fbpx

Sauna untuk kurus? Apakah sauna bantu bakar lemak atau air?

Sauna di Malaysia sering menjadi tren kurus di Malaysia dan sememangnya sauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.

Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.

Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan bakar kalori pada masa yang sama.

Membakar kalori

Yes, bersauan bakar kalori. Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram air dan dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori. 

satu sessi 30-45min sauna membakar 300-400kcal.

Proses kondensasi air at atas permulaan muka kulit menyejukkan badan. Ia adalah proses kawalan suhu badan. Untuk menghasilkan begitu banyak perlu dan melawan keadaan cuaca sauna, badan perlu bekerja dengan lebih keras dan kerja keras itu memerlukan tenaga yang banyak as well.

Kalau bandingkan dengan duduk termenung 30-45min dalam bilik biasa, anda akan bakar dalam 100kcal.

Mengurangkan stres

Stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit.

Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.

Melegakan otot

Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang.

Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

Proses kondensasi air at atas permulaan muka kulit menyejukkan badan. Ia adalah proses kawalan suhu badan.

Kulit yang sihat dan berseri

Sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.

Detoksifikasi

Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.

Hipertermia

Apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.

5 Amalan Keselamatan Menggunakan Sauna:

  • Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.
  • Selepas meninggalkan sauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
  • Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
  • Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.
Jadi adakah ia sauna sesuai untuk kurus? 

Ia sebahagian amalan kesihatan tapi sauna bukan penentu untuk kurus atau kawalan berat badan. Sauna memang membakar kalori tapi setiap aktiviti, termasuk tidur, bakar kalori. 

Saya sendiri amalkan penggunaan sauna dalam 2-3x sebulan. Bukan untuk bakar kalori tapi untuk proses detoksi. To sweat it out and it is theraputic and relaxing.

But should you buy sauna Sumo yang hangat di Malaysia? Itu terpulang pada anda. Kalau anda berasa ia akan digunakan dari masa ke semasa and bukan mengambil ruang di stor rumah anda, go for it. Ia bukan lah pelaburan ribuan ringgit BUT remember, ia bukan penentu atau rahsia kurus anda. 

Privacy Preference Center