berat 55kg … ok tak”.
Ah itulah contoh email yang saya terima boleh dikatakan setiap hari. Since ramai rakyat Malaysia obes, dikatakan gemuk dan ingin kurangkan berat badan, ramai yang cepat tertanya apakah berat badan yang ideal? Sebelum saya menjawap soalan itu dengan lebih mendalam, adakah BMI sesuai?
Hmmm … walaupun ia merupakan cara yang paling mudah untuk mengkategorikan seseorang (obese, normal, underweight), secara keseluruhan BMI adalah overrated kerana ia tidak mengambil kira banyak faktor lain.
Ok so apa dia BMI?
Body Mass Index (BMI) adalah sukatan lemak badan berdasarkan tinggi dan berat seseorang (lelaki & perempuan). Formula BMI adalah seperti berikut:
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
Kategori BMI:
- Underweight = <18.5
- Normal weight = 18.5-24.9
- Overweight = 25-29.9
- Obese = BMI of 30 or greater
Tapi …. pentingkah BMI dalam menentukan berat badan anda yang ideal?
Hmmm tak jugak. Tidak menjadi masalah untuk mengetahui nilai BMI. Tapi adakah anda berpuas hati sekiranya BMI anda dalam kategori normal? Perasaan “puas hati” itu datang daripada kita sendiri.
Perlukah anda mengira BMI untuk mengenalpasti bahawa anda sebenarnya obes? Saya rasa tak perlu BMI. Tengok cermin pun dah tahu. Bagi saya, BMI adalah beberapa kekurangkan.
- Bentuk Badan: Bagi mereka yang berbadan “stocky” secara automatik akan mempunyai BMI yang tinggi. “Berat” dalam pengiraan BMI tidak membezakan lemak & otot. Contoh: ahli bina badan akan mempunyai nilai BMI yang tinggi walaupun mereka kelihatan fit and sihat.
- Struktur Tulang: Sesetengah orang mempunyai rangka tulang yang besar dan padat. So of couse nila BMI mereka lebih tinggi.
- Menilai tahap fitness: Patutkah anda lega sekiranya nilai BMI anda “normal”. Hmmm…anda sendiri kena jawap soalan itu tetapi BMI tidak dapat menilai your tahab kecergasan dan kesihatan anda.
Jadi apakah berat badan yang ideal?
Baiklah, bagi saya andalah penentu berat badan anda yang sesuai. Bukan saya, bukan BMI! Yang penting adalah kegembiraan dan kepuasan masing-masing. Kalau anda rasa gembira dengan rupa diri anda, tidak perlu rujuk kepada BMI atau sesiapa.
Hanya perlu buka baju dan cermin diri sendiri. Tengok bahagian mana yang anda ingin kurang mahupun tambahkan.
Hanya perlu buka baju dan cermin diri sendiri. Mungkin anda rasa perlu kurangkan berat. Mungkin anda rasa perlu kempiskan peha. Itu yang penting. Tengok bahagian mana yang anda ingin kurang mahupun tambahkan. Tak kiralah. 1kg ke 10kg. Dan andaikata anda berjaya kurangkan, sekali lagi tengok cermin dan menilai. Ini adalah proses yang berterusan. Lagi-lagi apabila manusia tidak pernah berpuas hati :)
Semoga anda berjaya :)







Pernah amalkan tinggal sarapan untuk kurangkan berat badan? Dalam video ini, dapatkan
Dalam segmen RTM1 ini, Kevin Zahri membincangkan apa itu kalori dan apakah
Anda sering seimbelit? Sukar untuk kurangkan berat badan? Pastikan anda pandai mengawal
Dalam video ini, Kevin membawa Ridwan Mustafa ke studio untuk kongsi bersama 








5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?
25 Tip Kuruskan Badan
10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda
5 Senaman Untuk Besarkan Payudara
10 Tips Untuk Kempiskan Perut
Pingback: Tweets that mention Apakah Berat Badan Anda Yang Ideal? | Kevin Zahri's Official Website -- Topsy.com
Pingback: Tweets that mention Apakah Berat Badan Anda Yang Ideal? | Kevin Zahri's Official Website -- Topsy.com
Pingback: Tweets that mention Apakah Berat Badan Anda Yang Ideal? | Kevin Zahri's Official Website -- Topsy.com
Pingback: Tweets that mention Apakah Berat Badan Anda Yang Ideal? | Kevin Zahri's Official Website -- Topsy.com
Pingback: Obesity Among Malaysian Students: Who is at fault? | Kevin Zahri's Official Website
Pingback: Obesity Among Malaysian Students: Who is at fault? | Kevin Zahri
Pingback: Empat Tips Mudah untuk Hidup Sihat